KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

STPM PEngajian am 

STPM Pengajian Am Penggal 1 - Perlembagaan Persekutuan - Pindaan Perlembagaan

8/29/2023

0 Comments

 
​Pindaan Perlembagaan 

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri 

Faktor – factor perlunya perlembagaan dipinda adalah : 
-menyesuaikan perlembagaan dengan perubahan masa
-proses menambah baik dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan 
-memenuhi keperluan rakyat dan meningkatkan perlindungan serta menjamin hak – hak rakyat

Pindaan perlembagaan boleh dilakukan melalui: 
-memansuhkan peruntukan undang – undang sedia ada
-mewujudkan peruntukan undang – undang yang baru 
-mengemas kini dan menambah baik peruntukan undang – undang sedia ada

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 
Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja – Raja : 
-hal ehwal agama 
-kedudukan bahasa kebangsaan 
-tugas, peranan dan kuasa Majlis Raja – Raja 
-kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera, bumiputera Sabah dan Sarawak 
-hak – hak dan kedaulatan Raja – Raja 
-kedudukan dan kepentingan kaum – kaum lain 
-pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia 
-kewarganegaraan 
-keistimewaan Parlimen 

Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Yang Dipertua Negeri Sarawak: 
-hak – hak adat kaum bumiputera Sabah dan Sarawak 
-hal – ehwal tanah 
-hak – hak warga Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada warganegara Malaysia 
-hak sama rata antara penduduk di Sabah dan Sarawak 
-isu – isu berkaitan agama, bahasa dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak
-kuasa imigresen Sabah dan Sarawak 
-kuasa menyekat kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak 
-kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta kuasa perlantikan hakim 
-kuasa perundangan di Sabah dan Sarawak 
-penerimaan royalti oleh kerajaan Sabah dan Sarawak daripada kerajaan Persekutuan 
-kebebasan bagi kerajaan Tempatan Sabah dan Sarawak tanpa pengaruh kerajaan Pusat

Pindaan yang memerlukan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen 
-persempadanan Kawasan pilihan raya 
-bentuk sumpah dan ikrar
-peruntukan tambahan kewarganegaraan
-perlantikan dan persaraan ahli Dewan Negara 
-syarat – syarat perlantikan senator 
-perkara – perkara dalam senarai Persekutuan dan senarai Bersama dalam senarai Perundangan 
-Tanah Simpanan / Rizab Melayu .Sebarang pindaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri dan 2/3 majoriti sokongan ahli majlis Parlimen. Perkara berkaitan Tanah rizab Melayu terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Kedua – dua perlembagaan harus dipinda dengan sokongan 2/3 majoriti agar tidak bercanggah antara satu sama lain. 
-pindaan perkara – perkara dalam senarai Negeri dalam sistem perundangan seperti: 
Tujuan mengharmonikan undang – undang antara negeri dan perlaksanaan triti, konvensyen atau perjanjian antara Persekutuan dan negara – negara lain. 

Pindaan memerlukan majoriti mudah ahli Majlis Parlimen 
-perkara – perkara di luar perlembagaan tetapi berada dalam senarai Persekutuan seperti rang undang – undang kerajaan. Sebagai contoh rang – undang – undang perbekalan. 

Perlembagaan Negeri 

Isi kandungan Perlembagaan Negeri 
-kedudukan, perlantikan dan kuasa Raja atau Yang Di Pertua Negeri 
-kedudukan, perlantikan dan kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri 
-fungsi dan kedudukan serta kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
-fungsi dan kedudukan serta kuasa Dewan Undangan Negeri 
-keistimewaan Dewan Undangan Negeri 
-kedaulatan Sultan atau Ketua Negeri 
-kuasa pengampunan Sultan atau Yang Di Pertua Negeri 

Sebarang pindaan perlembagaan Negeri memerlukan 2/3 majoriti sokongan Dewan Undangan Negeri dan persetujuan Yang Di Pertua Negeri 

Perkara – perkara dalam perlembagaan Negeri yang tidak boleh dipinda 
-perlantikan para pembesar Melayu
-warisan takhta kerajaan 
-kurniaan atau lucutan pangkat, bintang kebesaran atau gelaran kehormat
-kedudukan dan peranan para pembesar Istana 
-penarikan diri dan penurunan takhta Raja atau waris 
-cara perlantikan dan sifat – sifat waris takhta, permaisuri dan pemangku raja 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Koleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am

    Archives

    September 2024
    September 2023
    August 2023

    Categories

    All
    Perlembagaan Persekutuan
    STPM Pengajian Am Semester 1 / Penggal 1 Konsep N

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly