Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Faktor – factor perlunya perlembagaan dipinda adalah : -menyesuaikan perlembagaan dengan perubahan masa -proses menambah baik dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan -memenuhi keperluan rakyat dan meningkatkan perlindungan serta menjamin hak – hak rakyat Pindaan perlembagaan boleh dilakukan melalui: -memansuhkan peruntukan undang – undang sedia ada -mewujudkan peruntukan undang – undang yang baru -mengemas kini dan menambah baik peruntukan undang – undang sedia ada Pindaan Perlembagaan Persekutuan Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja – Raja : -hal ehwal agama -kedudukan bahasa kebangsaan -tugas, peranan dan kuasa Majlis Raja – Raja -kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera, bumiputera Sabah dan Sarawak -hak – hak dan kedaulatan Raja – Raja -kedudukan dan kepentingan kaum – kaum lain -pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia -kewarganegaraan -keistimewaan Parlimen Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Yang Dipertua Negeri Sarawak: -hak – hak adat kaum bumiputera Sabah dan Sarawak -hal – ehwal tanah -hak – hak warga Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada warganegara Malaysia -hak sama rata antara penduduk di Sabah dan Sarawak -isu – isu berkaitan agama, bahasa dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak -kuasa imigresen Sabah dan Sarawak -kuasa menyekat kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak -kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta kuasa perlantikan hakim -kuasa perundangan di Sabah dan Sarawak -penerimaan royalti oleh kerajaan Sabah dan Sarawak daripada kerajaan Persekutuan -kebebasan bagi kerajaan Tempatan Sabah dan Sarawak tanpa pengaruh kerajaan Pusat Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen -persempadanan Kawasan pilihan raya -bentuk sumpah dan ikrar -peruntukan tambahan kewarganegaraan -perlantikan dan persaraan ahli Dewan Negara -syarat – syarat perlantikan senator -perkara – perkara dalam senarai Persekutuan dan senarai Bersama dalam senarai Perundangan -Tanah Simpanan / Rizab Melayu .Sebarang pindaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri dan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen. Perkara berkaitan Tanah rizab Melayu terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Kedua – dua perlembagaan harus dipinda dengan sokongan 2/3 majoriti agar tidak bercanggah antara satu sama lain. -pindaan perkara – perkara dalam senarai Negeri dalam sistem perundangan seperti: Tujuan mengharmonikan undang – undang antara negeri dan perlaksanaan triti, konvensyen atau perjanjian antara Persekutuan dan negara – negara lain. Pindaan memerlukan majoriti mudah ahli Majlis Parlimen -perkara – perkara di luar perlembagaan tetapi berada dalam senarai Persekutuan seperti rang undang – undang kerajaan. Sebagai contoh rang – undang – undang perbekalan. Perlembagaan Negeri Isi kandungan Perlembagaan Negeri -kedudukan, perlantikan dan kuasa Raja atau Yang Di Pertua Negeri -kedudukan, perlantikan dan kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri -fungsi dan kedudukan serta kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri -fungsi dan kedudukan serta kuasa Dewan Undangan Negeri -keistimewaan Dewan Undangan Negeri -kedaulatan Sultan atau Ketua Negeri -kuasa pengampunan Sultan atau Yang Di Pertua Negeri Sebarang pindaan perlembagaan Negeri memerlukan 2/3 majoriti sokongan Dewan Undangan Negeri dan persetujuan Yang Di Pertua Negeri Perkara – perkara dalam perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda -perlantikan para pembesar Melayu -warisan takhta kerajaan -kurniaan atau lucutan pangkat, bintang kebesaran atau gelaran kehormat -kedudukan dan peranan para pembesar Istana -penarikan diri dan penurunan takhta Raja atau waris -cara perlantikan dan sifat – sifat waris takhta, permaisuri dan pemangku raja
0 Comments
Konsep Negara dan Kedaulatan
