STPM Pengajian Am Semester 1 – Perlembagaan Persekutuan - Pembahagian Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Pembahagian kuasa yang jelas antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negerii telah termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Wujudnya senarai Persekutuan bagi Kerajaan Persekutuan Senarai Negeri pula bagi Kerajaan Negeri dan senarai Bersama bagi Kerajaan Pusat dan Negeri. Bagi perkara – perkara yang tidak dinyatakan dalam mana- mana senarai, maka perkara ini akan berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa baki perundangan terletak di bawah Kerajaan Negeri. Senarai Persekutuan • Pendidikan • Perhubungan dan perdagangan • Keselamatan dalam negeri • Hal – ehwal luar negara • Pertahanan dan Persekutuan • Kewarganegaraan Persekutuan • Undang – undang acara sivil, jenayah dan pentadbiran keadilan • Jentera Kerajaan Persekutuan • Kewangan dan tukaran mata wang asing • Perkhidmatan Bomba • Pelancongan • Akhbar, penerbitan dan percetakan • Penapisan media massa • Buruh dan keselamatan sosial • Ubat Kesihatan • Perkara berhubung wilayah Persekutuan • Koperasi / Syarikat Kerjasama • Hari kelepasan am Persekutuan • Kebajikan orang asli • Kuasa kajian, siasatan dan penyelidikan • Perkapalan, perlayaran dan perikanan laut dalam • Cukai pendapatan, Syarikat dan jualan perkhidmatan • Perdagangan komersial dan Perusahaan serta pendaftarannya Senarai Negeri • Tanah ( kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Hukum syarak dan hal ehwal agama ( kecuali WP Kuala lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Pertanian dan Perhutanan ( kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Kerajaan Tempatan ( Kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) • Kerja – kerja negeri dan kerja – kerja air • Jentera Kerajaan Negeri • Hari kelepasan Negeri • Perpustakaan, monument, muzium, rekod purbakala dan Sejarah, tapak peninggalan zaman purba • Siasatan bagi maksud Negeri • Penyu dan menangkap ikan di Sungai • Tambahan sabah dan Sarawak : • Pelabuhan • ukuran tanah • kereta api Sabah • Perbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan oleh undang – undang Negeri. Senarai Bersama ( Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri) • Pemeliharaan warisan • Bekalan dan perkhidmatan air • Perumahan mampu milik dan peruntukan bagi kemudahan perumahan • Kebudayaan dan sukan • Langkah – Langkah keselamatan kebarakaran • Pemulihan tanah, lombong dan tanah yang dibinasakan oleh hakisan tanah • Perparitan dan pengairan • Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit • Kutu rayau dan penjaja beredar • Perancangan bandar dan kampung • Ternakan binatang • Kebajikan masyarakat • Biasiswa • Perlindungan binatang dan burung liar • Senarai Bersama Tambahan bagi Sabah dan Sarawak : • Khairat Amanah serta yayasan khairat dalam Negeri • Panggung wayang dan tempat hiburan awam • Penyelidikan pertanian dan perhutanan • Undang – undang diri • Pencemuhan barang makanan dan barang lain • Perkapalan, menangkap ikan di laut dan di muara, perikanan • Pengeluaran, pembahagian dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijana oleh kuasa air
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorKoleksi nota - nota bagi subjek Pengajian Am Archives
September 2024
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly