KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Perjuangan Golongan Intelektual

3/28/2024

0 Comments

 
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - ​Perjuangan Golongan Intelektual 
Intelektual Berpendidikan Agama 
Gerakan islah ialah Gerakan yang dipelopori oleh golongan muda yang menjadikan agama Islam sebagai asas kepada kemajuan dunia dan akhirat. 

Akhbar seperti Al – Imam, Al -Ikhwan, Tunas Melayau dan Neracha merupakan antara naskah yang digunakan untuk menyebarkan idea mereka.

Fahaman islah ini turut disebarkan melalui penubuhan madrasah – madrasah seperti Madreasah al – Attas di Johor, Maahad – al – Ehya Assharif di Perak dan Madrasah al – Khairiah al – Islamiyah di Kedah. 

Pelajar – pelajjar di madrasah ini menunjukkan perkembangan dalam aspek sikap dan pentafsiran Islam. 

Kaum Wanita turut dibenarkan untuk sama – sama belajar di madrasah ini. 

Intelektual Berpendidikan Inggeris 
Kebanyakan intelektual berpendidikan Inggeris mendapat pendidikan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar ( MCKK) yang ditubuhkan pada tahun 1905. 

Mereka ini telah dilatih agar dapat diserap dalam pentadbiran kerajaan British. Kebanyakan pelajar MCKK ini terdiri daripada golongan anak bangsawan. 

Lepasan MCKK yang dilantik menjadi pegawai kerajaan telah menuntut agar lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu untuk bekerja dalam sektor kerajaan selain mengharapkan agar taraf hidup orang Melayu dapat dipertingkatkan. 

Setiap gesaan dan tuntutan ini dilakukan secara aman dengan menjalinkan hubungan baik dengan British dan menggunakan akhbar – akhbar seperti Utusan Melayu, Lembaga Malaya dan Warta Malaya. 

Antara lepasan MCKK adalah Mohammad Eonus Abdullah, Raja Uda Raja Muhammad, Raja Chulan Abdullah dan Mahmud Mat. 

Intelektual Berpendidikan Melayu 
Intelektual berpendidikan Melayu dilahirkan melalui pendidikan yang diterima di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun 1922. 

Subjek sejarah dan pendedahan kepada keagungan Empayar Melayu di Alam Melayu sering ditekankan kepada para pelajar dengan tujuan membangkitkan kesedaran nasional kepada para pelajar. 

Subjek – subjek lain seperti anyaman, kesihatan dan sukan turut diperlajari. 

Kebanyakan bahan bacaan adalah dari Indonesia dan Timur Tengah. 

Maktab Perguruan Sultan Idiris juga mempunyai guru – guru seperti Abdul Hadi Abdul Manan,Abdul Hadi Hassan  O.T Dussek dan Harun Aminurrashid yang meniupkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan para pelajar. 

Selain itu kewujudan Pejabat Karang – Mengarang di mana Za’ba menjadi ketua penterjemah juga telah Berjaya menghasilkan karya yang berkualiti dan para nasionalis seperti Abdul Hadi Hassan dan Buyong Adil. 

Pada thaun 1929, maka wujudnya Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo yang kemudiannya membentuk persatuan radikal yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly