SPM -Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan – Skala Perniagaan Pasaran Domestik Secara amnya pasaran domestik melibatkan penawaran barang dan perkhidmatan di dalam negara. Perniagaan yang dijalankan dalam pasaran domestik dapat membangunkan ekonomi negara dengan mewujudkan peluang pekerjaan,meningkatkan guna tenaga, mengurangkan pengangguran dan mengimbangi pendapatan rakyat tempatan. Pasaran domestik terbahagi kepada tiga : Skala Tempatan Skala Negeri Skala Kebangsaan Skala Tempatan Menjual barang atau perkhidmatan di tempat tertentu sahaja Kos perniagaan yang rendah dan pasaran yang kecil. Memerlukan tenaga buruh yang sedikit dan mudah diperolehi di persekitaran. Skala Negeri Menembusi pasaran yang lebih besar hingga ke peringkat daerah. Memerlukan kos yang tinggi kerana perlu memenuhi permintaan di peringkat kawasan,daerah ,sebahagian negeri atau seluruh negeri. Contohnya adalah :perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Skala Kebangsaan Saiz pasaran yang lebih besar dan meliputi seluruh negara. Perniagaan menikmati ekonomi bidangan kerana dapat menawarkan perkhidmatan dan barangan pada harga yang lebih murah dan berpatutan. Perniagaan berskala kebangsaan dapat membeli baranag pada bilangan yang banyak dengan mendapat diskaun. Pasaran Antarabangsa Melibatkan penjualan produk yang merentasi sempadan negara antara pengguna -pengguna negara yang berbeza Pasaran antarabangsa melibatkan import,eksport dan entrepot. Perniagaan berpotensi untuk menerokai pasaran baru di luar negara dan menguasai pasaran yang lebih luas. Perniagaan akan berjaya mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Terdapat dua tahao paşadan antarabangsa iaitu: -skala zon -skala global Skala Zon Merupakan perniagaan yang berskala besar Menawarkan perkhidmatan dan barangan di kawasan-kawasan tertentu yang dikenal pasti. Perniagaan beroperasi lebih daripada sebuah negara. Menjalankan perniagaan dengan strategi permasaran yang berbeza-beza di setiap negara mengikuti budaya dan citarasa penduduk masing-masing Skala Global Pasaran yang melangkau sempadan negara Dipermudahkan dengan bantuan internet untuk menjalankan perniagaan merentas sempadan. Perniagaan menggunakan pelbagai teknik perniagaan dan pemasaran untuk memenuhi kehendak pengguna di pelbagai negara. Kerajaan memberikan galakan kepada peniaga tempatan untuk menembusi pasaran global yang merentas sempadan melalui MATRADE. MATRADE memberi latihan dan bantuan kepada perniagaan yang ingin menembusi pasaran global. Air Asia Berhad merupakan antara syarikat yang berjaya menembusi pasaran global.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories
All
|
Proudly powered by Weebly