SPM Perniagaan – Tujuan dan Pemilikan Perniagaan – Bentuk Pemilikan Perniagaan – Syarikat Berhad7/12/2025 SPM Perniagaan – Tujuan dan Pemilikan Perniagaan – Bentuk Pemilikan Perniagaan – Syarikat Berhad
Pengenalan Syarikat Berhad Syarikat berhad ialah satu bentuk perniagaan yang didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 yang telah menggantikan Akta Syarikat 1965 Syarikat ini merupakan entiti yang sah dari segi undang-undang dan terpisah daripada pemiliknya Keanggotaan Syarikat Berhad Ahli terdiri daripada lembaga pengarah dan pemegang saham Pengarah urusan dipilih dalam kalangan ahli lembaga yang paling kanan Pengarah eksekutif lain menetapkan polisi dan membuat keputusan penting syarikat Pemegang saham ialah individu yang melabur melalui pembelian saham syarikat dan memiliki hak tertentu Hak Pemegang Saham Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan Mengundi untuk menerima atau menolak cadangan daripada lembaga pengarah Melantik ahli lembaga pengarah baharu Memberi pendapat berkenaan laporan kewangan dan aktiviti tahunan syarikat Jenis-jenis Syarikat Berhad Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad (Bhd.) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Ciri-ciri Dikawal oleh Akta Syarikat 2016 Didaftarkan dengan SSM Nama syarikat mesti disertakan dengan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ Jumlah pemegang saham antara dua hingga 50 orang sahaja Modal tambahan diperoleh melalui terbitan syer secara dalaman Liabiliti pemegang saham terhad kepada jumlah syer yang dilaburkan Saham tidak boleh dijual atau dipindahkan tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah Saham tidak diniagakan di Bursa Malaysia Pemegang saham terbesar mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan syarikat Kelebihan Mudah mengumpul modal dalam jumlah besar melalui syer atau pinjaman bank Liabiliti terhad memberikan perlindungan kepada harta peribadi pemegang saham Hal ehwal kewangan syarikat tidak perlu diumumkan kepada umum Jangka hayat perniagaan kekal walaupun berlaku pertukaran pemilik saham Kekurangan Penubuhan memerlukan prosedur yang rumit dan kos yang tinggi Cukai syarikat lebih tinggi berbanding cukai individu Syer tidak boleh dipindah milik dengan bebas Pemilik tidak mempunyai kawalan langsung ke atas urusan pengurusan harian Syarikat Awam Berhad (Bhd.) Ciri-ciri Juga tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 Mesti berdaftar dengan SSM Menggunakan perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd.’ pada akhir nama syarikat Bilangan ahli tidak terhad, minimum dua orang Modal diperoleh melalui penjualan saham dan bon kepada umum Pemegang saham menanggung liabiliti terhad Saham boleh diniagakan secara terbuka di Bursa Malaysia Pemegang saham boleh kehilangan kawalan sekiranya saham mereka dibeli dalam jumlah besar oleh pihak lain Kelebihan Dapat mengumpul modal yang besar dengan mudah daripada orang ramai atau institusi kewangan Liabiliti pelabur terhad kepada jumlah pelaburan sahaja Perniagaan beroperasi dalam jangka panjang walaupun berlaku perubahan pemilik Menikmati kelebihan ekonomi bidangan seperti penjimatan kos pengeluaran secara besar-besaran Syarikat boleh berkembang pesat dengan modal besar dan pengurusan profesional Kekurangan Penubuhan syarikat awam lebih kompleks dan memerlukan prosedur undang-undang yang ketat Beban cukai korporat lebih tinggi berbanding perniagaan kecil Maklumat kewangan perlu didedahkan kepada umum dan tidak bersifat rahsia Pengurusan syarikat tidak dikawal oleh pemilik saham secara langsung Kos operasi, audit, dan pematuhan undang-undang lebih tinggi Saiz syarikat yang besar menyukarkan komunikasi dan menyebabkan masalah pengurusan dalaman Pemerbadanan Syarikat Mengikut Akta Syarikat 2016 Syarikat Sendirian Berhad memerlukan sekurang-kurangnya seorang pengarah dan seorang pemegang saham Syarikat Awam Berhad pula memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pengarah dan seorang pemegang saham Pendaftaran syarikat dilakukan melalui SSM dengan memenuhi syarat dokumentasi dan pembayaran yuran
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
October 2025
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly
RSS Feed