-Ciri- ciri sesebuah negara adalah mempunyai penduduk yang tetap, sempadan wilayah yang tetap dan jelas serta mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik. -Dalam erti kata lain, negara membawa pengertian masyarakat tetap yang mendiami sesebuah wilayah yang tetap serta ditadbir melalui sistem kerajaan atau pemerintahan yang stabil, sistematik dan teratur dalam aspek sosial, ekonomi, politik, budaya, keamanan dan pertahanan. -Negara juga dianggap sebagai organisasi yang berfungsi untuk mencapai tujuan yang sama dalam sesebuah konstitusi dan dihormati oleh rakyat di negara itu. Konsep Kedaulatan Negara Apakah itu kedaulatan? Kedaulatan bermaksud ketertinggian Dalam bahasa Inggeris kedaulatan adalah sovereignty manakala ia dikenali sebagai superanus dalam bahasa latin dan Sovranus dalam bahasa Itali. Secara amnya kedaulatan merupakan kuasa penuh atau eksklusif dalam penguasaan sesebuah Kawasan pentadbiran atau rakyat sepenuhnya disamping mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kedaulatan wujud dengan adanya wilayah dan penduduk yang tetap serta sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Negara yang berdaulat adalah negara yang berkuasa mutlak dalam menggubal undang- undang dan menguatkuasakan undang – undang. Secara spesifiknya, kedaulatan dapat dibahagikan kepada dua iaitu: Kedaulatan politik – di mana rakyat mempunyai kuasa dalam memilih parti politik untuk membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum. Kedaulatan sah – di mana kerajaan menjalankan pentadbiran berlandaskan perlembagaan dan undang – undang setelah mendapat mandat daripada rakyat. Negara berdaulat harus mempunyai unsur – unsur berikut : -mempunyai identiti / ideologi sendiri seperti Rukun Negara yang mencerminkan keadaan politik dan sosial negara, perlembagaan bertulis, agama rasmi, bahasa rasmi, bendara negara, lambing / jata negara, lagu sendiri -mempunyai sempadan yang diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. -Mempunyai penduduk yang tetap. -mencapai kemerdekaan , tanpa dijajah oleh kuasa – kuasa asing -dihormati, berwibawa dan diiktiraf oleh negara – negara lain -menjalankan hubungan diplomatik dengan negara – negara lain -tidak berada di bawah telunjuk / pengaruh kuasa asing dan dapat membuat keputusan sendiri serta mampu mengawal hal ehwal dalam negara dengan sendiri. -mempunyai autonomi atau kuasa sendiri dalam menentukan hal ehwal dan hala tuju negara serta berkuasa penuh terhadap Kawasan perairan dan ruang udara Malaysia. -wujudnya perlembagaan yang merupakan undang – undang tertinggi sesbuah negara. Perlembagaan menyentuh perkara – perkara yang berkaitan dengan pengasingan kuasa agenis kerajaan, organisasi kerajaan serta prinsip umum perlaksanaan kuasa. -mempunyai sistem kerajaan yang sistematik dengan pentadbiran melalui undang – undang dan pertukaran kerajaan melalui proses pilihan raya yang sah. Ciri – Ciri Negara Malaysia yang Berdaulat : -mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan -mangamalkan konsep Raja Berperlembagaan -mengamalakn sistem kerajaan Persekutuan -wujudnya kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri -menerapkan unsur – unsur pengasingan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman -mengamalkan demokrasi berparlimen -kuasa raja adalah simbolik -wakil parlimen dipilih oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum -parlimen bercorak Westminster / dwidewan -kerajaan dibentuk oleh parti politik yang menang. Sistem Kerajaan
Terdapat pelbagai jenis sistem kerajaan. Antaranya adalah kerajaan Persekutuan, kerajaan Kesatuan dan kerajaan Konfederasi. Kerajaan Persekutuan Negara – negara yang mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan adalah Malaysia, India dan Australia. Dalam kerajaan Persekutuan, terdapat pembahagiaan kuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam hal – hal yang berkaitan tentang perkara – perkara umum dan hal – ehwal luar negara. Walau bagaimanapun, kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak. Isu – isu yang berkaitan tentang tanah, hutan dan pentadbiran negeri adalah berada di bawah kekuasaan kerajaan Negeri. Kedudukan kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri adalah seimbang dengan kerajaan Negeri mempunyai undang – undang yang tersendiri serta kuasa autonomi yang tertentu. Kerajaan Kesatuan Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan kerajaan Negeri dengan kuasa pemerintahan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang – undang yang diluluskan oleh kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat berkuasa mutlak. Contoh – contoh kerajaan Kesatuan adalah Indonesia, New Zealand dan juga United Kingdom. Kerajaan Konfederasi Sebagai contoh kerajaan Konfederasi adalah Konfederasi Jerman Utara ( 