SPM – Pilihan Raya – Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan Parti Perikatan telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 dan telah membentuk kerajaan Persekutuan yang pertama. Majlis Perundangan Persekutuan berfungsi untuk menggubal undang -undang pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu bagi melicinkan pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu Jawatan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama disandang oleh Tunku Abdul Rahman. Perbezaan antara Majlis Perundangan Persekutuan 1948 dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 Majlis Perundangan Persekutuan 1948 Jumlah ahli 77 orang 52 orang adalah ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu 11 orang ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan. 2 orang wakil dari Negeri – Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang. 9 orang Residen British dari 9 buah Majlis Negeri 3 orang ex Officio iaitu Peguam Besar Persekutuan, Ketua Setiausaha Kerajaan dan Setiausaha Kewangan. Majlis Perundangan Persekutuan 1955 Jumlah ahli 100 orang 52 orang ahli dipilih melalui pilihan raya umum 35 orang yang dilantik bagi mewakili kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam industri keusahawanan, pertanian, perindustrian dan perlombongan. 11 orang Menteri Besar 2 orang wakil dari Negeri – Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan Ketua Menteri adalah Tunku Abdul Rahman. Ketua Menteri mengetuai Kerajaan dan mengambil alih kuasa pentadbiran Tanah Melayu daripada Persuruhjaya Tinggi British. Proses pembaharuan dan pertukaran mengambil masa dan dilakukan secara berperingkat Tampuk pemerintahan di peringkat atasan masih dipegang oleh Persuruhjaya Tinggi British dan menentukan hala tuju negara. Sistem Ahli dimansuhkan. Kuasa pegawai British beransur – ansur diberikan kepada pegawai tempatan. Walau bagaimanapun Pegawai British berperanan sebagai penyelia atau penasihat keselamatan. Keanggotaan MPP menunjukkan kejayaan dalam amalan demokrasi kerana ia menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan dipimpin oleh penduduk tempatan yang dipilih oleh rakyat.
0 Comments
SPM – Pilihan Raya – Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Selepas Pilihan Raya Umum 1955 kabinet pertama dibentuk. Peranan Kabinet Pertama Mengurangkan kuasa pemerintahan British Membatalkan kuasa veto Persuruhjaya Tinggi British Membincangkan isu berkaitan keselamatan dalam negeri dan pertahanan Membincangkan isu berkaitan kewangan dan keperluan orang ramai dalam perkhidmatan awam. Mengunakan Sistem Westminter yang digunakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) iaitu sistem demokrasi berparlimen di British Jawatan Ketua Menteri yang pertama disandang oleh Tunku Abdul Rahman dan mempunyai kuasa bagi melicinkan pentadbiran negara dengan menubuhkan kabinetnya sendiri. Kabinet ini terdiri daripada 10 orang Menteri dan dibantu oleh pegawai British sebagai Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi, Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Kewangan. Persuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray telah mengumumkan Jemaah Menteri setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja – Raja pada 4 Ogos 1955 di King’s House Kuala Lumpur Anggota kabinet pertama dan jawatan menteri Tunku Abdul Rahman – ketua Menteri Menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Dato Abdul Razak Hussein – Menteri Pelajaran Menyatu padukan bangsa melalui pendidikan Dato Sulaiman Dato Abdul Rahman – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancangan Bandar Dr Ismail Abdul Rahman – Menteri Tanah dan Galian H.S Lee – Menteri Pengangkutan Sardon Jubir – Menteri Kerja Raya V.T. Sambanthan – Menteri Buruh Ingin menjadikan perkhidmatan awam yang lebih ke arah tempatan dengan mengurangkan secara berperingkat pegawai Eropah dalam Malayan Civil Services (MMCS). Leong Yew Koh – Menteri Kesihatan Usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan secara mungkin Ong Yoke Lin – Menteri Pos dan Telekom Abdul Aziz Ishak – Menteri Pertanian SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Kesatuan Melayu Muda (1938) Memperjuangkan konsep Melayu Raya sebagai asas kemerdekaan Penyatuan dunia Melayu dan bangsa Melayu melalui persamaan dari segi bahasa,kebudayaan, darah dan daerah bagi membentuk rumpun Melayu adalah idea Kesatuan Melayu Muda Setelah Kesatuan Melayu Muda diharamkan idea Melayu Raya diteruskan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Dr Buharnuddin Al Helmi. Berusaha mewujudkan semangat kebangsaan dan menjalin hubungan dengan kaum lain bagi mencapai perpaduan. Memperjuangkan konsep kemerdekaan dengan slogan Merdeka dan melalui konsep Melayu Raya Mendaulatkan hak rakyat dalam kebudayaan, ekonomi,sosial,politik dan agama Angkatan Pemuda Insaf (1946) Menekankan kepada pemerintahan demokrasi, keadilan sosial dan dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat. Risalah Testament Politik API dan slogan”Merdeka Dengan Darah” merupakan satu bentuk perjuangan bangsa dan tanah air secara lembut dan terbuka tetapi kekerasan boleh digunakan jika keadaan memaksa. Angkatan Pemuda Insaf (1946) diharamkan oleh pihak British kerana imej radikal yang cuba dipamerkan. Parti Kebangsaan Melayu Sarawak Menentang penyerahan Sarawak kepada British Inginkan kemerdekaan Sarawak di bawah pemerintahan British Menuntut berkerajaan sendiri seperti dalam perlembagaan 1941 yang dijanjikan oleh Raja Brooke. Pergerakan Pemuda Melayu (1946) Sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan penuh Sarawak Mewujudkan pakatan yang digelar Rukun 13 yang membunuh gabenor.. Pegawai British dan Datu Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Mempunyai semangat kebencian terhadap penjajah. Catatan “Merdeka” pada surat – menyurat PPM dengan jelas menggambarkan hasrat PPM ingin mencapai kemerdekaan. United Malays National Organisation (UMNO)(1946) Diketuai oleh Dato Onn Jaafar Bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu,mempertahankan hak orang Melayu dan Kedudukan istimewa orang Melayu Terkenal dengan slogan “hidup Melayu” bagi menentang Malayan Union dengan mengekalkan status quo hak orang Melayu dan kedudukan Raja – Raja Melayu Pada tahun 1951 slogan “Merdeka digunakan bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan. Parti Kebangsaan Melayu Labuan (1946) Berada di bawah pimpinan Tengku Noordin dan Zakaria Gunn. Dalam penulisan surat Zakaria Gunn sering menekankan slogan “hidup Melayu Merdeka” yang membuktikan bahawa Zakaria Gunn menekankan kepentingan semangat kebangsaan dalam menuntut kemerdekaan. Menuntut kemerdekaan daripada British dan tidak bekerjasama dengan penjajah Malayan Indian Congress( 1946) Kerjasama antara John Thivy dan kaum lain dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu Menekankan kewarganegaraan yang tunggal bagi mereka yang menerima Tanah Melayu sebagai tanah air dan melafazkan taat setia kepada Tanah Melayu. Hizbul Muslimin (1947) Ingin menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam Asas perjuangan tidak dipersetujui oleh British dan diharamkan. Dipimpin oleh Abu Bakar Al Baqir,Sheikh Fadlulah Suhaimi dan sheik Abdullah Fahim. Malayan Chinese Association (MCA) Dipimpin oleh Tan Cheng Lock Ingin menjadikan Tanah Melayu yang di didiami oleh berbilang kaum sebagai sebuah negara yang berdemokrasi penuh. Berusaha untuk menyatukan semua kaum Cina dan menjalinkan hubungan dengan semua kaum bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Parti Islam Se Tanah Melayu (1951) Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi Memperjuangkan idea negara Islam Ingin mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan mengamalkan hukum Islam Ingin mewujudkan satu negara dan satu bangsa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal Indepensence of Malayan Party (IMP) (1951) Ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Berdasarkan idea untuk “Tanah Melayu untuk Malayan” Selepas tahun 1949, permikiran Dato Onn Jaafar beralih kepada perpaduan kebangsaan. Tuntutan kemerdekaan hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum Melayu dan kaum lain. Orang Melayu perlu menjadi pemimpin kepada orang bukan Melayu yang turut mempunyai kepentingan dan hak dalam ekonomi dan politik. SPM- Usaha Ke Arah Kemerderkaan - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Ketegangan hubungan antara kaum semakin memuncak selepas Perang Dunia Kedua sehingga menimbulkan kesedaran kepada pemimpin British dan kaum tentang kepentingan perpaduan. Kemerdekaan hanya akan diberikan oleh British jika kerjasama antara kaum Cina, India dan Melayu dapat diwujudkan. Bagi mencapai kestabilan ekonomi,sosial dan politik dalam usaha mencapai kerajaan sendiri perundingan antara pemimpin kaum telah diasakan. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Ditubuhkan pada Januari 1949. Perhimpunan pemimpin utama yang mewakili masyarakat berbilang kaum. “kesaksamaan dan Keadilan umtuk Penduduk Tanah Melayu”merupakan moto utama. Objektif Kajian hubungan kaum secara mendalam. Memperbaiki kedudukan ekonomi,sosial dan politik bagi memastikan wujudnya pembahagian yang adil bagi segenap komuniti. Mewujudkan keharmonian dan semangat muhibah di kalangan penduduk. Keanggotaan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Pengerusi (wakil orang Ceylon) E.E.C Thuraisingham Penasihat (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara) Malcom Macdonald Wakil Orang Melayu Dato Onn Jaafar (Menteri Besar Johor / Presiden UMNO) Dr Mustapha Osman (ahli Jawatankuasa Kerja UMNO) Zainal Abidin Haji Abbas (Setiausaha Agung UMNO) Dato Abdul Wahab Abdul Aziz Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak) Mohd Salleh Hakim (Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor) Wakil Cina Yong Shook Lin (Selangor) C.C Tan ( Singapura) Tan Cheng Lock (Melaka) Lee Tiang Keng (Pulau Pinang) Ahli – Ahli Lain Roland Bradell (wakil orang Eropah) L.R Doraisamy Iyer ( wakil kaum India) Dr J.S Goonting (wakil kaum serani) Kepentingan: Membina bangsa dan negara Membawa negara ke arah kemerdekaan Meningkatkan kesedaran ke arah kerjasama politik antara kaum Memberi kesedaran tentang pentingnya berkongsi kepentingam dan membentuk hala tuju yang sama. Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Isu politik Kesediaan ke arah berkerajaan sendiri Penyelesaian Cadangan ke arah berkerajaan sendiri dengan memberi pengalaman melalui pilihan raya kepada penduduk Tanah Melayu secara berperingkat. Kesan ke arah perpaduan kaum Wujudnya pilihan raya pada pelbagai peringkat seperti: Majlis Bandaran Majlis Negeri Majlis Perundangan Persekutuan Isu kedudukan istimewa orang Melayu Orang Melayu menuntut agar kedudukan mereka sebagai penduduk asal di rantau ini diakui. Penyelesaian Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui kerana menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf Tanah Melayu ini satu-satunya tanah air mereka . Kesan ke arah perpaduan kaum Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain dilindungi Isu Kedudukan Ekonomi Orang Melayu Orang Melayu tidak mempunyai peluang dan yang sama dengan orang bukan Melayu dalam bidang perusahaan dan perniagaan Penyelesaian Mencadangkan penubuhan agensi untuk membantu pendidikan dan ekonomi orang Melayu Kesan Ke arah Perpaduan Kaum Lembaga Pembangunan Desa ditubuhkan (RIDA) Dato Onn Jaafar berpendapat bahawa bantuan kemajuan luar bandar dan bantuan ekonomi adalah wajar kerana orang Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada orang Bukan Melayu. Isu Kewarganegaraan Bukan Melayu Orang Melayu agak tegas dalam isu pemberian kewarganegaraan terhadap orang Bukan Melayu. Penyelesaian Bersetuju pemberian kewarganegaraan diberikan kepada orang bukan Melayu bagi memupuk kesetiaan kepada Tanah Melayu dan menjalin kerjasama dan kepentingan antara kaum. Kesan ke arah Perpaduan Kaum Memberi kedudukan politik kepada orang bukan Melayu melalui pemberian kewarganegaraan. Mewujudkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara Isu Pendidikan Sistem pembelajaran yang berbeza mengikut kaum. Menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran hang berbeza berteraskan kaum. Penyelesaian Kesetiaan dan perpaduan hanya akan dicapai melalui pembentukan sistem pelajar dan yang seragam. Kesan ke arah Perpaduan Kaum Mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan bagi mengkaji sistem pendidikan dan melahirkan sistem pendidikan yang seragam yang diterima oleh semua kaum. SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Ahli
British mengamalkan dasar dekolonisasi Ia adalah langkah yang untuk mewujudkan kerajaan sendiri secara beransur – ansur kepada tanah jajahannya selepas Peramh Dunia Kedua. Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dan disebabkan oleh kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan maka Dato Onn Jaafar telah menyarankan agar peluang pentadbiran dibuka kepada wakil tempatan. Pembentukan Sistem Ahli Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1951 mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli. Sistem Ahli melantik penduduk tempatan menerajui Persekutuan Tanah Melayu. Berdasarkan Sistem Ahli latihan diberikan kepada penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu Sebelum pilihan raya MPP (Majlis Perundangan Persekutuan) diadakan pada bulan Julai 1955 Sistem Ahli telah dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955. Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954. Portfolio baru diperkenalkan dan dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan anggota MPP. Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British iaitu Hal Ehwal Ekonomi,Perindustrian dan Perhubungan Sosial dan Perumahan dan Kerja Raya. Ciri- Ciri Sistem Ahli Bertaraf menteri Menjaga portfolio terdiri daripada agensi kerajaan dan jabatan kerajaan Persuruhjaya Tinggi British melantik Ahli dengan persetujuan Majlis Raja – Raja Ahli diletakkan di bawah kuasa Persuruhjaya Tinggi British Ahli mempunyai tanggungjawab dalam mencadangkan undang – undang yang akan dibentangkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sistem Ahli adalah sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada tokoh masyarakat dan pegawai tadbir. Keanggotaan Sistem Ahli Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan Tunku Yakub Ibni Sultan Abd. Hamid Ahli Pertanian dan Perhutanan Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan H.S Lee Ahli Pengangkutan Dr. ismail Abdul Rahman Ahli Hasil Bumi Dato’ Nik Ahmad Kamil Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar Kepentingan Sistem Ahli Ke Arah Kemerdekaan Memastikan kemerdekaan mendapat sokongan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu Memupuk perpaduan kerana ahli – ahli terdiri daripada pemimpin pelbagai bangsa. Memberikan pendedahan dan pembelajaran berkaitan cara mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan. Merupakan asas melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri. SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Pendidikan Kebangsaan
Di Tanah Melayu terdapat sekolah aliran agama, aliran Inggeris,sekolah vernakular Melayu, Cina dan India. Di sabah dan Sarawak terdapat sekolah aliran mubaligh kristian, vernakular Melayu dan Cina. Sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Jurang perbezaan ekonomi dan sosial semakin ketara dengan adanya sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang berbeza-beza. Laporan Barnes 1951 L.J Barnes mempengerusikan Jawatankuasa Pelajaran Melayu. Fokus terhadap kepentingan sekolah rendah bagi membina satu rupa bangsa yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal kekal dan menumpukan taat setia. Kandungan Laporan Barnes 1951 Sekolah rendah menggunakan sebagai bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Laporan Fenn Wu 1951 Diterbitkan atas bantahan ke atas Laporan Barnes Kajian terhadap pendidikan Cina. Cadangan penambahbaikan pendidikan Cina kerana memberi faedah kepada penduduk Tanah Melayu. Kandungan Laporan Fenn Wu 1951 Sekolah Cina diteruskan secara berasingan tetapi berdasarkan sistem kebangsaan Pendidikan sekolah Cina berorientasikan Tanah Melayu Ordinan Pelajaran 1952 Diluluskan selepas penelitian Laporan Fenn Wu 1951 dan Laporan Barnes 1951 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran. Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutjan dibentuk. Satu sistem berorientasikan Tanah Melayu diperkenalkan dengan semua murid pelbagai kaum disatukan. Kandungan Ordinan Pelajaran 1952 Terdapat dua jenis sekolah di Tanah Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Cina dan Tamil hanya akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat 15 murid dalam kumpulan yang sama di sekolah rendah. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar di sekolah menengah. Laporan Woodheard di Sarawak dan Sabah 1955 Perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak dipantau oleh E.W Woodhead. Beliau turut memberi cadangan terhadap pendidikan di Sabah dan Sarawak. Cadangan Woodhead merangkumi: Pemerkasaan pendidikan rendah dan menegah Penekanan terhadap penguasaan bahasa Inggeris Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur Sistem Pendidikan Kebangsaan di Sarawak Mewujudkan sekolah menegah berbilang kaum dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Seragamkan sukatan pelajaran dan pendidikan Buku teks berlatarbelakangkan unsur tempatan Pengajaran pendidikan sivik secara formal di sekolah Mewujudkan semangat kekitaan dan taat setia kepada Sarawak. Pendidikan Kebangsaan di Sabah Meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina. Bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris di sekolah Melayu. Peperiksaan sekolah Menengah diadakan dalam bahasa Inggeris. Menyeragamkan pendidikan sekolah rendah dan menegah serta kurikulum. Matlamat adalah untuk melahirkan semangat kebersamaan di kalangan kaum di Sabah. Ordinan Pelajaran Koloni diperkenalkan pada 1956 dengan tujuan untuk meneruskan rancangan Woodhead dalam usaha menyeragamkan peperiksaan dan kurikulum sekolah rendah dan menengah. Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 Dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran. Tujuan: Mengkaji sistem pendidikan sedia ada dan memberi idea berkaitan tentang sistem pendidikan yang baharu. Sistem pendidikan yang baharu harus menerapkan unsur – unsur integrasi dan perpaduan kaum. Ini dapat dicapai melalui; Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak yang berlainan bangsa Kandungan kurikulum yang bersifat kebangsaan dan seragam. Cadangan Jawatankuasa Penyata Pelajaran 1956: Sekolah (umum) rendah menggunakan bahasa Melayu. Sekolah Jenis( umum) Rendah menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina. Semua sekolah rendah dan menegah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib Sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi salah satu mata pelajaran. SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik
Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Ditubuhkan pada Oktober 1945 Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad , Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam Menekankan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum Mewujudkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu Berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan Melayu Raya Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Ditubuhkan pada 1946. Dipimpin oleh Haji Abdillah, Abang Haji Openg, Abang Haji Zaini dan Datu Patinggi Abang Merupakan penjenamaan semula Parti Melayu Sarawak (PMS) yang diharamkan semasa Jepun menduduki Sarawak Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan terhadap Sarawak Menentang penyerahan Sarawak kepada British Angkatan Pemuda Insaf (API) Ditubuhkan pada Februari 1946 Dipimpin oleh Ahmad Boestamam Mengembleng tenaga pemuda sebagai penggerak kepada perubahan politik Slogan yang digunakan adalah “Merdeka Dengan Darah”bagi memperjuangkan kemerdekaan Pergerakan Pemuda Melayu Ditubuhkan pada Mac 1946 Dipimpin oleh :Awang Rambli,Rosli Dhoby,Morshidi Sidek dan Mohamad Sirat Yaman Menuntut kemerdekaan Sarawak dan menentang penyerahan Sarawak kepada British United Malays National Organization (UMNO) Ditubuhkan pada Mei 1946 Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Bertujuan untuk menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain bagi mencapai kemerdekaan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Ditubuhkan pada Jun 1946 Dipimpin oleh Zakaria Gunn dan Tengku Noordin Menuntut kemerdekaan Sabah daripada British Ingin meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi Sabah Malayan India Congress (MIC) Ditubuhkan pada Ogos 1946 Di bawah pimpinan John Thivy dan K.L Devasar Memelihara kepentingan kaum India di Tanah Melayu Memperjuangkan kemajuan politik dengan semua kaum Barisan Pemuda (BARIP) Ditubuhkan pada Disember 1946 di Labuan dan Jesselton Dipimpin oleh Mandur Syariff, Pengiran Ahmad dan Imam Suhaili Yaakub Tujuan adalah untuk menuntut keadilan daripada pentadbiran British, mempsrbaili ekonomi dan politik dan menyatukan anak negeri. Barisan Pemuda Sarawak (BPS) Ditubuhkan pada Jun 1947 Dipimpin oleh Ahmad Zaidi Adeuce dan Abang Mohd Kassim Taha Memperjuangkan keinginan masyarakat bumiputera untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyerahan Sarawak kepada British Malaya Chinese Association (MCA) Ditubuhkan pada Februari 1949 Dipimpin oleh H.S Lee, Yong Shook Lin dan Tan Cheng Lock. Bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina dan bekerjasama dalam menentang ancaman komunis di Tanah Melayu. Independence of Malayan Party (IMP) Ditubuhkan pada September 1951 Dipimpin oleh Dato Onn bin Jaafar dan Tan Cheng Lock Berusaha untuk menyatukan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di Tanah Melayu Berpendapat asas kerjasama antara kaum adalah penting bagi mencapai kemerdekaan Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS) Ditubuhkan pada November 1951 Dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dan Haji Ahmad Fuad Hassan Ingin menyatukan pentadbiran Islam di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu People Progressive Party (PPP) Ditubuhkan pada Januari 1953 Dipimpin oleh Dr S kanapathippilai dan Dr Seenivasagam Memperjuangkan keadilan sosio-ekonomi melalui demokrasi berparlimen dan memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum Parti Negara Ditubuhkan pada Februari 1954 Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Dato Hamzah Abdullah, Heah akok Seong, P Ramani dan E.E.C Thuraisingam Membentuk parti bagi semua rakyat dalam usaha penubuhan Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik
Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Ditubuhkan pada Oktober 1945 Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad , Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam Menekankan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum Mewujudkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu Berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan Melayu Raya Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Ditubuhkan pada 1946. Dipimpin oleh Haji Abdillah, Abang Haji Openg, Abang Haji Zaini dan Datu Patinggi Abang Merupakan penjenamaan semula Parti Melayu Sarawak (PMS) yang diharamkan semasa Jepun menduduki Sarawak Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan terhadap Sarawak Menentang penyerahan Sarawak kepada British Angkatan Pemuda Insaf (API) Ditubuhkan pada Februari 1946 Dipimpin oleh Ahmad Boestamam Mengembleng tenaga pemuda sebagai penggerak kepada perubahan politik Slogan yang digunakan adalah “Merdeka Dengan Darah”bagi memperjuangkan kemerdekaan Pergerakan Pemuda Melayu Ditubuhkan pada Mac 1946 Dipimpin oleh :Awang Rambli,Rosli Dhoby,Morshidi Sidek dan Mohamad Sirat Yaman Menuntut kemerdekaan Sarawak dan menentang penyerahan Sarawak kepada British United Malays National Organization (UMNO) Ditubuhkan pada Mei 1946 Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Bertujuan untuk menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain bagi mencapai kemerdekaan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Ditubuhkan pada Jun 1946 Dipimpin oleh Zakaria Gunn dan Tengku Noordin Menuntut kemerdekaan Sabah daripada British Ingin meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi Sabah Malayan India Congress (MIC) Ditubuhkan pada Ogos 1946 Di bawah pimpinan John Thivy dan K.L Devasar Memelihara kepentingan kaum India di Tanah Melayu Memperjuangkan kemajuan politik dengan semua kaum Barisan Pemuda (BARIP) Ditubuhkan pada Disember 1946 di Labuan dan Jesselton Dipimpin oleh Mandur Syariff, Pengiran Ahmad dan Imam Suhaili Yaakub Tujuan adalah untuk menuntut keadilan daripada pentadbiran British, mempsrbaili ekonomi dan politik dan menyatukan anak negeri. Barisan Pemuda Sarawak (BPS) Ditubuhkan pada Jun 1947 Dipimpin oleh Ahmad Zaidi Adeuce dan Abang Mohd Kassim Taha Memperjuangkan keinginan masyarakat bumiputera untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyerahan Sarawak kepada British Malaya Chinese Association (MCA) Ditubuhkan pada Februari 1949 Dipimpin oleh H.S Lee, Yong Shook Lin dan Tan Cheng Lock. Bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina dan bekerjasama dalam menentang ancaman komunis di Tanah Melayu. Independence of Malayan Party (IMP) Ditubuhkan pada September 1951 Dipimpin oleh Dato Onn bin Jaafar dan Tan Cheng Lock Berusaha untuk menyatukan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di Tanah Melayu Berpendapat asas kerjasama antara kaum adalah penting bagi mencapai kemerdekaan Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS) Ditubuhkan pada November 1951 Dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dan Haji Ahmad Fuad Hassan Ingin menyatukan pentadbiran Islam di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu People Progressive Party (PPP) Ditubuhkan pada Januari 1953 Dipimpin oleh Dr S kanapathippilai dan Dr Seenivasagam Memperjuangkan keadilan sosio-ekonomi melalui demokrasi berparlimen dan memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum Parti Negara Ditubuhkan pada Februari 1954 Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Dato Hamzah Abdullah, Heah akok Seong, P Ramani dan E.E.C Thuraisingam Membentuk parti bagi semua rakyat dalam usaha penubuhan Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum SPM – Usaha ke arah Kemerdekaan – Kerjasama Politik Ke Arah Kemerdekaan
Pakatan PUTERA – AMCJA Dr Burhanuddin Helmi daripada Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Tan Cheng Lock yang mengetuai All Malaya Council Of Joint Action (AMCJA) telah membentuk Pakatan PUTERA- AMCJA pada Disember 1947. Pakatan PUTERA – AMCJA merupakan perintis kepada kerjasama politik antara kaum. Bagi membina negara bangsa yang merdeka, manifesto Perlembagaan Rakyat telah diwujudkan. Antara perkara utama dalam manifesto berfokus kepada penerimaan satu kewarganegaraan,Dewan Perundangan dan pemerintahan sendiri. Persidangan Kebangsaan Pada bulan Februari 1954, Persidangan Kebangsaan telah berlangsung. Persidangan ini membincangkan langkah- langkah yang harus diambil untuk membentuk gabungan parti politik yang bersatu. Pilihan Raya Persekutuan turut dituntut Persidangan ini diketuai oleh Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Dato Panglima Bukti Gantang, Menteri Besar Perak. Disertai oleh Independence of Malayan Party, Persatuan Eurasian Malaya, Persatuan Ceylonese Malaya dan Malayan Indian Congress. Konvensyen Kebangsaan Fokus konvensyen adalah usaha ke arah mencapai kemerdekaan dan masa depan Tanah Melayu. Dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO dan Tan Cheng Lock dari MCA. Persatuan Melayu Semenanjung, Persatuan Melayu Kelantan dan Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) turut menyertai konvensyen kebangsaan yang diadakan pada Ogos 1954. Resolusi telah diadakan untuk mendesak pihak British mengadakan pilihan raya persekutuan Pembentukan Parti Perikatan Ditubuhkan pada Oktober 1954. Terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC. Merupakan kerjasama tiga kaum di Tanah Melayu. Meletakkan kesetiaan kepada Raja dan negara dan usaha ke arah mencapai kemerdekaan. Parti Perikatan menggunakan logo kapal layar yang melambangkan kesediaan untuk mengharungi cabaran dan rintangan demi mencapai kemerdekaan. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
March 2025
Categories
All
Archives
March 2025
|