Kimia
1. Kimia memainkan peranan penting dalam hidup kita dari segi perubatan, kosmetik, teknologi hijau, industry makanan, industry petrokimia dan kejuruteraan kimia. 2. Kimia merupakan kajian berkaitan tentang komposis, struktur, interaksi dan sifat jirim. 3. Jirim adalah semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Semua benda hidup dan benda bukan hidup seperti buku, air, udara adalah jirim kerana mempunyai jisim dan memenuhi ruang. 4. Bidang kimia menjanjikan kerjaya sebagai ahli kimia, jurutera kimia, ahli farmasi ahli farmakologi dan ahli sains forensik Penyiasatan Saintifik dalam Kimia 1. Penyiasatan saintifik adalah kaedah sistematik atau saintifik yang digunakan dalam penyelesaian masalah melalui pengetahuan sains. 2. Langkah – Langkah penyelidikan saintifik untuk membina dan menyelesaikan masalah secara saintifik adalah seperti berikut: i) membuat pemerhatian ii) membuat inferens iii) mengenal masalah iv) membuat hipotesis v) mengenal pemboleh ubah vi) memikirkan eksperimen vii) mengumpul dan mentafsir data viii) membuat kesimpulan Alat Pelindung Diri dan Peralatan Keselamatan di dalam Makmal Alat Pelindung Diri 1. Kaca Mata Keselamatan 2. Topeng Muka 3. Baju Makmal 4. Sarung Tangan 5. Kasut Bertutup Peralatan Keselamatan 1. Alat Pemadam Kebakaran 2. Kebuk Wasap 3. Cecair Pencuci Mata 4. Sistem Pancuran Keselamatan Penyimpanan dan Pelupusan Bahan Kimia Objektif 1. Mengelakkan kecerderaan, kemalangan dan kebakran 2. Mengelakkan pencemaran alam semula jadi Penyimpanan Bahan Kimia Bahan – bahan yang mudah terurai -disimpan dalam botol yang gelap Bahan – bahan toksik dan logam berat -disimpan dalam botol khas yang dilabel dan berkunci Bahan – bahan reaktif seperti lithium, natrium dan kalium -disimpan dalam minyak paraffin Bahan – bahan menghakis (pH <5 atau pH>9) -disimpan dalam botol berlabel dan dikunci dalam almari Hidrokarbon dan pelarut organic yang meruap dan mudah terbakar harus disimpan jauh daripada haba atau cahaya matahari . Pelupusan Bahan Kimia 1. Hidrogen Peroksida haruslah dicairkan sebelum dituang ke dalam sinki. 2. Bahan – bahan dengan pH <5 atau pH >9, hendaklah disimpan dalam bekas khas sebelum dilupuskan kerana bahan – bahan ini adalah bahan yang menghakis 3. Bahan – bahan yang mudah terbakar dan meruap haruslah disimpan dalam botol kaca atau plastic khas sebelum dilupuskan. Ini termasuklah hidrokarbon atau pelarut organik. Manakala alcohol, bromin dan ammonia yang mudah merupa disimpan dalam bekas tertutup tanpa cahaya dan haba. 4. Sisa pepejal dilupuskan dalam bekas khas. 5. Logam berat dan bahan toksik diikat dalam plastik dan dilupuskan dalam bekas logam berat Kemalangan di Makmal 1. Tumpahan Bahan Kimia a) Laporkan kemalangan kepada pembantu makmal atau guru dengan segera b) Murid dilarang daripada mendekati kawasan kemalangan c) Sempadan menggunakan pasir untuk menyekat sebaran tumpahan ke kawasan lain d) Bersihkan tumpahan bahan kimia e) Lupuskan tumpahan bahan kimia mengikut prosedur yang ditetapkan 2. Keracunan Merkuri a) Keracunan merkuri terjadi melalui wap merkuri. Wap merkuri ini dihidu. Selain itu keracunan juga berlaku melalui merkuri yang disuntik atau terserap melalui kulit. b) Keracunan merkuri berlaku apabila seseorang terdedah kepada merkuri dalam satu jumlah yang tertentu. c) Simptom – symptom keracunan merkuri I. Pening / sakit kepala II. Kerengsaan mata III. Masalah penglihatan IV. Batuk V. Sakit tekak VI. Sukar bernafas VII. Sakit dada VIII. Tekanan darah meningkat IX. Denyutan nadi meningkat X. Muntah, loya dan cirit-birit 3. Langkah – Langkah dalam menghadapi tumpahan Merkuri a) Lapor kepada guru dan pembantu makmal dengan segera b) Larangan murid daripada mendekati kawasan tumpahan c) Letakkan papan tanda larangan untuk mengasingkan kawasan tersebut d) Tumpahan ditutup dengan sulfur e) Hubungi pihak bomba
0 Comments
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |
Proudly powered by Weebly