KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Warisan Negara Bangsa - ​Ciri – Ciri Warisan Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Kuasa Barat bagi Kerajaan Alam Melayu.

3/27/2024

0 Comments

 
SPM - Warisan Negara Bangsa - ​Ciri – Ciri Warisan Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Kuasa Barat bagi Kerajaan Alam Melayu.

Pengenalan 
Kerajaan Alam Melayu merangkumi kerajaan Kedah Tua, Funan, Gangga Negara, Srivijaya, Majapahit dan Angkor. 
Asas kepada pembentukan negara bangsa bagi Kerajaan Alam Melayu telah bermula sebelum kedatangan kuasa barat lagi. 
Kerajaan Melaka telah mewarisi ciri – ciri negara bangsa yang dimiliki oleh kerajaan Alam Melayu selain menambah beberapa lagi ciri – ciri tambahan yang mencerminkan keagungan kerajaan tersebut. 
Kerajaan Johor – Riau telah menitikberatkan  kepentingan agama Islam sebagai salah satu ciri negara bangsa. 


Ciri – Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu 

Raja 
Raja menduduki kedudukan tertinggi selain menjadi tunggak utama dalam pemerintahan. 
Raja dianggap suci seperti Raja Champa yang dikaitkan dengan Dewa Siva. 
Tugas raja dalam mentadbir dan memerintah kerajaan dibantu oleh para pembesar. 
Rakyat harus taat pada raja yang memerintah.
Rakyat 
Rakyat adalah penduduk sesebuah wilayah yang berada di bawah pemerintah raja. 
Rakyat harus menunjukan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja. 
Kerajaan Srivijaya mengamalkan upacara persetiaan dengan  meminum air sumpah yang dituang pada inskripsi Telaga Batu. 

Undang – Undang 
Undang – undang digubal bertujuan untuk menjamin kesejahteraan kerajaan dan melindungi hak rakyat. 
Perlaksanaan undang – undang ini terpakai di seluruh wilayah pemerintahan. 
Kerajaan Majapahit mengamalkan undang – undang yang dikenali sebagai Kutara Manawa. 

Wilayah Pengaruh 
Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra. 
Wilayah pengaruh adalah wilayah di mana rakyat menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. 
Picture
0 Comments

​SPM - Warisan Negara Bangsa - Ciri – Ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

3/27/2024

0 Comments

 
​SPM - Warisan Negara Bangsa - Ciri – Ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 

Kerajaan 
Raja merupakan ketua pemerintahan sesebuah kerajaan. 
Adanya raja maka wujudnya kerajaan. 
Selepas kedatangan islam ke Melaka, gelaran raja telah digantikan dengan gelaran sultan. 
Pemerintahan / pentadbiran sultan Melaka telah dibantu oleh pembesar berempat menerusi pentadbiran pembesar empat lipatan. 

Rakyat 
Rakyat seharusnya mencurahkan sepenuh kesetiaan kepada Sultan Melaka dan mematuhi setiap arahan daripada pihak pentadbiran serta undang – undang yang telah digubal. 
Rakyat merupakan penduduk wilayah pengaruh /Kawasan yang diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka. 
Rakyat dibahagikan kepada golongan merdeka dan hamba serta terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Laut.

Wilayah Pengaruh 
Wilayah Pengaruh adalah Kawasan yang diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka di mana rakyat di wilayah tersebut memperakui dan menerima pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 
Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. 
Terdapat dua jenis wilayah pengaruh iaitu 
Wilayah taklukan dan wilayah naugan. 
Wilayah taklukan diperolehi melalui peperangan dan penaklukan. 
Wilayah naugan adalah wilayah yang mengakui ketuanan Kesultanan Melayu Melaka melalui persahabatan dan perkahwinan. 

Kedaulatan 
Kedaulatan adalah hak mutlak dan lambang kekuasaan sultan dalam pemerintahan serta mengawal rakyat dan wilayah. 
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diperakui dan iktiraf oleh kerajaan lain. Tiada sebarang campur tangan asing berlaku. 
Laksamana Cheng Ho telah dihantar oleh Kerajaan Dinasti Ming untuk menjalin hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka. 

Undang – Undang 
Tujuan undang – undang digubal adalah untuk melicinkan pentadbiran kerajaan, menjaga hak rakyat dan melahirkan Kesultanan Melayu Melaka yang agung. 

Terdapat dua undang – undang bertulis ketika pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Lau Melaka. 

Lambang Kebesaran 
Lambang kebesaran meliputi, adat istiadat, cop mohor, regalia dan penggunaan warna. 

Lambang kebesaran ini merupakan identity dan juga kestimewaan serta lambang kedaulatan sultan yang memerintah. 
Picture
0 Comments

SPM - Warisan Negara Bangsa - Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

3/27/2024

1 Comment

 

SPM - Warisan Negara Bangsa - Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka 

Sultan adalah ketua pemerintah. Kuasa sultan merangkumi hal – hal yang berkaitan dengan pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama. 

Sultan Melaka walau bagaimanapun mendapat bantuan daripada pembesar berempat dalam urusan pentadbiran negara. 

Pembesar berempat ini adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 

Pembesar berempat ini juga diberi kuasa untuk mentadbir wilayah pegangan yang terdiri daripada wilayah , pulau dan sungai . 

Pembesar lain adalah, Hulubalang, Penghulu, Bentara,Orang Kaya dan Syahbandar. 

Sistem pentadbiran yang teratur dan lengkap ini dikenali sebagai pembesar empat lipatan.

Pentadbiran terbahagi kepada pentadbiran di peringkat pusat dan pentadbiran di peringkat jajahan. 

Di peringkat pusat peranan para pembesar adalah berdasarkan kepada jawatan yang disandang.

Bendahara 
Bendahara adalah penasihat kepada Sultan Melaka. 
Beliau juga merupakan pemangku Sultan
Bendarahara turut memainkan pernanan penting sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera dan juag sebagai ketua pentadbir bagi Kesultanan Melayu Melaka

Penghulu Bendahari 
Penghulu Bendahari terlibat dalam pengurusan  perbendaharaan dan kewangan Kesultanan Melayu Melaka. 
Sumber pendapatan bagi Kesultanan Melayu Melaka adalah melalui cukai, ufti dari wilayah taklukan dan naungan serta kegiatan perdagangan. 

Temenggung 
Temenggung menggalas tugas bagi menjamin keselamatan Kota Melaka.

Laskamana 
Laskamana merupakan Panglima Angkatan Tentera Laut Melaka. 

Syahbandar 
Syahbandar mengutip cukai di Pelabuhan 


Pentadbiran di Peringkat Jajahan 
Pentadbiran adalah di peringkat daerah dan kampung dan dilaksanakan oleh pembesar. 
Tugas utama pembesar di peringkat jajahan adalah untuk menjaga keamanan dan juga mengutip cukai. 
Pembesar in dilantik  oleh Sultan Melaka dan Pembesar Berempat. 
Picture
1 Comment

SPM - Warisan Negara Bangsa - ​Undang – Undang Kesultanan Melayu Melaka

3/27/2024

0 Comments

 
SPM - Warisan Negara Bangsa - ​Undang – Undang Kesultanan Melayu Melaka 
Terdapat dua bentuk undang – undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka . 
Undang – undang bertulis ini adalah Hukum Kanun Melaka dan Undang – Undang Laut Melaka 

Hukum Kanun Melaka 
Mempunyai 44 fasal. 
Berkaitan tentang perkara – perkara seperti: 
1)Peranan Sultan Melaka dan Pembesar
2)Kekeluargaan 
3)Ekonomi
4)Jenayah 

Peranan Sultan melaka dan Pembesar
Fasal 1 – memperuntukan tugas Sultan Melaka, Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung. 
Sultan mempunyai peranan dalam pentadbiran dan dibantu oleh para pembesar dengan peranan masing – masing dalam pentadbiran. 
Sultan turut mempunyai kuasa dalam perlantikan Bendahara dan Temenggung. 

Kekeluargaan 
Fasal 26 – menyentuh bahawa pernikahan seharusnya mempunyai 4 saksi. Jika tiada, dua saksi sudah mencukupi. 
Walau bagaimanapun, golongan wanita dan hamba tidak boleh menjadi saksi pernikahan.

Ekonomi 
Fasal 30 – Amalan riba adalah haram. 
Setiap aktiviti perdagangan dijalankan dengan berlandaskan ajaran Islam. 
Sesiapa yang inign menjalankan aktiviti perdagangan / perniagaan haruslah akil baligh, siuman dan melafazkan akad jual beli. 

Jenayah 
Fasal 4 – hukuman bunuh bagi mereka yang ingkar arahan sultan atau memalsukan titah sultan.
Fasal 5.1- hukuman bunuh akan dijatuhkan jika membunuh tanpa arahan sultan dan para pembesar. 
Hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dengan kesalahan seperti membunuh, menikam atau mencuri. 

Undang – Undang Laut Melaka 
Undang – Undang Laut Melaka diperkenalkan oleh Nakhoda Diri, Nakhoda Jenal dan Nakhoda Sahak. Undang – Undang Laut Melaka ini kemudian diperkenankan oleh Sultan Mahmud. 
Antara perkara yang termaktub dalam Undang – Undang Laut Melaka adalah : 
1)Peranan Nakhoda 
2)Pelayaran 
3) Percukaian 
4)Jenayah 

Peranan Nakhoda 
Fasal 13.1- keutamaan diberikan kepada nakhoda untuk berniaga selama 4 hari. 
Fasal 13.3 – keperluan bagi nakhoda untuk bermesyuarat dan mendapat persetujuan semua di dalam kapal jika ingin singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan. 

Pelayaran 
Fasal 9 – malim perlu arif dalam ilmu pelayaran. 
Malim harus tahu kedudukan bulan dan bintang, arus dan ombak bagi menjamin keselamatan pelayaran. 
Jika berlaku sebarang perlanggaran atau kerosakan pada kapal akibat kecuaian malim maka malim akan dihukum bunuh. 
Undang – Undang Laut Melaka secara amnya menjelaskan bukan sahaja peranan malim malah jurumudi dan jurubatu. 

Percukaian 
Fasal 6.3 – memberi kuasa kepada nakhoda untuk menentukan jumlah cukai yang akan dikenakan kepada penumpang.Jumlah cukai adalah 1/ 10 daripada hasil penumpang jika ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.

Cukai perjalanan dan cukai perniagaan turut disentuh dalam Undang – Undang Laut Melaka. 

Jenayah 
Fasal 5 – hukuman mati akan dikenakan kepada individu yang berkelakuan jahat dan membunuh di atas kapal. 
Selain itu hukuman terhadap jenayah yang berlaku di atasa kapal seperti mencuri , membunuh dan memberontak yang menggangu ketenteraman dan keselamatan isi kapal juga turut dijelaskan dengan lebih mendalam. 


Picture
0 Comments

SPM - Warisan Negara Bangsa - ​Peranan Pemerintah dan Rakyat

3/27/2024

0 Comments

 
SPM - Warisan Negara Bangsa - ​Peranan Pemerintah dan Rakyat
Masyarakat Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada :
Golongan pemerintah:
Merangkumi, Sultan Melaka, para pembesar,kerabat raja dan ulama. 

Golongan diperintah :
Merangkumi rakyat ( petani, peniaga, petukanga) dan hamba( hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa) 

Hubungan antara permerintah  dan rakyat adalah berasaskan konsep waadat iaitu perjanjian antara pemerintah dan rakyat. 

Terdapat timbal balas dalam perhubungan antara rakyat dan pemerintah dalam mengukuhkan  pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 
Peranan Sultan adalah untuk : 
Menjamin keselamatan  dan kemakmuran negara
Mengukuhkan kerajaan
Memastikan wujudnya sistem pentadbiran dan pemerintahan yang stabil 
Melindungi hak rakyat
Menjamin keselamatan rakyat 
Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat
Menggubal undang – undang untuk mengawal rakyat, pentadbiran dan pemerintahan bagi melahirkan kerajaan yang unggul .

Peranan Para Pembesar adalah untuk: 
Mengutip cukai dan mengutip hasil melalui sistem serah
Menjadi perantara antara Sultan dan Rakyat
Menjaga kebajikan rakyat 
Memelihara keamanan di Kawasan pegangan 
Membekalkan tentera melalui sistem kerah 


Peranan Rakyat adalah untuk 
Memberi sepenuh kesetiaan dan memperakui pemerintahan sultan dan para pembesar. 
Mematuhi titah sultan dan undang – undang yang telah digubal 
Tidak menderhaka kepada Sultan dan harus bimbang dengan ketulahan iaitu kecelakaan yang boleh menimpa seseorang yang melanggar perintah Raja. 
Meyumbang tenaga melalui sistem kerah seperti menjadi tentera atau membina jalan atau istana 
Menjadi pendayung atau pengayuh kapal perang 
Melibatkan diri dalam aktviti bergotong royong. 
Picture
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly