SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Perjuangan Golongan Intelektual
Intelektual Berpendidikan Agama Gerakan islah ialah Gerakan yang dipelopori oleh golongan muda yang menjadikan agama Islam sebagai asas kepada kemajuan dunia dan akhirat. Akhbar seperti Al – Imam, Al -Ikhwan, Tunas Melayau dan Neracha merupakan antara naskah yang digunakan untuk menyebarkan idea mereka. Fahaman islah ini turut disebarkan melalui penubuhan madrasah – madrasah seperti Madreasah al – Attas di Johor, Maahad – al – Ehya Assharif di Perak dan Madrasah al – Khairiah al – Islamiyah di Kedah. Pelajar – pelajjar di madrasah ini menunjukkan perkembangan dalam aspek sikap dan pentafsiran Islam. Kaum Wanita turut dibenarkan untuk sama – sama belajar di madrasah ini. Intelektual Berpendidikan Inggeris Kebanyakan intelektual berpendidikan Inggeris mendapat pendidikan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar ( MCKK) yang ditubuhkan pada tahun 1905. Mereka ini telah dilatih agar dapat diserap dalam pentadbiran kerajaan British. Kebanyakan pelajar MCKK ini terdiri daripada golongan anak bangsawan. Lepasan MCKK yang dilantik menjadi pegawai kerajaan telah menuntut agar lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu untuk bekerja dalam sektor kerajaan selain mengharapkan agar taraf hidup orang Melayu dapat dipertingkatkan. Setiap gesaan dan tuntutan ini dilakukan secara aman dengan menjalinkan hubungan baik dengan British dan menggunakan akhbar – akhbar seperti Utusan Melayu, Lembaga Malaya dan Warta Malaya. Antara lepasan MCKK adalah Mohammad Eonus Abdullah, Raja Uda Raja Muhammad, Raja Chulan Abdullah dan Mahmud Mat. Intelektual Berpendidikan Melayu Intelektual berpendidikan Melayu dilahirkan melalui pendidikan yang diterima di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922. Subjek sejarah dan pendedahan kepada keagungan Empayar Melayu di Alam Melayu sering ditekankan kepada para pelajar dengan tujuan membangkitkan kesedaran nasional kepada para pelajar. Subjek – subjek lain seperti anyaman, kesihatan dan sukan turut diperlajari. Kebanyakan bahan bacaan adalah dari Indonesia dan Timur Tengah. Maktab Perguruan Sultan Idiris juga mempunyai guru – guru seperti Abdul Hadi Abdul Manan,Abdul Hadi Hassan O.T Dussek dan Harun Aminurrashid yang meniupkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan para pelajar. Selain itu kewujudan Pejabat Karang – Mengarang di mana Za’ba menjadi ketua penterjemah juga telah Berjaya menghasilkan karya yang berkualiti dan para nasionalis seperti Abdul Hadi Hassan dan Buyong Adil. Pada thaun 1929, maka wujudnya Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang kemudiannya membentuk persatuan radikal yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda.
0 Comments
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Perjuangan Melalui Karya Kreatif
Karya kreatif terdiri daripada novel, cerpen dan puisi. Antara karya kreatif adalah Mari Kita Berjuang ( ditulis of Abdullah Sidek), Cerita Awang Putat ( ditulis oleh Abdul Rahim Kajai), Rumah Besar Tiang Sebatang ( Ishak Haji Muhammad), Di sini Kita Bukannya Orang Dagang ( karya Shamsuddin Salleh), Angan – angan dengan Gurindam ( karya Omar Mustaffa), Sedarlah ( karya Mahmud Ahmadi), Serunai Pujangga ( karya Abdul samad Ahmad) dan Semenanjung (Harun Aminurrashid). Karya kreatif in bertemakan semangat perjuangan untuk membela nasib bangsa dan semangat cintakan negara. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Perjuangan Melalui Persatuan
Kesatuan Melayu Singapura ( KMS) Ditubuhkan pada 1926. Tujuan penubuhan adalah untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam pentadbiran dan politik serta meningkatkan penyertaan ahli dalam pentadbiran. Kepentingan menuntut pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi (pengajian tinggi) dan pendidikan teknik turut ditekankan. KMS menjalinkan Kerjasama dengan British agar lebih ramai orang Melayu melibatkan diri dalam pentadbiran. Kesimpulannya penubuhab KMS telah memberi inspirasi kepada Penubuhan Persatuan Melayu Pahaing, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Negeri Sembilan. Persatuan Sahabat Pena ( PASPAM) Ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang. Dari tahun 1934- 1939 perhimpunan tahunan diadakan di seluruh Tanah Melayu. Perhimpunan ini membolehkana wakil dari Persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak menyuarakan isu kebangsaan. PASPAM menggalakkan ahli – ahlinya bersatu dan bertukar – tukar pendapat. Di Sabah, pada tahun 1939, cawangan PASPAM ditubuhkan di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Peniaga , guru Sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan merupakan antara ahli PASPAM Sabah. Di Sarawak, PASPAM telah diasaskan oleh Muhammad Rakawi Yusuf bagi cawangan Kuching dan menjalinkan hubungan yang baik dengan KMS ( Kesatuan Melayu Singapura). Kemudian pada tahun 1939, bersama – sama dengan Johari Anang, Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan. Kesatuan Melayu Muda Merupakan persatuan yang dianggap radikal kerana berani membangkitan sentiment anti British dan menyuarakan penentangan melalui penulisan dalam akhbar dan majalah. Akhbar Majlis merupakan medium yang digunakan untuk berjuang Bercita – cita ingin mewujudkan gagasan Melayu Raya melalui gabungan antara Indonesia dan Tanah Melayu. Persatuan Masyarakat Cina Masyarakat Cina lebih menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku di China sebelum Perang Dunia Kedua. Lawatan telah diadakan oleh Dr Sun Yat Sen ke negeri – negeri Melayu Bersekutu bagi mendapatkan sokongan pemimpin Cina dalam usaha untuk menentang pemerintahan Manchuria di China. Persatuan Orang Cina Peranakan British ( SCBA) yang mewakili masyarakat Cina di Negeri Selat atau Cina Peranakan Lulusan Inggeris telah ditubuhkan oleh Tan Jiak Kim di Negeri – negeri Selat dengan tujuan menggalakkan pelajaran teknikal dan pengajian tinggi di kalangan masyarakat Cina. Cawangan SCBA telah ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock bagi menuntut peluang masayarakat Cina berkhidmat dalam kerajaan. Persatuan Masyarakat India Pada mulanya masyarakat India telah menubuhkan Persatuan India Pulau Pinan dan Taiping. Persidanagan India Se Malaya telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1927. Persidangan ini kemudiannya diadakan di negeri lain. Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan masalah yang berkaitan dengan masyarakat India. Malayan India Association ( MIA) telah ditubuhkan oleh G.V. Thaver bagi masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Central India Association of Malaya ( CIAM) pula telah ditubuhkan oleh Dr A.M. Soosay pada Oktober 1935. CIAM telah mengabungkan 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan. Lawatan Pandit Jawaharial Nehru pada 1937 ke Tanah Melayu telah menyemarakan lagi pergerakn CIAM. Persatuan Masyarakat Sikh Kebanyakan masyarakat Sikh terutamanya yang berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan telah menjadikan gurdwara, berek polis dan kuarters kerajaan sebagai tempat aktiviti keagamaan dan sosial. Kepentingan masyarakat Sikh dijaga melalui Khalsa Diwan Malaya yang ditubuhkan di Taiping pada thuan 1902. SPM - Warisan Negara Bangsa - Kesan Perkembangan Nasionalisme
Ekonomi Di Singapura, wujudnya pertubuhan seperti persatuan kebajikan al Jamiah al Khairiah yang bertujuan bagi membangkitkan semangat berniaga di kalangan masyarakat Melayu . E.E.C Thuraisingham yang merupakan Presiden Malayan Rubber Estate Owner Assocation telah Berjaya meningkatkan perusahaan getah ketika masalah kemelesatan ekonomi pada 1920-an dan 1930-an. Pendidikan Taraf pendidikan dan hidup penduduk tempatan agak sukar untuk ditingkatkan kerana pihak British hanya mementingkan Pendidikan rendah. Semangat nasionalime telah melahirkan kesedaran untuk menuntut ilmu di madrasah dan sekolah Melayu. Za’ba telah memberi kesedaran kepada guru pelatih di SITC( Maktab Perguruan Sultan Idris) tentang betapa pentingnya Pendidikan tinggi dan bahasa Inggeris. Disebabkan ini, maka lahirnya ramai lepasan SITC yang berkhidmat sebagai guru dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Dana telah dikumpul melalui Malay Mail dan The Malaya Tribune bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara. Ibu Zain telah menerbitkan majalah Bulan Melayu. Majlis Perundangan Negeri – Negeri Selat yang dianggotai oleh Tun Tan Cheng Lock telah menuntut British bagi menjaga kebajikan masyarakat Cina dan mengumpul dana Pendidikan bagi masyarakt Cina. Masyarakat India dan Ceylon juga telah menubuhkan persatuan bagi menjaga kebajikan mereka. Politik Kebangkitan nasionalisme telah menyebabkan pihak British menyekat gerakan berbentuk nasionalisme yang diketuai oleh tokoh -tokoh nasionalis seperti Ahmad Boestamam, Ibrahim Haji Yaakob dan lain – lain lagi. British telah mengembalikan dasar desentraliasasi di mana kuasa Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri dikembalikan. Kesatuan Melayu Singapura dan golongan berpendidikan Inggeris telah berjaya dalam menuntut pihak British agar bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Services meningkat daripada 7 orang pada tahun 1930 kepada 20 orang pada tahun 1937. Kemunculan masyarkat India yang dikenali sebagai The Strait Born People ( masyarakat India yang lahir sekitar tahun 1930 an- dan 1950 an di Tanah Melayu). Kesan nasionalisme di China pada tahun 1921, telah mempengaruhi masyarakat Cina untuk membuka sekolah Cina di mana bahasa Mandarin dijadikan bahasa pengantar. SPM - Warisan Negara Bangsa - Ciri – Ciri Warisan Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Kuasa Barat bagi Kerajaan Alam Melayu.
Pengenalan Kerajaan Alam Melayu merangkumi kerajaan Kedah Tua, Funan, Gangga Negara, Srivijaya, Majapahit dan Angkor. Asas kepada pembentukan negara bangsa bagi Kerajaan Alam Melayu telah bermula sebelum kedatangan kuasa barat lagi. Kerajaan Melaka telah mewarisi ciri – ciri negara bangsa yang dimiliki oleh kerajaan Alam Melayu selain menambah beberapa lagi ciri – ciri tambahan yang mencerminkan keagungan kerajaan tersebut. Kerajaan Johor – Riau telah menitikberatkan kepentingan agama Islam sebagai salah satu ciri negara bangsa. Ciri – Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu Raja Raja menduduki kedudukan tertinggi selain menjadi tunggak utama dalam pemerintahan. Raja dianggap suci seperti Raja Champa yang dikaitkan dengan Dewa Siva. Tugas raja dalam mentadbir dan memerintah kerajaan dibantu oleh para pembesar. Rakyat harus taat pada raja yang memerintah. Rakyat Rakyat adalah penduduk sesebuah wilayah yang berada di bawah pemerintah raja. Rakyat harus menunjukan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja. Kerajaan Srivijaya mengamalkan upacara persetiaan dengan meminum air sumpah yang dituang pada inskripsi Telaga Batu. Undang – Undang Undang – undang digubal bertujuan untuk menjamin kesejahteraan kerajaan dan melindungi hak rakyat. Perlaksanaan undang – undang ini terpakai di seluruh wilayah pemerintahan. Kerajaan Majapahit mengamalkan undang – undang yang dikenali sebagai Kutara Manawa. Wilayah Pengaruh Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra. Wilayah pengaruh adalah wilayah di mana rakyat menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. SPM - Warisan Negara Bangsa - Ciri – Ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Raja merupakan ketua pemerintahan sesebuah kerajaan. Adanya raja maka wujudnya kerajaan. Selepas kedatangan islam ke Melaka, gelaran raja telah digantikan dengan gelaran sultan. Pemerintahan / pentadbiran sultan Melaka telah dibantu oleh pembesar berempat menerusi pentadbiran pembesar empat lipatan. Rakyat Rakyat seharusnya mencurahkan sepenuh kesetiaan kepada Sultan Melaka dan mematuhi setiap arahan daripada pihak pentadbiran serta undang – undang yang telah digubal. Rakyat merupakan penduduk wilayah pengaruh /Kawasan yang diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka. Rakyat dibahagikan kepada golongan merdeka dan hamba serta terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Laut. Wilayah Pengaruh Wilayah Pengaruh adalah Kawasan yang diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka di mana rakyat di wilayah tersebut memperakui dan menerima pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. Terdapat dua jenis wilayah pengaruh iaitu Wilayah taklukan dan wilayah naugan. Wilayah taklukan diperolehi melalui peperangan dan penaklukan. Wilayah naugan adalah wilayah yang mengakui ketuanan Kesultanan Melayu Melaka melalui persahabatan dan perkahwinan. Kedaulatan Kedaulatan adalah hak mutlak dan lambang kekuasaan sultan dalam pemerintahan serta mengawal rakyat dan wilayah. Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diperakui dan iktiraf oleh kerajaan lain. Tiada sebarang campur tangan asing berlaku. Laksamana Cheng Ho telah dihantar oleh Kerajaan Dinasti Ming untuk menjalin hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Undang – Undang Tujuan undang – undang digubal adalah untuk melicinkan pentadbiran kerajaan, menjaga hak rakyat dan melahirkan Kesultanan Melayu Melaka yang agung. Terdapat dua undang – undang bertulis ketika pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Lau Melaka. Lambang Kebesaran Lambang kebesaran meliputi, adat istiadat, cop mohor, regalia dan penggunaan warna. Lambang kebesaran ini merupakan identity dan juga kestimewaan serta lambang kedaulatan sultan yang memerintah. SPM - Warisan Negara Bangsa - Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka Sultan adalah ketua pemerintah. Kuasa sultan merangkumi hal – hal yang berkaitan dengan pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama. Sultan Melaka walau bagaimanapun mendapat bantuan daripada pembesar berempat dalam urusan pentadbiran negara. Pembesar berempat ini adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar berempat ini juga diberi kuasa untuk mentadbir wilayah pegangan yang terdiri daripada wilayah , pulau dan sungai . Pembesar lain adalah, Hulubalang, Penghulu, Bentara,Orang Kaya dan Syahbandar. Sistem pentadbiran yang teratur dan lengkap ini dikenali sebagai pembesar empat lipatan. Pentadbiran terbahagi kepada pentadbiran di peringkat pusat dan pentadbiran di peringkat jajahan. Di peringkat pusat peranan para pembesar adalah berdasarkan kepada jawatan yang disandang. Bendahara Bendahara adalah penasihat kepada Sultan Melaka. Beliau juga merupakan pemangku Sultan Bendarahara turut memainkan pernanan penting sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera dan juag sebagai ketua pentadbir bagi Kesultanan Melayu Melaka Penghulu Bendahari Penghulu Bendahari terlibat dalam pengurusan perbendaharaan dan kewangan Kesultanan Melayu Melaka. Sumber pendapatan bagi Kesultanan Melayu Melaka adalah melalui cukai, ufti dari wilayah taklukan dan naungan serta kegiatan perdagangan. Temenggung Temenggung menggalas tugas bagi menjamin keselamatan Kota Melaka. Laskamana Laskamana merupakan Panglima Angkatan Tentera Laut Melaka. Syahbandar Syahbandar mengutip cukai di Pelabuhan Pentadbiran di Peringkat Jajahan Pentadbiran adalah di peringkat daerah dan kampung dan dilaksanakan oleh pembesar. Tugas utama pembesar di peringkat jajahan adalah untuk menjaga keamanan dan juga mengutip cukai. Pembesar in dilantik oleh Sultan Melaka dan Pembesar Berempat. SPM - Warisan Negara Bangsa - Undang – Undang Kesultanan Melayu Melaka
Terdapat dua bentuk undang – undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka . Undang – undang bertulis ini adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Laut Melaka Hukum Kanun Melaka Mempunyai 44 fasal. Berkaitan tentang perkara – perkara seperti: 1)Peranan Sultan Melaka dan Pembesar 2)Kekeluargaan 3)Ekonomi 4)Jenayah Peranan Sultan melaka dan Pembesar Fasal 1 – memperuntukan tugas Sultan Melaka, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung. Sultan mempunyai peranan dalam pentadbiran dan dibantu oleh para pembesar dengan peranan masing – masing dalam pentadbiran. Sultan turut mempunyai kuasa dalam perlantikan Bendahara dan Temenggung. Kekeluargaan Fasal 26 – menyentuh bahawa pernikahan seharusnya mempunyai 4 saksi. Jika tiada, dua saksi sudah mencukupi. Walau bagaimanapun, golongan wanita dan hamba tidak boleh menjadi saksi pernikahan. Ekonomi Fasal 30 – Amalan riba adalah haram. Setiap aktiviti perdagangan dijalankan dengan berlandaskan ajaran Islam. Sesiapa yang inign menjalankan aktiviti perdagangan / perniagaan haruslah akil baligh, siuman dan melafazkan akad jual beli. Jenayah Fasal 4 – hukuman bunuh bagi mereka yang ingkar arahan sultan atau memalsukan titah sultan. Fasal 5.1- hukuman bunuh akan dijatuhkan jika membunuh tanpa arahan sultan dan para pembesar. Hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dengan kesalahan seperti membunuh, menikam atau mencuri. Undang – Undang Laut Melaka Undang – Undang Laut Melaka diperkenalkan oleh Nakhoda Diri, Nakhoda Jenal dan Nakhoda Sahak. Undang – Undang Laut Melaka ini kemudian diperkenankan oleh Sultan Mahmud. Antara perkara yang termaktub dalam Undang – Undang Laut Melaka adalah : 1)Peranan Nakhoda 2)Pelayaran 3) Percukaian 4)Jenayah Peranan Nakhoda Fasal 13.1- keutamaan diberikan kepada nakhoda untuk berniaga selama 4 hari. Fasal 13.3 – keperluan bagi nakhoda untuk bermesyuarat dan mendapat persetujuan semua di dalam kapal jika ingin singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan. Pelayaran Fasal 9 – malim perlu arif dalam ilmu pelayaran. Malim harus tahu kedudukan bulan dan bintang, arus dan ombak bagi menjamin keselamatan pelayaran. Jika berlaku sebarang perlanggaran atau kerosakan pada kapal akibat kecuaian malim maka malim akan dihukum bunuh. Undang – Undang Laut Melaka secara amnya menjelaskan bukan sahaja peranan malim malah jurumudi dan jurubatu. Percukaian Fasal 6.3 – memberi kuasa kepada nakhoda untuk menentukan jumlah cukai yang akan dikenakan kepada penumpang.Jumlah cukai adalah 1/ 10 daripada hasil penumpang jika ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun. Cukai perjalanan dan cukai perniagaan turut disentuh dalam Undang – Undang Laut Melaka. Jenayah Fasal 5 – hukuman mati akan dikenakan kepada individu yang berkelakuan jahat dan membunuh di atas kapal. Selain itu hukuman terhadap jenayah yang berlaku di atasa kapal seperti mencuri , membunuh dan memberontak yang menggangu ketenteraman dan keselamatan isi kapal juga turut dijelaskan dengan lebih mendalam. SPM - Warisan Negara Bangsa - Peranan Pemerintah dan Rakyat
Masyarakat Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada : Golongan pemerintah: Merangkumi, Sultan Melaka, para pembesar,kerabat raja dan ulama. Golongan diperintah : Merangkumi rakyat ( petani, peniaga, petukanga) dan hamba( hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa) Hubungan antara permerintah dan rakyat adalah berasaskan konsep waadat iaitu perjanjian antara pemerintah dan rakyat. Terdapat timbal balas dalam perhubungan antara rakyat dan pemerintah dalam mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Peranan Sultan adalah untuk : Menjamin keselamatan dan kemakmuran negara Mengukuhkan kerajaan Memastikan wujudnya sistem pentadbiran dan pemerintahan yang stabil Melindungi hak rakyat Menjamin keselamatan rakyat Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Menggubal undang – undang untuk mengawal rakyat, pentadbiran dan pemerintahan bagi melahirkan kerajaan yang unggul . Peranan Para Pembesar adalah untuk: Mengutip cukai dan mengutip hasil melalui sistem serah Menjadi perantara antara Sultan dan Rakyat Menjaga kebajikan rakyat Memelihara keamanan di Kawasan pegangan Membekalkan tentera melalui sistem kerah Peranan Rakyat adalah untuk Memberi sepenuh kesetiaan dan memperakui pemerintahan sultan dan para pembesar. Mematuhi titah sultan dan undang – undang yang telah digubal Tidak menderhaka kepada Sultan dan harus bimbang dengan ketulahan iaitu kecelakaan yang boleh menimpa seseorang yang melanggar perintah Raja. Meyumbang tenaga melalui sistem kerah seperti menjadi tentera atau membina jalan atau istana Menjadi pendayung atau pengayuh kapal perang Melibatkan diri dalam aktviti bergotong royong. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2024
Categories
All
Archives |
Proudly powered by Weebly