KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Perjuangan Melalui Persatuan

3/27/2024

0 Comments

 
SPM - Kebangkitan Nasionalisme - Perjuangan Melalui Persatuan 

Kesatuan Melayu Singapura ( KMS) 
Ditubuhkan pada 1926.
Tujuan penubuhan adalah untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam pentadbiran dan politik serta meningkatkan penyertaan ahli dalam pentadbiran. Kepentingan menuntut pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi (pengajian tinggi) dan pendidikan teknik turut ditekankan. 

KMS menjalinkan Kerjasama dengan British agar lebih ramai orang Melayu melibatkan diri dalam pentadbiran. 

Kesimpulannya penubuhab KMS telah memberi inspirasi kepada Penubuhan Persatuan Melayu Pahaing, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Negeri Sembilan. 

Persatuan Sahabat Pena ( PASPAM) 
Ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang. 
Dari tahun 1934- 1939 perhimpunan tahunan diadakan di seluruh Tanah Melayu. 

Perhimpunan ini membolehkana wakil dari Persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak menyuarakan isu kebangsaan. 

PASPAM menggalakkan ahli – ahlinya bersatu dan bertukar – tukar pendapat. 

Di Sabah, pada tahun 1939, cawangan PASPAM ditubuhkan di Jesselton ( Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Peniaga , guru Sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan merupakan antara ahli PASPAM Sabah.

Di Sarawak, PASPAM telah diasaskan oleh Muhammad Rakawi Yusuf bagi cawangan Kuching dan menjalinkan hubungan yang baik dengan KMS ( Kesatuan Melayu Singapura). Kemudian pada tahun 1939, bersama – sama dengan Johari Anang, Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan. 

Kesatuan Melayu Muda 
Merupakan persatuan yang dianggap radikal kerana berani membangkitan sentiment anti British dan menyuarakan penentangan melalui penulisan dalam akhbar dan majalah. 

Akhbar Majlis merupakan medium yang digunakan untuk berjuang 

Bercita – cita ingin mewujudkan gagasan Melayu Raya melalui gabungan antara Indonesia dan Tanah Melayu. 

Persatuan Masyarakat Cina 
Masyarakat Cina lebih menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku di China sebelum Perang Dunia Kedua.

Lawatan telah diadakan oleh Dr Sun Yat Sen ke negeri – negeri Melayu Bersekutu bagi mendapatkan sokongan pemimpin Cina dalam usaha untuk menentang pemerintahan Manchuria di China. 

Persatuan Orang Cina Peranakan British ( SCBA) yang mewakili masyarakat Cina di Negeri Selat atau Cina Peranakan Lulusan Inggeris telah ditubuhkan oleh Tan Jiak Kim di Negeri – negeri Selat dengan tujuan menggalakkan pelajaran teknikal dan pengajian tinggi di kalangan masyarakat Cina. 

Cawangan SCBA telah ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock bagi menuntut peluang masayarakat Cina berkhidmat dalam kerajaan. 

Persatuan Masyarakat India 
Pada mulanya masyarakat India telah menubuhkan Persatuan India Pulau Pinan dan Taiping. 

Persidanagan India Se Malaya telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1927. Persidangan ini kemudiannya diadakan di negeri lain. 

Tujuan persidangan ini adalah untuk membincangkan masalah yang berkaitan dengan masyarakat India. 

Malayan India Association ( MIA) telah ditubuhkan oleh G.V. Thaver bagi masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu. 

Central India Association of Malaya ( CIAM) pula telah ditubuhkan oleh Dr A.M. Soosay pada Oktober 1935. CIAM telah mengabungkan 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan. 

Lawatan Pandit Jawaharial Nehru pada 1937 ke Tanah Melayu telah menyemarakan lagi pergerakn CIAM. 


Persatuan Masyarakat Sikh 
Kebanyakan masyarakat Sikh terutamanya yang berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan  telah menjadikan gurdwara, berek polis dan kuarters kerajaan sebagai tempat aktiviti keagamaan dan sosial. 

Kepentingan masyarakat Sikh dijaga melalui Khalsa Diwan Malaya yang ditubuhkan di Taiping pada thuan 1902. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly