Pembentukan Negara Malaysia
Lahirnya Tanah Melayu Pada tahun 1956, rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan telah dimulakan oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan pemimpin Parti Perikatan dan Ketua Menteri Tanah Melayu. Satu rombongan Merdeka telah diadakan pada 1956 untuk berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan pihak kerajaan British di London. Rombongan ini terdiri daripada wakil Parti Perikatan dan wakil Raja Melayu. Wakil Parti Perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dan Tun H.S Lee. Wakil Raja Melayu terdiri daripada Abdul Aziz Othman, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Mohd Seth dan Dato Panglima Bukit Gantang. Hasil daripada rundingan rombongan Merdeka dengan pihak kerajaan British maka termeterailah Perjanjian London. Antara perkara penting dalam Perjanjjian London ini adalah : -tarikh kemerdekaan Tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957. -perlunya satu Suruhanjaya Bebas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu -pengekalan konsep Raja Berpelembagaan -pengasingan kuasa antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Satu Suruhanjaya Bebas telah ditubuhkan untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu. Suruhanjya Bebas ini telah dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Anggota – anggota Suruhanjaya Reid ini terdiri daripada Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, Tuan B. Malik dan Tuan Abdul Hamid. Cadangan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid adalah seperti berikut : -Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangssan -Bahasa India dan Cina boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah masing – masing -konsep Raja Berpelembagaan diteruskan -warisan institusi raja Melayu dikekalkan -kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan -hak kaum lain tidak terjejas -agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu -agama lain masih boleh diamalkan -kerakyatan secara Jus Soli diberikan kepada mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu -wujudnya pembahagian kuasa antar kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Merdeka telah dimeterai antara Raja – Raja Melayu dan pihak British. Pada malam 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, tepat pada jam 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan manakala bendera Tanah Melayu dikibar. Pada 31 0gos 1957, pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu diadakan di stadium Merdeka. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu ini telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman. Wakil Ratu Elizabeth II telah menyerahkan watikah pemasyuran kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu. Seruan Merdeka telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali selepas pengisytiharan dilakukan. Saranan ke arah pembentukan Malaysia Antara factor yang menyumbang ke arah pembentukan Malaysia adalah : -untuk menyekat pengaruh Komunis yang boleh menggangu kestabilan politik. Di Singapura , pihak komunis telah menganjurkan mogok di syarikat Bas yang berakhir dengan rusuhan.Pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat ( PETIR) juga telah dikuasai oleh pihak komunis. Parti PETIR juga tewas pada pilihan raya Anson dan Hong Lim. Parti berhaluan komunis juga telah ditubuhkan di bawah Lim Chin Siong. Di Sarawak, pengaruh komunis juga semakin menular dengan wujudnya pengaruh pada parti seperti Liga Belia Demokratik Sabah pada 1951, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dimana operasi Pisang dijalankan untuk menyekat pengaruh komunis dan Persatuan Belia Maju Sarawak yang merupakan pertubuhan komunis sulit yang menghasut masyarakat Cina menentang British -memacu kearah Kerjasama dan perkembangan ekonomi serantau. Selain itu perkembangan ekonomi dapat dikongsi Bersama antara Tanah Melayu, Singapura dan Brunei yang telah mencapai percambahan ekonomi dengan Sabah dan Sarawak -mempercepatkan kemerdekaan bagi negara – negara seperti Sabah, Sarawak dan Singapura yang masih berada di bawah jajahan British. -mewujudkan keseimbangan antara kaum melayu dan bumiputera dan kaum bukan bumiputera. Gabungan antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja akan mewujudkan ketidakseimbangan kerana tiga perempat masyarakat Singapura adalah Cina. Penyertaan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mewujudkan keseimbangan kerana 70 peratus penduduk adalah bumiputera. Idea penubuhan gagasan Malaysia yang terdiri daripada Sabah, Sarawak, Tanah Melayu, Singapura dan Brunei mula dikemukan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ketika makan tengahari di Hotel Adelphi pada 27 Mei 1967 ketika menghadiris Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura. Walau bagaimanapun, Indonesia serta Filipina menentang penubuhan gagasan Malaysia kerana beranggap gagasan Malaysia sebagai neokolonialisme dan Sabah merupakan sebahagian dari wilayah Filipina. Beberapa siri rundingan telah diadakan antara Tanah Melayu dan Filipina dan Singapura yang akhirnya menyebabkan lahirnya MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin bagi ketiga – tiga negara ini bersetuju agar Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu melakukan tinjauan terhadap pandangan penduduk Sabah dan Sarawak berkenaan dengan penyertaan mereka dalam gagasan Malaysia. Tugas ini telah dilakukan oleh Lawrence Michaelmore yang mengetuai Suruhanjaya PBB dari 16 Ogos 1963 hingga 5 September 1963. Hasil laporan menunjukkan lebih 70 peratus bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Usaha ke arah lahirnya Malaysia Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei bagi menerangkan objektif pembentukan gagasan Malaysia. Pada mulanya pemimpin-pemipin di Sabah dan Sarawak seperti Temenggung Jugah Anak Bareing (Yang DiPertua Parti Negara Sarawak ( PANAS), Ong Kee Hui (Pengerusi Supp), Dato Mustapha Bin Dato Harun dan Donald Stephen menentang pembentukan Malaysia kerana bimbang Sabah dan Sarawak akan dijajah olehMalaysia, hilang identiti dan keperibadian dan kedudukan politik mereka terancam. Mereka menubuhkan Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961. Terdapat kerisauan bahawa Tanah Melayu dan Singapura akan merampas kuasa ekonomi dan sumber ekonomi mereka. Parti seperti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu ( UNKO) turut menentang penubuhan Malaysia. Disebabkan wujudnya salah faham terhadap penubuhan Malaysia, Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel telah diadakan pada Julai 1961. Beberapa pemipin Barisan Bersatu telah dihantar ke Persidangan tersebut bagi membincangkan gagasan Malaysia. Pada masa yang sama, rundingan diadakan oleh pegawai – pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dan pegawai – pegawai British di Sabah, Sarawak dan Singapura. Pada bulan Julai 1961, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah diwujudkan dengan tujuan untuk: -menerangkan matlamat penubuhan Malaysia -menerima, meninjau dan mengumpul pendapat penduduk setempat -menggalakkan aktiviti ke arah pembentukan Malaysia -memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak memberi pendapat berkaitan tentang penubuhan Malaysia. 4 mensyuarat telah diadakan iaitu di Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura. Jawatankuasa Perunding Perpaduan kaum ini dipengerusikan oleh Donald Stephen ( ahli Majlis Undangan Sabah dan ahli – ahlinya adalah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu), Lee Kuan Yew ( Singapura), Temenggung Jugah Anak barieng ( Sarawak) dan Dato Mustapha Dato Harun ( Sabah) Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS), Donald Stephen dan Dato Mustapha akhirnya menyokong gagasan Malaysia . Pada Janurai 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh Kerajaan British yang menjalankan tugas dari 19 Februari hingga 18 April 1962. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh : -Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England) -Sir David Wattherson -Sir Anthony Abell -Muhammad Ghazali bin Shafie -Wong Pow Nee Tujuan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk mengumpul pendapat rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia. Selain itu ia juag bertujuan untuk membuat penilaian dan mengemukakan cadangan / saranan kepada pihak British. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 600 kumpulan orang ramai diadakan. 2000 memorandum diterima Hasil tinjauan mendapati: -satu pertiga rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju terhadap pembentukan gagasan Malaysia -satu pertiga rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia dengan syarat -satu pertiga rakyat Sabah dan Sarawak hendak merdeka terlebih dahulu sebelum meyertai Malaysia. Antara Cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold : -hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak dijamin -Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Menteri sendiri -penduduk peribumi Sabah dan Sarawak boleh berkhidmat dengan perkhidmatan awam secepat yang mungkin -bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu- -Sabah dan Sarawak diberi kuada dalam hal – hal yang berkaitan dengan imegresen, dasar Pendidikan, agama, kedudukan bumiputera, kewarganegaraan, kewangan dan perlembagaan negeri melalui Majlis Dewan Undangan Negeri -negara baharu akan dikenali sebagai Malaysia -perlembagaan Malaysia adalah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu. Laporan Suruhanjaya Cobbold ini dikaji oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan pada Ogos 1962 yang terlibat dalam merangka perlembagaan Malaysia. Jawatankuasa Antara Kerajaan ini juga turut membincangkan tentang kepentingan penduduk di Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa Antara Kerajaan ini ditubuhkan pada Ogos 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak merangkap Timbalan Pengerusi.Jawatankuasa ini diwakili oleh wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Terdapat 20 perkara yang dikemukakan oleh wakil Sabah dalam memorandum. Antaranya merujuk kepada: -pengekalan sistem Pendidikan Sabah -imgresen diletakkan di bawah Sabah -Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan manakala bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi. -perwakilan Parlimen adalah berdasarkan keluasan Kawasan dan bilangan penduduk -agama rasmi Persekutuan adalah agama Islam. Tiada agama rasmi di Sabah. Memorandum ini juga telah dipersetujui oleh pemimpin Sarawak. Kemudian Jawatankuasa antara Kerajaan mengeluarkan laporan pada 8 Mac 1963 ia dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak dan 13 Mac 1963 di Majlis Negeri Sabah. Laporan ini diluluskan di Parlimen dan seterusnya menjadi Akta Malaysia 1963 yang mengandungi perkara – perkara seperti: -bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Persekutuan manakala bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan -agama Islam adalah agama rasmi kecuali di Sabah dan Sarawak -perwakilan Parlimen adalah Sarawak 24 kerusi dan Sabah 16 kerusi -kuasa imegresen adalah di bawah Sabah dan Sarawak -sehingga Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan sistem Pendidikan Negeri diletakkan di bawah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Singapura telah mengadakan satu referendum / pungutan suara pada September 1962 bagi meninjau pendapat penduduk Singapura berkaitan pembentukan Malaysia. Hasil menunjukan rakyat Singapura bersungguh untuk menyertai Malaysia dengan 71% menyokong penubuhan Malaysia walaupun mendapat tentangan daripada Parti Buruh dan Barisan Sosialis. Singapura juga bakal mendapat 15 kerusi Parlimen Malaysia serta dapat meningkatan perkembangan ekonomi, mengekalkan taraf pelabuhan bebas dan kuasa autonomi dalam sektor kewangan, Pendidikan dan Buruh. Rundingan di London Satu rundingan di London di antara Tunku Abdul Rahman dan pihak British telah didakan di Malborough House, London. Rudingan selama dua minggu ini berakhir dengan Perjanjian Malaysia yang ditandatangai pada bulan Julai 1963. Perkara – perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia adalah : -hak, kedudukan dan taraf kaum bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu -bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan -bahasa Inggeris dan lain – lain masih boleh digunakan. -Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan bagi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas pembentukan Malaysia. -agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecualai di Sabah dan Sarawak dan agama lai bebas dianuti dan diamalkan. -hal – hal yang berkaitan tentang urusan hal – ehwal luar menjadi tanggunjawab kerajaan Persekutuan. -hal – hal yang berkaitan tentang perkhidmatan awam dan imegresen berada di bawah kuasa Sabah dan Sarawak. Persetujuan diperolehi agar penubuhan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963. Pada Julai 1963, Brunei telah menarik diri daripada menyertai Malaysia. Penubuhan Malaysia pada asalnya disokong oleh Sultan Omar Ali walaupun mendapat tentangan daripada Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari kerana beranggapan yang Brunei akan menjadi tanah jajahan Malaysia. A.M Azahari berpendapat bahawa Brunei perlu mendapat kemerdekaan terlebih dahulu dan mencadangkan penubuhan Persekutuan Borneo Utara iaitu sebuah kerajaan Kalimantan Utara yang dipimpin oleh Sultan Brunei. Parti Rakyat Brunei memenangi pilihan raya Majlis Daerah dan Majlis Undangan pada Ogos dan September 1962. Satu pemberontakan bersentaja diadakan pada 7 Disember 1962 oleh Parti Rakyat Brunei yang dipatahkan dengan bantuan tentera British dan Tanah Melayu. A.M Azahari telah melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Persekutuan Borneo Utara. Sultan Brunei akhirnya menarik diri daripada menyokong gagasan Malaysia kerana dberi kedudukan yang rendah berbanding sultan – sultan yang lain dan terpaska membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan Pusat dalam tempoh 10 tahun. Faktor lain adalah disebabkan oleh rakyat Brunei yang pada asasnya menentang penubuhan Malaysia dan ini terbukti melalui kemenangan Parti Rakyat Brunei dalam pilihan Raya Majlis Daerah dan Majlis Undangan. Pada Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu meninjau pandagan penduduk Sabah dan Sarawak berkaitan pembentukan Malaysia. Telah terbukti masyarakat Sabah dan Sarawak bersetuju dengan pembentuakn Malaysia melalui laporan pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu. Kelewatan dalam penyediaan laporan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu telah secara tidak langsung menyebabkan penangguhan tarikh penubuhan Malaysia. Malaysia tidak ditubuhkan pada 31 Ogos 1963, tetapi pada 16 September 1963. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah membaca pengisytiharan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka. Pengisytiharan itu telah merasmikan penubuhan Malaysia yang terdiri daripada, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak serta kedudukan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada 9 Ogos 1965, Singapura akhirnya berpisah daripada Malaysia. Ini disebabkan oleh Tindakan Singapura yang sering menimbulkan isu sensitif yang memberi kesan terhadap perhubungan Singapura dan Kerajaan Pusat.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorKoleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am Archives
September 2024
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly