KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Nasionalisme di Indonesia

4/6/2024

0 Comments

 
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Nasionalisme di Indonesia 
Isu berkaitan pendidikan untuk mengubah nasib rakyat keasan dasar penjajahan Belanda merupakan intipati kesedaran nasionalisme di Indonesia. 

Isu pendidikan terutamanya perjuangan bagi memajukan pendidikan di kalangan kaum Wanita ini dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini. 

Hasil karya Kartini yang merangkumi surat - surat yang diutuskan kepada rakan – rakannya di Eropah telah dibukukan dan diterbitkan. 

Maka pada tahun 1911 lahirlah hasil karya beliau yang bertajuk ‘Hilang Gelap Terbitlah Terang’.

Karya ini diterjemah kepada bahasa Inggeris dengan tajuknya ‘Letters of a Javanese Princess’

Karya ini tertumpu kepada penindasan dan kemunduran bangsa Indonesia akibat dasar diskirminasi Belanda. 
Dari isu pendidikan gerakan yang memupuk kesedaran nasionalisme mula berkembang dengan tertubuhnya pertubuhan yang teratur dan tersusun seperti Muhammadiyah yang bertujuan untuk mempertahankan agama Islam daripada sekularisme Barat. 

Penubuhan parti parti seperti Partai Komunis Indonesia (PKI) ,Partai Nasionalis Indonesia ( PNI) dan Sarekat Islam (SI) telah menjadikan kesedaran nasionalisme ini lebih radikal. 

Soekarno melalui pimpinannya telah menjadikan Partai Nasionalis Indonesia (PNI) semakin berpengaruh. 

Soekarno telah mempelopori penubuhan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia ( PPPKI). 

PPPKI ditubuhkan dengan harapan agar gabungan parti politik dan organisasi akan sama – sama memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. 

Kongres Pemuda Indonesia pada tahun 1928 telah memperkenalkan ‘Sumpah Pemuda’ yang merupakan asas nasionalisme. 

Tiga asas dalam ‘Sumpah Pemuda’ ialah satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa’ untuk mewujudan keutuhan negara bangsa. 
Picture
0 Comments

SPM - Kebangkitan Nasionalisme- ​Nasionalisme di Thailand

4/6/2024

0 Comments

 
SPM - Kebangkitan Nasionalisme- ​Nasionalisme di Thailand 
Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand sendiri melalui usaha pemodenan serta hubungan diplomatic. 

Tujuan nasionalisme ini adalah untuk mempertahanakan dan memperkukuhkan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. 

Raja Mongkut telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat, British dan Perancis. 

Sistem birokrasi Barat telah dilaksanakan oleh Raja Mongkut sebagai usaha pemodenan. 

Birokrasi Barat Rahja Mongkut ini meliputi membawa masuk 80 penasihat barat. Penasihat pelabuhan, polis dan kewangan adalah dari Britain, manakala penasihat kastam adalah dari Amerika Syarikat dan penasihat ketentetraan adalah dari Perancis. 
Sistem pendidikan Barat turut diperkenalkan dengan membawa masuk guru dari Barat, terutamanya British. 

Penasihat barat di bawa masuk bertujuan untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, polis, ketenteraan dan kastam. 

Pengambilan penasihat dari Barat dan guru dari Barat membentuk imej Thailand sebagai mempunyai hubungan yang baik dengan kuasa Barat. 

Bagi memastiakn Thailand bebas daripada penjajahan British, pemodenan dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan oleh putera baginda iaitu Raja Chulalongkorn. 

Nasionalisme di kalangan rakyat bermula apabila berlakunay kegelisahan di kalangan rakyat terhada penguasaan politik oleh kerabat diraja dan kelemahan pentadbiran ketika pemerintahan Raja Vajiravudh. 

Revolusi Thai telah diadakan pada tahun 1932 oleh Parti Rakyat yang ditubuhkan oleh Field Marshal Phibulsongkram dan Nai Pridi Phanomyong. 

Pemerintahan raja berkuasa mutlak ditamatkan melalui revolusi dan digantikan dengan pemerintahan raja berperlembagaan. 

Dalam pemerintahan raja berperlembagaan ini, kedudukan raja adalah pada kedudukan yang tertinggi, walau bagaimanapun, raja tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Thailand yang dipimpin oleh Perdana Menteri. 

Penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan kapitalis Barat turut meningkatkan kesedaran nasionalisme akibat rasa tidak puas hati rakyat. 

Kesan daripada rasa tidak puas hati ini menyebabkan undang – undang yang menggalakkan penyertaan kaum peribumi dalam kegiataan ekonomi dan menghalang penguasaan ekonomi oleh orang Cina telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Phibulsongkram. 

Thailand tidak pernah dijajah oleh Jepun kerana dasar bekerjsama dengan Jepun ketika Peran Dunia Kedua. 

Selain itu, Thailand turut memperolehi hak semula ke atas negeri utara Tanah Melayu dan wilayah di Indochina. 
Picture
0 Comments

SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

4/2/2024

0 Comments

 
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 
​
Secara kronologi, kesedaran nasionalisme telah bermula ketika era pemerintahan Sultan Melayu Melaka lagi. 

Kesedaran ini kemudiannya berkembang dalam menghadapi ancaman Siam dan British oleh pejuang tempatan. 

Tiga kali serangan telah dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah bagi merampas Melaka daripada Portugis. Namun menemui kegagalan. 

Usaha untuk merampas Pulau Pinang yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah dari Syarikat Hindia Timur Inggeris telah dilaksanakan oleh Sultan Abdullah Mukkaram Shah. 

Pada akhir abda ke 19 dan awal abad ke 20, kesedaran nasionalisme untuk menentang penjajah adalah lebih bersifat setempat namun masih mengekalkan semangat nasionalisme dengan keinginan untuk membebaskan wilayah – wilayah dari ancaman luar serta mendaulatkan wilayah masing – masing. 

Kesedaran nasionalisme ini telah mendapat reaksi pihak penjajah yang bertindak balas dengan keras terhadap para pejuang hingga memaksa perjuangan diteruskan dengan lebih sederhana. 

Antara contoh pejuang – pejuang ini adalah Dato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Penghulu Dol Said, Mat Salleh, Rentap, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut. 

Kesedaran nasionalisme yang bersifat lebih sederhana telah diadakan melalui penulisan kreatif dan akhbar. Antara tokoh – tokoh yang terlibat adalah Za’ baa tau Zainal Abidin Ahmad, Ibu Zain atau Hajjah Zainon Munshi Sulaiman, Abdul Rahim Kajai, Fatimah Yaakub dan Muhammad Rakawi Yusuf. 

Gerakan islah pula dipelopori oleh tokoh – tokoh agama seperti Haji Abbas Mohd Taha, Syed Sheikh al Hadi dan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin. 

Pertubuhan berbentuk sosioekonomi turut diperkenalkan dan diperjuangkan oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu seperti Ishak Haji Muhammad, Burhanuddin al – Helmi, Ibrahim Haji Yaakob dan Ahmad Boestamam. 

Halangan undang – undang, kekangan kewangan dan pengawasan ketat daripada pemerintah merupakan antara cabaran yang dihadapi. Namun usaha mengkritik penjajah dan menyedarkan rakyat tetap diteruskan. 
Picture
0 Comments

SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Faktor – Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

4/1/2024

0 Comments

 
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Faktor – Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 
Peranan Agama 
Gerakan islah adalah satu gerakan di mana umat Islam diseur Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berlandaskan Al – Quran dan hadis. Selain itu gerakan islah turut menentang imperialisme barat di negara Islam. 

Di Mesir, gerakan Islah adalah berada di bawah pimpinan Sayyid Jamal al – Din al – Afgahni, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Risda 

Pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir terpengaruh dengan falsafah perjuangan gerakan islah ini. 

Penulisan kreatif 
Penulisan kreatif merupakan karya sastera yang terdiri daripada novel, puisi dan cerpen. 

Antara novel dan cerpen yang mengungkap kesusahan hidup dan penderitaan rakyat yang dijajah adalah novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid dan cerpen yang ditulis oleh Abdul Rahim Kajai iaitu Cerita Awang Putat. 

Karya sastera ini diharapkan agar dapat menaikkan semangat rakyat dalam kehidupan yang dijajah. 

Kepentingan menikmati kebebasan dan sindiran terhadap penjajah juga telh ditampilkan melalui karya Pak Sako iaitu Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan. 

Peranan Media Cetak 
Media cetak terdiri daripada akhbar dan majalah yang menjadi sumber penyebaran maklumat dan fakta. 

Di sekolah Melayu, akhbar Seloka Melayu telah menjadi bahan bacaan. 

Akhbar dan majalah ini berperanan dalam menegur campur tangan British dalam hal – ehwal agama Islam di Singapura dan isu berkaitan penggunaan bahasa Melayu. 

Idea – idea pembeharuan telah diterapkan di dalam bahan bercetak seperti Al, Imam, Neracha dan Pengasuh. 

Intelektual Melayu telah menggunakan akhbar Fajar Sarawak sebagai wadah dalam usaha mengkritik dasar pemerintahan Brroke yang mengabaikan hak dan kepentingan kaum Bumiputera di Sarawak. 

Perkembangan Sistem Pendidikan 
Sistem Pendidikan telah mendedahkan para pelajar kepada idea tokoh falsafah Islam dan Barat. Idea ini telah menyedarkan para pelajar tentang kelemahan bangsa yang dijajah dan pihak British didesak agar melakukan pembaharuan. 

Terdapat pemimpin – pemimpin yang memperjuangkan kepentingan dan hak pendidikan untuk rakyat. Para pemimpin ini merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris , Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Raffles Institution di Singapura. 

Penubuhan madrasah pada abad ke -20 telah membawa perubahan dan kebangkitan semangat baru dalam kalangan pelajar. 

Kunjungan pelajar lulusan Mesir dan Kaum Muda ke Madarash al – Attas (Johor Bahru), Madrasah al – Idrisyah ( Kuala Kangsar) dan Madarasah al – Masyhur ( Pulau Pinang) telah menyuntik idea nasionalisme di kalangan pelajar. 

Kemuculan Golongan Intelektual 
Perkembangan sistem pendidikan telah menyebabkan lahirnya golongan intelektual. 

Golongan intelektual ini menggunakan akhbar dan mewujudkan persatuan bercorak sosioekonomi dan politik agar dapat menyedarkan masyarakat tentang nasionalisme.

Golongan intelektual ini termasuk mereka yang merupakan lulusan Timur Tengah seperti Syed Sheikh al – Hadi yang mempelopori idea pembaharuan dalam masyarakat. 

Intelektual lulusan pendidikan Inggeris dan Melayu adalah seperti Muhammad Eunos Abdullah, Dato Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Abdul Kadir Adabi, Ustaz Abu Bakar Mohd Said dan Ibrahim Haji Yaakob. 

Pengaruh Luar dan Serantau 
Perjuangan Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina telah menjadi inspirasi bagi menentang penjajah di negara kita. 
Di peringkat Asia perjuangan Mahatma Gandhi menentang penjajah tanpa kekerasan telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme. 

Rusia yang tewas kepada Jepun juga telah menyedarkan rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka. 

Kesedaran nasionalisme juga berjaya dipupuk melalui perjuangan Dr Sun Yat Sen ketika berlakunya Revolusi China di mana kerajaan Manchuria ditewaskan dan digantikan dengan Republik China. 

Umat Isalm turut terkesan melalui gerakan islah di Mesir yang menggesa perubahan progresif di kalangan umat Islam. 

Umat Islam turut dipengaruhi dengan gerakan Pan – Islamisme di Empayar Uthmaniyah yang menyedarkan bertapa perlunya umat Islam bersatu untuk menentang ancaman luar.
Picture
0 Comments

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly