KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

STPM PEngajian am 

STPM Pengajian Am Semester 1 / Penggal 1 - Konsep Negara dan Pembentukan Malaysia - Konsep Negara dan Kedaulatan

8/27/2023

1 Comment

 
​Konsep Negara dan Kedaulatan 

-Ciri- ciri sesebuah negara adalah mempunyai penduduk yang tetap, sempadan wilayah yang tetap dan jelas serta mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik. 

-Dalam erti kata lain, negara membawa pengertian masyarakat tetap yang mendiami sesebuah wilayah yang tetap serta ditadbir melalui sistem kerajaan atau pemerintahan yang stabil, sistematik dan teratur dalam aspek sosial, ekonomi, politik, budaya, keamanan dan pertahanan. 

-Negara juga dianggap sebagai organisasi yang berfungsi untuk mencapai tujuan yang sama dalam sesebuah konstitusi dan dihormati oleh rakyat di negara itu. 

Konsep Kedaulatan Negara 
Apakah itu kedaulatan? 
Kedaulatan bermaksud ketertinggian
Dalam bahasa Inggeris kedaulatan adalah sovereignty manakala ia dikenali sebagai superanus dalam bahasa latin dan Sovranus dalam bahasa Itali.
Secara amnya kedaulatan merupakan kuasa penuh atau eksklusif dalam penguasaan sesebuah Kawasan pentadbiran atau rakyat sepenuhnya disamping mendapat pengiktirafan antarabangsa. 
Kedaulatan wujud dengan adanya wilayah dan penduduk yang tetap serta sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. 
Negara yang berdaulat adalah negara yang berkuasa mutlak dalam  menggubal undang- undang dan  menguatkuasakan undang – undang.
Secara spesifiknya, kedaulatan dapat dibahagikan kepada dua iaitu: 
Kedaulatan politik – di mana rakyat mempunyai kuasa dalam memilih parti politik untuk membentuk kerajaan melalui pilihan raya umum. 
Kedaulatan sah – di mana kerajaan menjalankan pentadbiran berlandaskan perlembagaan dan undang – undang setelah mendapat mandat daripada rakyat. 


Negara berdaulat harus mempunyai unsur – unsur berikut : 
-mempunyai identiti / ideologi  sendiri seperti Rukun Negara yang mencerminkan keadaan politik dan sosial negara, perlembagaan bertulis, agama rasmi, bahasa rasmi, bendara negara, lambing / jata negara, lagu sendiri
-mempunyai sempadan yang diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu.
-Mempunyai penduduk yang tetap.
-mencapai kemerdekaan , tanpa dijajah oleh kuasa – kuasa asing 
-dihormati, berwibawa dan diiktiraf oleh negara – negara lain 
-menjalankan hubungan diplomatik dengan negara – negara lain 
-tidak berada di bawah telunjuk / pengaruh kuasa asing dan dapat membuat keputusan sendiri serta mampu mengawal hal ehwal dalam negara dengan sendiri. 
-mempunyai autonomi atau kuasa sendiri dalam menentukan hal ehwal dan hala tuju negara serta berkuasa penuh terhadap Kawasan perairan dan ruang udara Malaysia.
-wujudnya perlembagaan yang merupakan undang – undang tertinggi sesbuah negara. Perlembagaan menyentuh perkara – perkara yang berkaitan dengan pengasingan kuasa agenis kerajaan, organisasi kerajaan serta prinsip umum perlaksanaan kuasa. 
-mempunyai sistem kerajaan yang sistematik  dengan pentadbiran melalui undang – undang dan pertukaran kerajaan melalui proses pilihan raya yang sah. 

Ciri – Ciri Negara Malaysia yang Berdaulat :
-mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan
-mangamalkan konsep Raja Berperlembagaan 
-mengamalakn sistem kerajaan Persekutuan
-wujudnya kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri 
-menerapkan unsur – unsur pengasingan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman 
-mengamalkan demokrasi berparlimen
-kuasa raja adalah simbolik
-wakil parlimen dipilih oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum
-parlimen bercorak Westminster / dwidewan
-kerajaan dibentuk oleh parti politik yang menang. 
Picture
1 Comment
Sofia L link
11/11/2024 07:13:37 am

Nice ppost thanks for sharing

Reply



Leave a Reply.

    Author

    Koleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am

    Archives

    September 2024
    September 2023
    August 2023

    Categories

    All
    Perlembagaan Persekutuan
    STPM Pengajian Am Semester 1 / Penggal 1 Konsep N

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly