Tanah Rizab Melayu
Pada mulanya, tanah rizab Melayu dimasukkan ke dalam perlembagaan Persekutuan kerana keinginan Pihak British untuk menjamin hak pemilikan tanah orang Melayu. Ini dapat mengatasi tindakan Pihak British mengamil tanah Melayu sewaktu tanah Melayu dijajah. Tanah rizab Melayu ini diwartakan dalam semua negeri di Semenanjung Malaysia. Perkara 89(6)) Perlembagaan Persekutuan menyentuh isu berkaitan tanah rizab Melayu. Perkara 89(6) menyatakan tanah rizab orang Melayu adalah tanah yang diberi milikan khas kepada orang melayu dan bumiputera di negeri – negeri di mana letaknya tanah tersebut. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam mengisytiharkan mana – mana tanah sebagai tanah rizab Melayu melalui undang – undang apabila : -tanah itu diambil untuk dijadikan tanah rizab Melayu oleh kerajaan Negeri melalui perjanjian dengan tuan punya tanah. -permohonan dibuat oleh tuan punya tanah atau sesiapa yang mempunyai hak dan kepentingan agar tanah itu ditukar kepada tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu tidak boleh dijual beli kepada orang bukan Melayu. Tanah ini hanya boleh dipindah milik kepada orang Melayu sahaja. Apabila berlakunya keadaan di mana tanah tersebut berhenti daripada menjadi tanah rizab Melayu maka kerajaan Negeri harus menggantikan tanah tersebut dengan tanah lain.
0 Comments
Takrifan Melayu Apakah ertinya Melayu? Perkara 160(2) menyatakan istilah Melayu bermaksud: -seseorang yang menganut agama Islam -bertutur dalam bahasa Melayu secara lazimnya -mengamalkan adat istiadat melayu Satu daripada syarat – syarat ini juga harus dipenuhi -dilahirkan di Persekutuan atau Singapura sebelum hari Merdeka atau -yang lahir sebelum hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau -pada hari mederka , dia bermaustatin di Persekutuan atau di Singapura atau -dia berkuturunan seseorang yang memenuhi syarat – syarat di atas Secara amnya bangsa Melayu adalah penduduk tempatan berasaskan sejarah kewujudan pentas benua yang membentuk kumpulan Melayu Nusantara Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak : Bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara perlembagaan Persekutuan adalah suatu kompromi antara kaum Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan merupakan keistimewaan – keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kepentingan – kepentingan yang sah bagi kaum lain juga dipelihara oleh Yang Di Pertuan Agong Antara – antara keistimewaan ayng diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah : -menyediakan peruntukan pembiayaian biasiswa berasaskan kemampuan kerajaan -menyediakan kuota bagi mendapatkan tempat di institusi Pendidikan -menyediakan kuota dan permit lessen dalam aktiviti perniagaan -menyediakan kuota dalam perlaksanaan dasar- dasar kerajaan seperti kontrak perbekalan dan perakuan tanah rizab melayu dan bumiputera Bahasa Kebangsaan
Perkara 152 perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu harus digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan Persekutuan ataut kerajaan Negeri. Bahasa Melayu meliputis bahasa Melayu jawi dan rumi. Kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipertikaikan Tiada perkataan atau bahagian yang menyebut bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam menjalin hubungan dengan negara luar, Latihan-latihan atau kursus – kursus yang dikendalikan oleh pakar – pakar luar negara,laporan – laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri, perakuanan, penyiasatan dan lain – lain lagi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar dalam pengajaran bidang perubatan, sains dan teknologi dalam sistem Pendidikan Negara Lain – lan bahasa bebas diamalkan dalam sistuatsi tidak formal dan juga pembelajaran sepeti yang termaktub dalam perkara 152(1) perlembagaan Persekutuan Pada 1/9/1967, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal negara bagi Persekutuan Malaysia. In ekoran daripada Parlimen meluluskan undang – undang bahasa Kebangsaan pada Mac 1967. Agama Islam
Perkara 3 perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama Islam ialah agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun, agama – agama lain masih boleh diamalkan. Orang bukan Islam dilarang menyebarkan agama lain kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ketua agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia adalah Sultan, Raja atau Yang Di Pertuan Besar. Manakala bagi Pulau Pinang, Sabah, Serawak serta Melaka, Yang Di Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa dalam menggubal undang – undang pentadbiran agama Islam di peringkat negeri - negeri, Parlimen berkuasa menggubal undang – undang pentadbiran Islam bagi wilayah – wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kedudukan agama Islam tidak boleh dipersoalkan. Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan mengatakan tentang Yang Di Pertuan Agong mewakili raja setiap negeri dalam apa – apa perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam yang dipersetujui oleh Majlis Raja – Raja. |
AuthorKoleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am Archives
September 2024
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly