KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

STPM PEngajian am 

STPM Pengajian Am Semester 1 /Penggal 1 - Konsep Negara dan Pembentukan Negara Malaysia - Doktrin Pengasingan Kuasa

8/27/2023

0 Comments

 
​Doktrin Pengasingan Kuasa 
Doktrin Pengasingan Kuasa diperkenalakan oleh Montesquieu yang merupakan seorang ahli falsafah Perancis. 

Konsep-konsep / ciri – ciri pengasingan kuasa: 
-badan tidak bertindak di luar bidang kuasa yang termaktub dalam perlembagaan
-setiap badan menjalankan fungsi kuasa masing - masing
-setiap badan tidak mempunyai bidang kuasa badan yang lain
-pemantuan badan lain boleh dilakukan oleh badan – badan yang bebas.

Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan adalah untuk – 
-mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa 
-sesuatu perkara tidak berada di bawah kuasa dan pengurusan lebih daripada satu badan atau satu badan tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
-mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa
-menjamin kelancaran pengurusan, pentadbiran dan pemerintahan oleh sesuatu badan induk tanpa pengaruh badan yang lain 
-badan bebas menjalankan tugas tanpa rasa bimbang akan sebaran bentuk campur tangan badan / kuasa lain
-mengelakkan pemusatan kuasa yang akhirnya menjurus kea rah penyalah gunaan kuasa

 

Berdasarkan doktrin pengasingan kuasa , pemerintahan sesebuah negara dibahagikan kepada tiga iaitu: 
-badan perundangan
Terlibat dalam penggubalan, pindaan dan kelulusan undang – undang.
Sebagai contoh : Parlimen 
-badan kehakiman 
Terlibat dalam pentafsiran undang – undang 
Sebagai contoh : Mahkamah 
-badan eksekutif 
-melaksanakan tugas berlandaskan undang – undang serta perlembagaan.
Sebagai contoh : kabinet Menteri dan jentera pentadbiran

Doktrin Pengasingan kuasa di Malaysia 
Pengasingan kuasa di Malaysia adalah tidak menyeluruh. 

Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi dalam tiga badan bebas iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman

Mereka yang dilantuk menjadi ahli badan eksekutif juga boleh menjadi badan perundangan. 

Hanya badan kehakiman yang merupakan badan yang benar – benar berkecuali 

Sebagai contoh, di peringkat persekutuan, ahli badan perundangan ( Parlimen) yang menggubal undang – undang boleh menjalankan tugas eksekutif sebagai Perdana Menteri dan anggota – anggota kabinetnya. 

Senario yang sama juga berlaku di peringkat negeri, di mana Ketua Menteri dan Menteri Besar serta ahli – ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan tugas eksekutif dan fungsi perundangan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri. 

Peguam Negara yang merupakan pegawai kerajaan dalam bidang eksekutif juga mempunyai kuasa dari segi undang – undang untuk menentukan mahkamah untuk membicarakan sesuatu kes.

Pengasingan kuasa di Malaysia adalah bersifat related antara badan perundangan, badan eksekutif  dan badan kehakiman. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Koleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am

    Archives

    September 2024
    September 2023
    August 2023

    Categories

    All
    Perlembagaan Persekutuan
    STPM Pengajian Am Semester 1 / Penggal 1 Konsep N

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly