SPM Perniagaan – Tujuan dan Pemilikan Perniagaan – Bentuk Pemilikan Perniagaan – Perkongsian7/12/2025 SPM Perniagaan – Tujuan dan Pemilikan Perniagaan – Bentuk Pemilikan Perniagaan – Perkongsian
Pengenalan Perkongsian Perkongsian merupakan bentuk pemilikan perniagaan yang dimiliki bersama oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi 20 orang Setiap rakan kongsi bertanggungjawab terhadap pengurusan, keuntungan dan kerugian mengikut persetujuan dalam perjanjian Liabiliti rakan kongsi biasanya tidak terhad, kecuali bagi rakan kongsi yang berstatus rakan kongsi berhad Perniagaan ini ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 dan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Contoh perniagaan perkongsian Poliklinik Dr. Thines dan Rakan-Rakan Firma guaman Ding & Partner Sumber Modal Modal diperoleh daripada sumbangan rakan kongsi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dalam perjanjian Keuntungan dan kerugian juga diagihkan berdasarkan nisbah yang dipersetujui Cukai Pendapatan Perniagaan perkongsian dikenakan cukai pendapatan perseorangan, bukan cukai syarikat Pendaftaran Perniagaan Perkongsian Mendaftar dengan SSM melalui Pendaftar Perniagaan Membuat carian nama perniagaan menggunakan Borang PNA 42 Mengisi Borang A dengan maklumat seperti: Nama dan alamat setiap rakan kongsi Jenis perniagaan dan tempoh perkongsian Sumbangan modal dan nisbah keuntungan Tanggungjawab serta kuasa setiap rakan kongsi Bayar yuran pendaftaran Dapatkan dan pamerkan Sijil Perakuan Pendaftaran (Borang D) di premis perniagaan Jenis-jenis Rakan Kongsi Rakan kongsi aktif – menyumbang modal, aktif mengurus, menerima gaji, liabiliti tidak terhad Rakan kongsi lelap – menyumbang modal, tidak terlibat secara aktif, liabiliti tidak terhad Rakan kongsi berhad – menyumbang modal, tidak aktif, liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal, hanya membenarkan namanya digunakan, tidak aktif tetapi liabiliti tidak terhad Rakan kongsi biasa – menyumbang modal, aktif mengurus, liabiliti tidak terhad Kelebihan Perkongsian Modal lebih besar kerana disumbang oleh ramai rakan kongsi Mudah ditubuhkan dengan prosedur ringkas Kepakaran berbeza dapat dikongsi dan dimanfaatkan dalam pengurusan perniagaan Tugas dan tanggungjawab boleh diagihkan dengan lebih sistematik Kekurangan Perkongsian Masih mempunyai modal yang terhad berbanding syarikat berhad Liabiliti tidak terhad – aset peribadi rakan kongsi boleh digunakan untuk melangsaikan hutang Perniagaan perlu dibubarkan jika ada rakan kongsi menarik diri atau meninggal dunia Kandungan Perjanjian Perkongsian Nama dan jenis perniagaan Lokasi perniagaan Nama-nama rakan kongsi Hak dan tanggungjawab setiap rakan kongsi Nisbah pembahagian keuntungan dan kerugian Kaedah pengendalian serta penamatan perniagaan Jenis-jenis Perkongsian Perkongsian biasa – rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad Perkongsian berhad – sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa dan lain-lain boleh memiliki liabiliti terhad Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Semua rakan kongsi dalam PLT mempunyai liabiliti terhad seperti pemegang saham syarikat Liabiliti hanya tertakluk kepada jumlah modal yang dilaburkan dalam PLT PLT mempunyai fleksibiliti dari aspek penubuhan, pengurusan, dan penamatan PLT ialah entiti berasingan yang boleh memiliki aset, membuat urusan jual beli, serta disaman atau menyaman PLT kekal wujud meskipun berlaku perubahan pada rakan kongsi Pendaftaran PLT Didaftarkan melalui portal MyLLP Pegawai Pematuhan PLT perlu berdaftar sebagai pengguna portal MyLLP Tanggungjawab Rakan Kongsi Menjaga kepentingan bersama antara rakan kongsi Melindungi rahsia dan maklumat perniagaan Mencari peluang perniagaan baharu Memberi cadangan serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam operasi perniagaan
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
October 2025
Categories
All
|
Proudly powered by Weebly
RSS Feed