1867-1871). Dalam kerajaan Konfederasi, kerajaan Negeri mempunyai kuasa pemerintahan yang lebih berbanding kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat kurang berfungsi, mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad dan pentadbiran yang agak terbatas. Kerajaan Konfederasi tidak lagi wujud pada masa kini. Bentuk Negara Bentuk Negara meliputi monarki, republik, demokrasi dan autokrasi. Monarki Monarki merupakan sistem pemerintahan beraja. Raja merupakan pemerintahan dan pentadbir yang mempunyai kuasa eksekutif. Pentadbiran negara monarki dijalankan oleh kerabat raja. Takhta kerajaan diwarisi secara keturunan. Arab Saudi dan Brunei Darussalam merupakan contoh negara onarki. Republik Negara Republik merupakan negara yang diketuai oleh ketua negara. Ketua negara adalah rakyat biasa yang dipilih dan dilantik melalui pilihan raya berasaskan sistem demokrasi. Ketua negara sesebuah republik digelar Presiden. Tempoh jawatan Presiden dihadkan kepada empat hingga enam tahun dalam satu penggal seperti yang termaktub dalam perlembagaan sesebuah negara republik. Terdapat dua jenis sistem republik iaitu sistem Presiden dan sistem separa Presiden. Sistem Presiden adalah di mana Presiden merupakan ketua negara dan juga ketua kerajaan. Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia merupakan antara negara yang mengamalkan sistem Presiden dalam pentadbiran dan pemerintahan negara republic. Presiden mempunyai tanggungjawab dalam pentadbiran negara dan dipilih oleh rakyat secara terus melalui pilihan raya. Sistem separa Presiden adalah sistem di mana Presiden merupakan ketua negara walau bagaimanapun, beliau bukan ketua kerajaan. Ketua kerajaan adalah Perdana Menteri. Presiden dan Perdana Menteri melibatkan diri dalam pentadbiran dengan bidang kuasa yang berbeza. Di sesetengah negara yang mengamalkan sistem separa Presiden seperti Singapura, kedudukan Presiden adalah simbolik dan tidak melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Negara seperti Singapura, Rusia dan Perancis mengamalkan sistem separa Presiden. Demokrasi Demokrasi adalah berdasarkan konsep “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” Negara demokrasi ditadbir oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Kerajaan ini merupakan parti politik yang diwakili oleh wakil – wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Sokongan majoriti rakyat terhadap sesuatu parti politik melalui pilihan raya umum membolehkan parti politik ini membentuk kerajaan. Negara yang mengamalkan demokrasi akan memastikan rakyat bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan menjaga hak asasi rakyat. Pilihan raya akan diadakan untuk memilih kerajaan. Proses pengundian diadakan secara sulit. Wakil – wakil daripada sesebuah parti politik yang mendapat undi terbanyak dikira memenangi sesebuah pilihan raya dan dapat membentuk kerajaan. Rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu dibenarkan bertanding dan mengundi. Negara – negara seperti Malaysia dan Britain merupakan negara demokratik yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berpelembagaan . Dalam sistem raja berpelembagaan ini Raja atau Sultan ialah ketua negara. Walau bagaimanapun, kuasa raja dianggap sebagai simbolik. Negara – negara seperti Singapura, Filipina, India dan Amerika Syarikat pula merupakan negara – negara demokratik yang mengamalkan sistem Republik. Dalam sistem Republik, terdapat sistem Presiden seperti di Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia dan sistem separa Presiden seperti di Singapura, Rusia, Sri Lanka, Taiwan dan Peru. Autokrasi Autokrasi merupakan sesebuah pemerintahan di mana seseorang individu mempunyai kuasa mutlak dalam memerintah dan dipenuhi dengan paksaan, ugutan dan kekerasaan dalam usaha untuk mengekalkan kuasa. Doktrin Pengasingan Kuasa
Doktrin Pengasingan Kuasa diperkenalakan oleh Montesquieu yang merupakan seorang ahli falsafah Perancis. Konsep-konsep / ciri – ciri pengasingan kuasa: -badan tidak bertindak di luar bidang kuasa yang termaktub dalam perlembagaan -setiap badan menjalankan fungsi kuasa masing - masing -setiap badan tidak mempunyai bidang kuasa badan yang lain -pemantuan badan lain boleh dilakukan oleh badan – badan yang bebas. Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan adalah untuk – -mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa -sesuatu perkara tidak berada di bawah kuasa dan pengurusan lebih daripada satu badan atau satu badan tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa -mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa -menjamin kelancaran pengurusan, pentadbiran dan pemerintahan oleh sesuatu badan induk tanpa pengaruh badan yang lain -badan bebas menjalankan tugas tanpa rasa bimbang akan sebaran bentuk campur tangan badan / kuasa lain -mengelakkan pemusatan kuasa yang akhirnya menjurus kea rah penyalah gunaan kuasa Berdasarkan doktrin pengasingan kuasa , pemerintahan sesebuah negara dibahagikan kepada tiga iaitu: -badan perundangan Terlibat dalam penggubalan, pindaan dan kelulusan undang – undang. Sebagai contoh : Parlimen -badan kehakiman Terlibat dalam pentafsiran undang – undang Sebagai contoh : Mahkamah -badan eksekutif -melaksanakan tugas berlandaskan undang – undang serta perlembagaan. Sebagai contoh : kabinet Menteri dan jentera pentadbiran Doktrin Pengasingan kuasa di Malaysia Pengasingan kuasa di Malaysia adalah tidak menyeluruh. Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalam tiga badan bebas iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman Mereka yang dilantuk menjadi ahli badan eksekutif juga boleh menjadi badan perundangan. Hanya badan kehakiman yang merupakan badan yang benar – benar berkecuali Sebagai contoh, di peringkat persekutuan, ahli badan perundangan ( Parlimen) yang menggubal undang – undang boleh menjalankan tugas eksekutif sebagai Perdana Menteri dan anggota – anggota kabinetnya. Senario yang sama juga berlaku di peringkat negeri, di mana Ketua Menteri dan Menteri Besar serta ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan tugas eksekutif dan fungsi perundangan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri. Peguam Negara yang merupakan pegawai kerajaan dalam bidang eksekutif juga mempunyai kuasa dari segi undang – undang untuk menentukan mahkamah untuk membicarakan sesuatu kes. Pengasingan kuasa di Malaysia adalah bersifat related antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Pembentukan Negara Malaysia
Lahirnya Tanah Melayu Pada tahun 1956, rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan telah dimulakan oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan pemimpin Parti Perikatan dan Ketua Menteri Tanah Melayu. Satu rombongan Merdeka telah diadakan pada 1956 untuk berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan pihak kerajaan British di London. Rombongan ini terdiri daripada wakil Parti Perikatan dan wakil Raja Melayu. Wakil Parti Perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan Tun H.S Lee. Wakil Raja Melayu terdiri daripada Abdul Aziz Othman, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Mohd Seth dan Dato Panglima Bukit Gantang. Hasil daripada rundingan rombongan Merdeka dengan pihak kerajaan British maka termeterailah Perjanjian London. Antara perkara penting dalam Perjanjjian London ini adalah : -tarikh kemerdekaan Tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957. -perlunya satu Suruhanjaya Bebas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu -pengekalan konsep Raja Berpelembagaan -pengasingan kuasa antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Satu Suruhanjaya Bebas telah ditubuhkan untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu. Suruhanjya Bebas ini telah dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Anggota – anggota Suruhanjaya Reid ini terdiri daripada Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Tuan B. Malik dan Tuan Abdul Hamid. Cadangan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid adalah seperti berikut : -Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangssan -Bahasa India dan Cina boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah masing – masing -konsep Raja Berpelembagaan diteruskan -warisan institusi raja Melayu dikekalkan -kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan -hak kaum lain tidak terjejas -agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu -agama lain masih boleh diamalkan -kerakyatan secara Jus Soli diberikan kepada mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu -wujudnya pembahagian kuasa antar kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Merdeka telah dimeterai antara Raja – Raja Melayu dan pihak British. Pada malam 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, tepat pada jam 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan manakala bendera Tanah Melayu dikibar. Pada 31 0gos 1957, pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu diadakan di stadium Merdeka. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu ini telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman. Wakil Ratu Elizabeth II telah menyerahkan watikah pemasyuran kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu. Seruan Merdeka telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali selepas pengisytiharan dilakukan. Saranan ke arah pembentukan Malaysia Antara factor yang menyumbang ke arah pembentukan Malaysia adalah : -untuk menyekat pengaruh Komunis yang boleh menggangu kestabilan politik. Di Singapura , pihak komunis telah menganjurkan mogok di syarikat Bas yang berakhir dengan rusuhan.Pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat ( PETIR) juga telah dikuasai oleh pihak komunis. Parti PETIR juga tewas pada pilihan raya Anson dan Hong Lim. Parti berhaluan komunis juga telah ditubuhkan di bawah Lim Chin Siong. Di Sarawak, pengaruh komunis juga semakin menular dengan wujudnya pengaruh pada parti seperti Liga Belia Demokratik Sabah pada 1951, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dimana operasi Pisang dijalankan untuk menyekat pengaruh komunis dan Persatuan Belia Maju Sarawak yang merupakan pertubuhan komunis sulit yang menghasut masyarakat Cina menentang British -memacu kearah Kerjasama dan perkembangan ekonomi serantau. Selain itu perkembangan ekonomi dapat dikongsi Bersama antara Tanah Melayu, Singapura dan Brunei yang telah mencapai percambahan ekonomi dengan Sabah dan Sarawak -mempercepatkan kemerdekaan bagi negara – negara seperti Sabah, Sarawak dan Singapura yang masih berada di bawah jajahan British. -mewujudkan keseimbangan antara kaum melayu dan bumiputera dan kaum bukan bumiputera. Gabungan antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja akan mewujudkan ketidakseimbangan kerana tiga perempat masyarakat Singapura adalah Cina. Penyertaan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mewujudkan keseimbangan kerana 70 peratus penduduk adalah bumiputera. Idea penubuhan gagasan Malaysia yang terdiri daripada Sabah, Sarawak, Tanah Melayu, Singapura dan Brunei mula dikemukan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ketika makan tengahari di Hotel Adelphi pada 27 Mei 1967 ketika menghadiris Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura. Walau bagaimanapun, Indonesia serta Filipina menentang penubuhan gagasan Malaysia kerana beranggap gagasan Malaysia sebagai neokolonialisme dan Sabah merupakan sebahagian dari wilayah Filipina. Beberapa siri rundingan telah diadakan antara Tanah Melayu dan Filipina dan Singapura yang akhirnya menyebabkan lahirnya MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin bagi ketiga – tiga negara ini bersetuju agar Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu melakukan tinjauan terhadap pandangan penduduk Sabah dan Sarawak berkenaan dengan penyertaan mereka dalam gagasan Malaysia. Tugas ini telah dilakukan oleh Lawrence Michaelmore yang mengetuai Suruhanjaya PBB dari 16 Ogos 1963 hingga 5 September 1963. Hasil laporan menunjukkan lebih 70 peratus bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Usaha ke arah lahirnya Malaysia Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei bagi menerangkan objektif pembentukan gagasan Malaysia. Pada mulanya pemimpin-pemipin di Sabah dan Sarawak seperti Temenggung Jugah Anak Bareing (Yang DiPertua Parti Negara Sarawak ( PANAS), Ong Kee Hui (Pengerusi Supp), Dato Mustapha Bin Dato Harun dan Donald Stephen menentang pembentukan Malaysia kerana bimbang Sabah dan Sarawak akan dijajah olehMalaysia, hilang identiti dan keperibadian dan kedudukan politik mereka terancam. Mereka menubuhkan Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961. Terdapat kerisauan bahawa Tanah Melayu dan Singapura akan merampas kuasa ekonomi dan sumber ekonomi mereka. Parti seperti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu ( UNKO) turut menentang penubuhan Malaysia. Disebabkan wujudnya salah faham terhadap penubuhan Malaysia, Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel telah diadakan pada Julai 1961. Beberapa pemipin Barisan Bersatu telah dihantar ke Persidangan tersebut bagi membincangkan gagasan Malaysia. Pada masa yang sama, rundingan diadakan oleh pegawai – pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dan pegawai – pegawai British di Sabah, Sarawak dan Singapura. Pada bulan Julai 1961, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah diwujudkan dengan tujuan untuk: -menerangkan matlamat penubuhan Malaysia -menerima, meninjau dan mengumpul pendapat penduduk setempat -menggalakkan aktiviti ke arah pembentukan Malaysia -memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak memberi pendapat berkaitan tentang penubuhan Malaysia. 4 mensyuarat telah diadakan iaitu di Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura. Jawatankuasa Perunding Perpaduan kaum ini dipengerusikan oleh Donald Stephen ( ahli Majlis Undangan Sabah dan ahli – ahlinya adalah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu), Lee Kuan Yew ( Singapura), Temenggung Jugah Anak barieng ( Sarawak) dan Dato Mustapha Dato Harun ( Sabah) Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS), Donald Stephen dan Dato Mustapha akhirnya menyokong gagasan Malaysia . Pada Janurai 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh Kerajaan British yang menjalankan tugas dari 19 Februari hingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh : -Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England) -Sir David Wattherson -Sir Anthony Abell -Muhammad Ghazali bin Shafie -Wong Pow Nee Tujuan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk mengumpul pendapat rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia. Selain itu ia juag bertujuan untuk membuat penilaian dan mengemukakan cadangan / saranan kepada pihak British. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 600 kumpulan orang ramai diadakan. 2000 memorandum diterima Hasil tinjauan mendapati: -satu pertiga rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju terhadap pembentukan gagasan Malaysia -satu pertiga rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia dengan syarat -satu pertiga rakyat Sabah dan Sarawak hendak merdeka terlebih dahulu sebelum meyertai Malaysia. Antara Cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold : -hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak dijamin -Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Menteri sendiri -penduduk peribumi Sabah dan Sarawak boleh berkhidmat dengan perkhidmatan awam secepat yang mungkin -bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu- -Sabah dan Sarawak diberi kuada dalam hal – hal yang berkaitan dengan imegresen, dasar Pendidikan, agama, kedudukan bumiputera, kewarganegaraan, kewangan dan perlembagaan negeri melalui Majlis Dewan Undangan Negeri -negara baharu akan dikenali sebagai Malaysia -perlembagaan Malaysia adalah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu. Laporan Suruhanjaya Cobbold ini dikaji oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan pada Ogos 1962 yang terlibat dalam merangka perlembagaan Malaysia. Jawatankuasa Antara Kerajaan ini juga turut membincangkan tentang kepentingan penduduk di Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa Antara Kerajaan ini ditubuhkan pada Ogos 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak merangkap Timbalan Pengerusi.Jawatankuasa ini diwakili oleh wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Terdapat 20 perkara yang dikemukakan oleh wakil Sabah dalam memorandum. Antaranya merujuk kepada: -pengekalan sistem Pendidikan Sabah -imgresen diletakkan di bawah Sabah -Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan manakala bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi. -perwakilan Parlimen adalah berdasarkan keluasan Kawasan dan bilangan penduduk -agama rasmi Persekutuan adalah agama Islam. Tiada agama rasmi di Sabah. Memorandum ini juga telah dipersetujui oleh pemimpin Sarawak. Kemudian Jawatankuasa antara Kerajaan mengeluarkan laporan pada 8 Mac 1963 ia dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak dan 13 Mac 1963 di Majlis Negeri Sabah. Laporan ini diluluskan di Parlimen dan seterusnya menjadi Akta Malaysia 1963 yang mengandungi perkara – perkara seperti: -bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Persekutuan manakala bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan -agama Islam adalah agama rasmi kecuali di Sabah dan Sarawak -perwakilan Parlimen adalah Sarawak 24 kerusi dan Sabah 16 kerusi -kuasa imegresen adalah di bawah Sabah dan Sarawak -sehingga Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan sistem Pendidikan Negeri diletakkan di bawah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Singapura telah mengadakan satu referendum / pungutan suara pada September 1962 bagi meninjau pendapat penduduk Singapura berkaitan pembentukan Malaysia. Hasil menunjukan rakyat Singapura bersungguh untuk menyertai Malaysia dengan 71% menyokong penubuhan Malaysia walaupun mendapat tentangan daripada Parti Buruh dan Barisan Sosialis. Singapura juga bakal mendapat 15 kerusi Parlimen Malaysia serta dapat meningkatan perkembangan ekonomi, mengekalkan taraf pelabuhan bebas dan kuasa autonomi dalam sektor kewangan, Pendidikan dan Buruh. Rundingan di London Satu rundingan di London di antara Tunku Abdul Rahman dan pihak British telah didakan di Malborough House, London. Rudingan selama dua minggu ini berakhir dengan Perjanjian Malaysia yang ditandatangai pada bulan Julai 1963. Perkara – perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia adalah : -hak, kedudukan dan taraf kaum bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu -bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan -bahasa Inggeris dan lain – lain masih boleh digunakan. -Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan bagi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas pembentukan Malaysia. -agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecualai di Sabah dan Sarawak dan agama lai bebas dianuti dan diamalkan. -hal – hal yang berkaitan tentang urusan hal – ehwal luar menjadi tanggunjawab kerajaan Persekutuan. -hal – hal yang berkaitan tentang perkhidmatan awam dan imegresen berada di bawah kuasa Sabah dan Sarawak. Persetujuan diperolehi agar penubuhan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963. Pada Julai 1963, Brunei telah menarik diri daripada menyertai Malaysia. Penubuhan Malaysia pada asalnya disokong oleh Sultan Omar Ali walaupun mendapat tentangan daripada Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari kerana beranggapan yang Brunei akan menjadi tanah jajahan Malaysia. A.M Azahari berpendapat bahawa Brunei perlu mendapat kemerdekaan terlebih dahulu dan mencadangkan penubuhan Persekutuan Borneo Utara iaitu sebuah kerajaan Kalimantan Utara yang dipimpin oleh Sultan Brunei. Parti Rakyat Brunei memenangi pilihan raya Majlis Daerah dan Majlis Undangan pada Ogos dan September 1962. Satu pemberontakan bersentaja diadakan pada 7 Disember 1962 oleh Parti Rakyat Brunei yang dipatahkan dengan bantuan tentera British dan Tanah Melayu. A.M Azahari telah melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Persekutuan Borneo Utara. Sultan Brunei akhirnya menarik diri daripada menyokong gagasan Malaysia kerana dberi kedudukan yang rendah berbanding sultan – sultan yang lain dan terpaska membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan Pusat dalam tempoh 10 tahun. Faktor lain adalah disebabkan oleh rakyat Brunei yang pada asasnya menentang penubuhan Malaysia dan ini terbukti melalui kemenangan Parti Rakyat Brunei dalam pilihan Raya Majlis Daerah dan Majlis Undangan. Pada Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu meninjau pandagan penduduk Sabah dan Sarawak berkaitan pembentukan Malaysia. Telah terbukti masyarakat Sabah dan Sarawak bersetuju dengan pembentuakn Malaysia melalui laporan pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Kelewatan dalam penyediaan laporan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu telah secara tidak langsung menyebabkan penangguhan tarikh penubuhan Malaysia. Malaysia tidak ditubuhkan pada 31 Ogos 1963, tetapi pada 16 September 1963. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah membaca pengisytiharan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka. Pengisytiharan itu telah merasmikan penubuhan Malaysia yang terdiri daripada, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak serta kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada 9 Ogos 1965, Singapura akhirnya berpisah daripada Malaysia. Ini disebabkan oleh Tindakan Singapura yang sering menimbulkan isu sensitif yang memberi kesan terhadap perhubungan Singapura dan Kerajaan Pusat. |
AuthorKoleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am Archives
September 2024
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly