STPM Pengajian Am Semester 1 – Perlembagaan Persekutuan - Pembahagian Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Pembahagian kuasa yang jelas antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negerii telah termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Wujudnya senarai Persekutuan bagi Kerajaan Persekutuan Senarai Negeri pula bagi Kerajaan Negeri dan senarai Bersama bagi Kerajaan Pusat dan Negeri. Bagi perkara – perkara yang tidak dinyatakan dalam mana- mana senarai, maka perkara ini akan berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa baki perundangan terletak di bawah Kerajaan Negeri. Senarai Persekutuan • Pendidikan • Perhubungan dan perdagangan • Keselamatan dalam negeri • Hal – ehwal luar negara • Pertahanan dan Persekutuan • Kewarganegaraan Persekutuan • Undang – undang acara sivil, jenayah dan pentadbiran keadilan • Jentera Kerajaan Persekutuan • Kewangan dan tukaran mata wang asing • Perkhidmatan Bomba • Pelancongan • Akhbar, penerbitan dan percetakan • Penapisan media massa • Buruh dan keselamatan sosial • Ubat Kesihatan • Perkara berhubung wilayah Persekutuan • Koperasi / Syarikat Kerjasama • Hari kelepasan am Persekutuan • Kebajikan orang asli • Kuasa kajian, siasatan dan penyelidikan • Perkapalan, perlayaran dan perikanan laut dalam • Cukai pendapatan, Syarikat dan jualan perkhidmatan • Perdagangan komersial dan Perusahaan serta pendaftarannya Senarai Negeri • Tanah ( kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Hukum syarak dan hal ehwal agama ( kecuali WP Kuala lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Pertanian dan Perhutanan ( kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Kerajaan Tempatan ( Kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Kerja – kerja negeri dan kerja – kerja air • Jentera Kerajaan Negeri • Hari kelepasan Negeri • Perpustakaan, monument, muzium, rekod purbakala dan Sejarah, tapak peninggalan zaman purba • Siasatan bagi maksud Negeri • Penyu dan menangkap ikan di Sungai • Tambahan sabah dan Sarawak : • Pelabuhan • ukuran tanah • kereta api Sabah • Perbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan oleh undang – undang Negeri. Senarai Bersama ( Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) • Pemeliharaan warisan • Bekalan dan perkhidmatan air • Perumahan mampu milik dan peruntukan bagi kemudahan perumahan • Kebudayaan dan sukan • Langkah – Langkah keselamatan kebarakaran • Pemulihan tanah, lombong dan tanah yang dibinasakan oleh hakisan tanah • Perparitan dan pengairan • Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit • Kutu rayau dan penjaja beredar • Perancangan bandar dan kampung • Ternakan binatang • Kebajikan masyarakat • Biasiswa • Perlindungan binatang dan burung liar • Senarai Bersama Tambahan bagi Sabah dan Sarawak : • Khairat Amanah serta yayasan khairat dalam Negeri • Panggung wayang dan tempat hiburan awam • Penyelidikan pertanian dan perhutanan • Undang – undang diri • Pencemuhan barang makanan dan barang lain • Perkapalan, menangkap ikan di laut dan di muara, perikanan • Pengeluaran, pembahagian dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijana oleh kuasa air
0 Comments
Tanah Rizab Melayu
Pada mulanya, tanah rizab Melayu dimasukkan ke dalam perlembagaan Persekutuan kerana keinginan Pihak British untuk menjamin hak pemilikan tanah orang Melayu. Ini dapat mengatasi tindakan Pihak British mengamil tanah Melayu sewaktu tanah Melayu dijajah. Tanah rizab Melayu ini diwartakan dalam semua negeri di Semenanjung Malaysia. Perkara 89(6)) Perlembagaan Persekutuan menyentuh isu berkaitan tanah rizab Melayu. Perkara 89(6) menyatakan tanah rizab orang Melayu adalah tanah yang diberi milikan khas kepada orang melayu dan bumiputera di negeri – negeri di mana letaknya tanah tersebut. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam mengisytiharkan mana – mana tanah sebagai tanah rizab Melayu melalui undang – undang apabila : -tanah itu diambil untuk dijadikan tanah rizab Melayu oleh kerajaan Negeri melalui perjanjian dengan tuan punya tanah. -permohonan dibuat oleh tuan punya tanah atau sesiapa yang mempunyai hak dan kepentingan agar tanah itu ditukar kepada tanah rizab Melayu. Tanah rizab Melayu tidak boleh dijual beli kepada orang bukan Melayu. Tanah ini hanya boleh dipindah milik kepada orang Melayu sahaja. Apabila berlakunya keadaan di mana tanah tersebut berhenti daripada menjadi tanah rizab Melayu maka kerajaan Negeri harus menggantikan tanah tersebut dengan tanah lain.
Takrifan Melayu Apakah ertinya Melayu? Perkara 160(2) menyatakan istilah Melayu bermaksud: -seseorang yang menganut agama Islam -bertutur dalam bahasa Melayu secara lazimnya -mengamalkan adat istiadat melayu Satu daripada syarat – syarat ini juga harus dipenuhi -dilahirkan di Persekutuan atau Singapura sebelum hari Merdeka atau -yang lahir sebelum hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau -pada hari mederka , dia bermaustatin di Persekutuan atau di Singapura atau -dia berkuturunan seseorang yang memenuhi syarat – syarat di atas Secara amnya bangsa Melayu adalah penduduk tempatan berasaskan sejarah kewujudan pentas benua yang membentuk kumpulan Melayu Nusantara Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak : Bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara perlembagaan Persekutuan adalah suatu kompromi antara kaum Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan merupakan keistimewaan – keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Kepentingan – kepentingan yang sah bagi kaum lain juga dipelihara oleh Yang Di Pertuan Agong Antara – antara keistimewaan ayng diberikan kepada kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah : -menyediakan peruntukan pembiayaian biasiswa berasaskan kemampuan kerajaan -menyediakan kuota bagi mendapatkan tempat di institusi Pendidikan -menyediakan kuota dan permit lessen dalam aktiviti perniagaan -menyediakan kuota dalam perlaksanaan dasar- dasar kerajaan seperti kontrak perbekalan dan perakuan tanah rizab melayu dan bumiputera Bahasa Kebangsaan
Perkara 152 perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu harus digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan Persekutuan ataut kerajaan Negeri. Bahasa Melayu meliputis bahasa Melayu jawi dan rumi. Kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipertikaikan Tiada perkataan atau bahagian yang menyebut bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam menjalin hubungan dengan negara luar, Latihan-latihan atau kursus – kursus yang dikendalikan oleh pakar – pakar luar negara,laporan – laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri, perakuanan, penyiasatan dan lain – lain lagi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar dalam pengajaran bidang perubatan, sains dan teknologi dalam sistem Pendidikan Negara Lain – lan bahasa bebas diamalkan dalam sistuatsi tidak formal dan juga pembelajaran sepeti yang termaktub dalam perkara 152(1) perlembagaan Persekutuan Pada 1/9/1967, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal negara bagi Persekutuan Malaysia. In ekoran daripada Parlimen meluluskan undang – undang bahasa Kebangsaan pada Mac 1967. Agama Islam
Perkara 3 perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama Islam ialah agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun, agama – agama lain masih boleh diamalkan. Orang bukan Islam dilarang menyebarkan agama lain kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ketua agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia adalah Sultan, Raja atau Yang Di Pertuan Besar. Manakala bagi Pulau Pinang, Sabah, Serawak serta Melaka, Yang Di Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa dalam menggubal undang – undang pentadbiran agama Islam di peringkat negeri - negeri, Parlimen berkuasa menggubal undang – undang pentadbiran Islam bagi wilayah – wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kedudukan agama Islam tidak boleh dipersoalkan. Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan mengatakan tentang Yang Di Pertuan Agong mewakili raja setiap negeri dalam apa – apa perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam yang dipersetujui oleh Majlis Raja – Raja. Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Faktor – factor perlunya perlembagaan dipinda adalah : -menyesuaikan perlembagaan dengan perubahan masa -proses menambah baik dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan -memenuhi keperluan rakyat dan meningkatkan perlindungan serta menjamin hak – hak rakyat Pindaan perlembagaan boleh dilakukan melalui: -memansuhkan peruntukan undang – undang sedia ada -mewujudkan peruntukan undang – undang yang baru -mengemas kini dan menambah baik peruntukan undang – undang sedia ada Pindaan Perlembagaan Persekutuan Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja – Raja : -hal ehwal agama -kedudukan bahasa kebangsaan -tugas, peranan dan kuasa Majlis Raja – Raja -kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera, bumiputera Sabah dan Sarawak -hak – hak dan kedaulatan Raja – Raja -kedudukan dan kepentingan kaum – kaum lain -pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia -kewarganegaraan -keistimewaan Parlimen Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Yang Dipertua Negeri Sarawak: -hak – hak adat kaum bumiputera Sabah dan Sarawak -hal – ehwal tanah -hak – hak warga Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada warganegara Malaysia -hak sama rata antara penduduk di Sabah dan Sarawak -isu – isu berkaitan agama, bahasa dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak -kuasa imigresen Sabah dan Sarawak -kuasa menyekat kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak -kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta kuasa perlantikan hakim -kuasa perundangan di Sabah dan Sarawak -penerimaan royalti oleh kerajaan Sabah dan Sarawak daripada kerajaan Persekutuan -kebebasan bagi kerajaan Tempatan Sabah dan Sarawak tanpa pengaruh kerajaan Pusat Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen -persempadanan Kawasan pilihan raya -bentuk sumpah dan ikrar -peruntukan tambahan kewarganegaraan -perlantikan dan persaraan ahli Dewan Negara -syarat – syarat perlantikan senator -perkara – perkara dalam senarai Persekutuan dan senarai Bersama dalam senarai Perundangan -Tanah Simpanan / Rizab Melayu .Sebarang pindaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri dan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen. Perkara berkaitan Tanah rizab Melayu terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Kedua – dua perlembagaan harus dipinda dengan sokongan 2/3 majoriti agar tidak bercanggah antara satu sama lain. -pindaan perkara – perkara dalam senarai Negeri dalam sistem perundangan seperti: Tujuan mengharmonikan undang – undang antara negeri dan perlaksanaan triti, konvensyen atau perjanjian antara Persekutuan dan negara – negara lain. Pindaan memerlukan majoriti mudah ahli Majlis Parlimen -perkara – perkara di luar perlembagaan tetapi berada dalam senarai Persekutuan seperti rang undang – undang kerajaan. Sebagai contoh rang – undang – undang perbekalan. Perlembagaan Negeri Isi kandungan Perlembagaan Negeri -kedudukan, perlantikan dan kuasa Raja atau Yang Di Pertua Negeri -kedudukan, perlantikan dan kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri -fungsi dan kedudukan serta kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri -fungsi dan kedudukan serta kuasa Dewan Undangan Negeri -keistimewaan Dewan Undangan Negeri -kedaulatan Sultan atau Ketua Negeri -kuasa pengampunan Sultan atau Yang Di Pertua Negeri Sebarang pindaan perlembagaan Negeri memerlukan 2/3 majoriti sokongan Dewan Undangan Negeri dan persetujuan Yang Di Pertua Negeri Perkara – perkara dalam perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda -perlantikan para pembesar Melayu -warisan takhta kerajaan -kurniaan atau lucutan pangkat, bintang kebesaran atau gelaran kehormat -kedudukan dan peranan para pembesar Istana -penarikan diri dan penurunan takhta Raja atau waris -cara perlantikan dan sifat – sifat waris takhta, permaisuri dan pemangku raja |
AuthorKoleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am Archives
September 2024
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly