SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Pendapat Tokoh -Tokoh
Hans Kohn – “Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atua bangsanya” Dato Onn Jaafar – “ Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa – bangsa lain yang tegap dan bersatu” Professor William R. Roff – “kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua disebabkan ancaman terhadap kepentingan orang Melayu dan faktor ekonomi. Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan Masyarakat terhadap sekularisme dan imperialism Barat yang melanda Tanah Melayu. Dr. Burhanuddin al – Helmi – “Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts. Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam” Dr R Suntharalingam – “Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri. Memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung indiviud disalurkan kepada negara bangsa itu” Professor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid – “Nasionalisme Melayu bukanlah gelaja baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British. Nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang Melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke Tanah Melayuan” Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim – “Dalam konteks Melayu sebelum Merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu. Bagi mendapatkan Kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri”.
0 Comments
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Revolusi Keagungan di England (1688)
(Glorious Revolution) atau Revolusi Keagungang di England berpunca daripada keinginan untuk menjaga hak asasi rakyat dan menegakkan kedaulatan Parlimen. Pemerintahan Raja James II dianggap membelakangkan Parlimen semasa menggubal undang – undang. Ahli Parlimen kemudiannya menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak bersama – sama dengan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Raja James II melancarkan diri ke Perancis. Revolusi ini digelar sebagai Revolusi Keagnungan kerana peralihan kuasa berlaku tanpa sebarang pertumpahan darah. Pemerintahan Mary II dan William of Orange memantapkan lagi konsep raja berperlembagaan dan kedaulatan Parlimen. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Revolusi Amerika
Revolusi Amerika berlaku pada thaun 1776. Revolusi Amerika merupakan gerakan yang disebabkan oleh reaksi rakyat Amerika terhadap penjajahan British. Revolusi ini berpunca daripada kegagalan pihak British yang tidak melindungi hak rakyat Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Di Amerika terdapat 13 buah tanah jajahan British. Selain itu, penduduk Amerika turut menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai seperti Akta Teh, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Pelayaran. Slogan seperti “tiada cukai tanpa perwakilan” merupakan slogan penduduk Amerika kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British. Di setiap tanah jajahan British di Amerika, kongres telah ditubuhkan oleh pemimpin di setiap tanah jajahan dan diketuai oleh George Washington. Harapan Kongres ini adalah untuk mengisytiharkan perang terhadap British di samping memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Pada bulan Julai 1776, Pengisytiharaan kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson telah diluluskan oleh kongres. Pengisytiharaan tersebut menegaskan sekiranya Kerajaan tidak dapapt menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan maka menjaid hak rakyat untuk membentuk Kerajaan baharu. Pada tahun 1783, revolusi Amerika berakhir apabila British mengakui kemerdekaan Amerika. Amerika Syarikat terbentuk dengan penggabungan 13 buah bekas tanah jajahan . Amerika Syarikat memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Revolusi Perancis
Revolusi Perancis berlaku pada thaun 1789. Punca revolusi ini adalah hasil daripada perjuangan untuk menuntut kebebasan, persaudaraan dan persamaan oleh golongan pemikir perancis seperti Voltaire dan Jean Jacques Rousseau. Keunggulan suara rakyat dalam menjamin kesejahteraan Masyarakat telah dinyatakan melalui “ The Social Contract” yang merupakan hasil penulisan Rousseau. “Hasrat Umum” adalah gelaran yang diberikan kepada suara rakyat iaitu kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. Kedaulatan suara rakyat dianggap lebih tinggi dan penting daripada birokrasi dan institusi Raja. Pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan menjaid sasaran golongan revolusi. Golongan bangsawan dan pemerintahan Raja louis XVI memonopoli pelbagai keistimewaan dan rakyat Perancis terbeban dengan pelbagai cukai. Penjara Bastile digempur oleh golongan revolusi dan tahanan politik dibebaskan Raja Louis XVI digulingkan. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Nasionalisme di India
Nasionalimse di India pada awalnya bercorak sosioagama. Pertubuhan seperti Brahmo Samaj dan Arya Samaj memainkan peranan penting dalam memupuk rasa cinta terhadapa budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat. Nasionalisme di India semakin berkembang dengan kebangkitan rakyat India pada tahun 1857 melalui Dahagi India. Nasionalisme di India adalaha reaksi masyarakat India terhadap dasar imperialisme British. Gerakan nasionalisme menjadi lebih tersusun dengan kemunculan golongan intelektual akibat perkembangan Pendidikan Barat pada penghujung abad ke 19. Pertubuhan parti politik seperti Liga Muslim dan Kongres Kebangsaan India / National India Congress telah digunakan untuk menyuarakan pandangan mereka. Terdapat juga gerakan bersifat keras pada awal abad ke 20 yang menentang pemerintahan British secara militan. Gerakan berunsur nasionalis radikal ini dketuai oleh Bipin Chandra Pal dan Bal Gangadhar Tilak. INC (Indian National Congress) mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan British setelah tamatnya Perang Dunia Pertama. Satyagraha merupakan pegangan Mahatma Gandhi yang bermaksud bepegang teguh kepada kebenaran yang menjadi asas kepada perjuangan tanpa keganasan dalam menggerakkan nasionalisme di India. Pembahagian india kepada negara India dan Pakistan telah dirangka olhe jawatankuasa khas yang dibentuk oleh INC dan Liga Muslim selepas Perang Dunia Kedua. Pakistan telah diumukan sebagai negara Merdeka pada 14 Ogos 1947 dan Muhammad Ali Jinnah diumumkan sebagai Gabenor Jeneral Pakistan. India telah diumumkan sebagai negara Merdeka pada 15 Ogos 1947dan Jawaharial Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Nasionalisme di China
Nasionalisme di China bertujuan untuk mengukuhkan peradaban China di kalangan orang China bagi mengelakkan ancaman dariapda penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing. Dinasti Manchu ( Kerajaan Manchuria) dianggap gagal menghalang kemasukan kuasa Barat. Masyarakat China hilang kepercayaan dan menentang pemerintahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai kehilangan mandat dan orang luar. Selain itu nasionalisme turut digerakkan bagi menetang campur tangan kuasa Barat di China. Gerakan kebangkitan rakyat di China ini dipelopori oleh Dr Sun Yat Sen. Pemerintahan republic di China dan tumbangnya pemerintahan Kerajaan Manchuria berlaku disebabkan oleh revolusi China pada tahun 1911. Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
Kesedaran untuk mempertahankan agama Islam dan pemerintahan Islam akibat ancaman imperialism Barat pada abad ke – 19 telah melahirkan nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir. Ini telah mewujudkan gerakan Pan – Islamisme dan gerakan Islah. Gerakan Pan Islamisme Sasyyid Jamal al – Din al Afghani telah menubuhkan kumpulan iaitu Urwah al Wuthqa ( ikatan yang kuat) pada tahun 1883. Tujuan utama ia ditubuhkan adalah untuk memperkuatkan persaudaraan dan membawa umat Islam ke arah kemajuan. Idea Pan Islamisme telah disebarkan melalui akhbar seperi Urwah al Wuthqa iaitu seruan untuk menyatukan persaudaraan antara umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menentang perluasan kuasa Barat. Emayar Uthmaniayh pada tahun 1914 telah mengeluarkan fatwa menyeru afgar umat Islam yang ditindas oleh penjajah Barat agar sama – sama bangkit berjuang dengan empayar Uthmaniyah. Idea Pan Islamisme ini telah digunakan oleh khalifah Abdul Hamid II iaitu pemerintah empayar Uthmaniyah. Kebangkitan Tok Janggut pada thaun 195 di Tanah Melayu menentang penjajahan British dikaitkan dengan sokongan uamt Islam di serata dunia terhadap gerakan Pan Islamisme. Gerakan Pan Islah Gerakan ini dipelopir oleh Sheikh Muhammad Abduh dab Sayyid Jamal al – Din al – Afghani. Gerakan ini menyeru agar umat Islam berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang sebenar dan sentiasa berpandukan al – Quran dan Hadis serta sentiasa memperbaiki kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada ancaman penjajah. Gerakan pan – islah dikaiatakn bermula kerana imperialism Barat di Mesir yang menyebabkan berlakunya pertembungan antara kebudayaan tempatan dan kebudayaan antara Eropah – Amerika. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Nasionalisme di Jepun
Punca utama nasionalisme dihidupkan oleh pemerintah Jepun adalah untuk mengelakkan ancaman imperialism Barat dan disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan. Gerakan pemulihan Jepun dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji dengan penekanan kea rah pemodenan berasaskan model Barat supaya kuasa Barat menghormati Jepun. Prinsip dan semangat Bushido merupakan asas kepada nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah ketika era pemulihan Meiji. Bushido merupakan semangat atau prinsip yang menjus kepada sikap sanggup menanggung risiko, dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara. Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke 20 disebabkan oleh pemulihan Meiji yang merangkumi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan. Nasionalisme melampau oleh golongan tentera dan desakan ekonomi menjadiikan Jepun kuasa imperialisme di Asia. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Gerakan Nasionalisme di Asia Tenggara secara umumnya bertujuan untuk membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat dengan menentang Kuasa Barat seperti di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan Indonesia. Namun di Thailand, gerakan nasionalisme lebih menjurus ke arah menuntut pembaharuan dalam pentadbiran bagi mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme. SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Nasionalsme di Filipina
Tokoh nasionalis yang penting di Filipina adalah Jose Rizal, Emilio Aguinaldo (Aguinaldo) dan Andres Bonifacio (Bonifacio). Tujuan nasionalisme di Filipina adalah untuk menentang penjajahan asing. Jose Rizal mempelopori Gerakan Propaganda. Gerakn ini menuntut agar Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan mempunyai hak sama rata dengan bangsa Sepanyol. Selain itu, Jose Rizal turut menuntut dan mendesak kerajaan Sepanyol melakuan perubahan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Desakan ini dilakukan melalui Liga Filipina yang ditubuhkan pada tahun 1982. Idea nasionalisme yang lebih radikal telah muncul berikutan kegagalan Gerakan Propaganda. Gerakan revolusioner yang bersifat lebih radikal atau dikenali sebagai Katipunan telah ditubuhkan oleh Bonifacio. Idea revolusi telah disebarkan melalui akhbar Kalayan kepada rakyat Filipina. Pada tahun 1896, Katipunan di bawah pimpnan Bonifacio dan Aguinaldo telah melancarkan Revolsi Filipina dengan tujuan menyingkirkan Sepanyol namun gagal. Sepanyol akhirnya berjaya disingkirkan dari Filipina melalui Kerjasama antara Aguinaldo dan Amerika Syarikat. Namun Amerika Syarikat tidak mengiktiraf kemerdekaan Filpina yang diisytihar oleh Aguinaldo pada tahun 1899. Sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika Syarikat. Goloongan nasionalis mengubah strategi perjuangan dengan menggunakan saluran yang lebih berdiplomasi melalui parti politik yang lebih bersederhana dalam perjuangan. Pendekatan Kerjasama membuahkan hasil apabila Sergio Osmena yang merupakan pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina pada tahun 1907. Golongan nasionalis ini meneruskan Gerakan menuntut kemerdekaan sehingga Perang Dunia Kedua. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2024
Categories
All
Archives |
Proudly powered by Weebly