KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm /stpm  perniagaan 

SPM -Tujuan Perniagaan  dan Pemilikan Perniagaan– klasifikasi Perniagaan  (saiz)

5/9/2025

0 Comments

SPM -Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan– klasifikasi Perniagaan (saiz)
Klasifikasi perniagaan adalah pengelasan atau penyusunan perniagaan dalam suatu kelompok berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Perniagaan diklasifikasikan dalam bentuk saiz dan sektor
Saiz
Saiz ditentukan melalui:
Jumlah pekerja tetap dan jualan tahunan

Saiz perniagaan terdiri daripada:
-kecil
-sederhana
-besar

Sektor Perkhidmatan
Sektor Kecil Perkhidmatan
-bilangan pekerja tetap adalah 5-30 orang
-jumlah keuntungan adalah daripada RM 300,000 hingga RM 3 juta.

Sektor Sederhana Perkhidmatan
-bilangan pekerja tetap adalah 30 – 75 orang
-Jumlah keuntungan adalah daripada RM 3 juta hinggaRM 20 juta

Sektor Besar Perkhidmatan
-bilangan pekerja 75 orang dan ke atas
-jumlah keuntungan adalah daripada RM 20 juta ke atas

Sektor Pengilangan (pembuatan barangan)
Sektor kecil Pengilangan
-bilangan pekerja tetap adalah 5 hingga 75 orang
-jumlah keuntungan adalah daripada RM 300,000 hingga RM15 juta

Sektor Sederhana Pengilangan
-bilangan pekerja tetap adalah daripada 75 orang hingga 200 orang
-jumlah keuntungan adalah daripada RM 15 juta hingga RM 50 juta

Sektor Besar Pengilangan
-bilangan pekerja tetap adalah daripada 200 orang ke atas
-jumlah keuntungan adalah daripada RM 50 juta ke atas

Kelebihan Sektor Kecil Perniagaan
-kos upah yang murah
-kos overhed yang rendah
-fleksibel dalam menentukan arah tuju perniagaan dan merangka strategi perniagaan
-dapat menyelesaikan masalah perniagaan dengan mudah

Kekurangan Sektor Kecil Perniagaan
-kekurangan sumber kewangan
-kos pengeluaran yang tinggi
-daya bersaing yang tinggi
-kurang mendapatkan tenaga kerja yang mahir

Cabaran Sektor Kecil Perniagaan
-Usaha untuk memotivasikan pekerja yang berhadap dengan bebanan kerja yang berat
-kos overhed yang tinggi
-usaha untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada atau menambahkan pelanggan baru
-masalah pelanggan yang Lambat bayar hutang
-masalah dari segi aliran tunai

Kelebihan Sektor Sederhana Perniagaan
-mudah ditubuhkan
-fleksibel
-semangat pasukan yang tinggi

Kekurangan Sektor Sederhana Perniagaan
-wujud jurang hubungan antara pekerja dan majikan
-kurang sumber untuk menyediakan latihan
-pekerja agak sukar untuk memajukan kerjaya

Cabaran Sektor Sederhana Perniagaan
-undang -undang dan peraturan kerajaan yang harus dipatuhi
-untuk meningkatkan hasil kerana perbelanjaan yang tinggi
-pengambilan pekerja mahir

Kelebihan Sektor Besar Perniagaan
-menikmati konsep ekonomi bidaan (kos seunit dapat dikurangkan melalui pengeluaran yang banyak )
-wujud pengkhususan dan dapat menguasai pasaran

Kekurangan Sektor Besar Perniagaan
-wujud jurang antara hubungan majikan dan pekerja
-komunikasi yang kurang dan salah faham mudah terjadi antara jabatan
-adanya birokrasi
-perkara menjadi lambat dan sukar diselesaikan kerana terpaksa melalui prosedur dan harus mengikut polisi
-pengaruh ekonomi dan politik memainkan peranan yang penting
-boleh mendapat kerugian yang besar

Cabaran Sektor Besar Perniagaan
-pasaran yang tidak menentu
-perniagaan perlu peka terhadap perubahan peraturan atau undang-undang
-meningkatkan keuntungan pada setiap tahun
-persaingan sengit dalam perniagaan dan untuk mengambil pekerja

Picture
0 Comments

SPM -Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan – Skala Perniagaan

5/9/2025

0 Comments

SPM -Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan – Skala Perniagaan
Pasaran Domestik

Secara amnya pasaran domestik melibatkan penawaran barang dan perkhidmatan di dalam negara.
Perniagaan yang dijalankan dalam pasaran domestik dapat membangunkan ekonomi negara dengan mewujudkan peluang pekerjaan,meningkatkan guna tenaga, mengurangkan pengangguran dan mengimbangi pendapatan rakyat tempatan.
Pasaran domestik terbahagi kepada tiga :
Skala Tempatan
Skala Negeri
Skala Kebangsaan

Skala Tempatan
Menjual barang atau perkhidmatan di tempat tertentu sahaja
Kos perniagaan yang rendah dan pasaran yang kecil.
Memerlukan tenaga buruh yang sedikit dan mudah diperolehi di persekitaran.

Skala Negeri
Menembusi pasaran yang lebih besar hingga ke peringkat daerah.
Memerlukan kos yang tinggi kerana perlu memenuhi permintaan di peringkat kawasan,daerah ,sebahagian negeri atau seluruh negeri.
Contohnya adalah :perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Skala Kebangsaan
Saiz pasaran yang lebih besar dan meliputi seluruh negara.
Perniagaan menikmati ekonomi bidangan kerana dapat menawarkan perkhidmatan dan barangan pada harga yang lebih murah dan berpatutan.
Perniagaan berskala kebangsaan dapat membeli baranag pada bilangan yang banyak dengan mendapat diskaun.

Pasaran Antarabangsa
Melibatkan penjualan produk yang merentasi sempadan negara antara pengguna -pengguna negara yang berbeza
Pasaran antarabangsa melibatkan import,eksport dan entrepot.
Perniagaan berpotensi untuk menerokai pasaran baru di luar negara dan menguasai pasaran yang lebih luas.
Perniagaan akan berjaya mengaut keuntungan yang lebih tinggi.
Terdapat dua tahao paşadan antarabangsa iaitu:
-skala zon
-skala global
Skala Zon
Merupakan perniagaan yang berskala besar
Menawarkan perkhidmatan dan barangan di kawasan-kawasan tertentu yang dikenal pasti.
Perniagaan beroperasi lebih daripada sebuah negara.
Menjalankan perniagaan dengan strategi permasaran yang berbeza-beza di setiap negara mengikuti budaya dan citarasa penduduk masing-masing

Skala Global
Pasaran yang melangkau sempadan negara
Dipermudahkan dengan bantuan internet untuk menjalankan perniagaan merentas sempadan.
Perniagaan menggunakan pelbagai teknik perniagaan dan pemasaran untuk memenuhi kehendak pengguna di pelbagai negara.
Kerajaan memberikan galakan kepada peniaga tempatan untuk menembusi pasaran global yang merentas sempadan melalui MATRADE. MATRADE memberi latihan dan bantuan kepada perniagaan yang ingin menembusi pasaran global.
Air Asia Berhad merupakan antara syarikat yang berjaya menembusi pasaran global.

Picture
0 Comments

Bab 1 – Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan- Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia

5/8/2025

0 Comments

Bab 1 – Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan- Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia
Di Malaysia sektor perniagaan dibahagikan kepada tiga iaitu:
-Sektor Utama
-Sektor Kedua
-Sektor Ketiga
Tumpuan pada sektor perniagaan yang berbeza adakan berbeza mengikut waktu di Malaysia.
Bagi memastikan Malaysia dapat berkembang secara maju dan meningkatkan daya saing kerajaan telah berusaha mengembangkan perniagaan di Malaysia yang pelbagai.
Ini termasuklah dengan memberi bantuan insentif, mewujudkan agensi-agensi kerajaan yang dapat membantu sektor perniagaan dan penyediaan program -program bercorak kemajuan perniagaan.
Ekonomi negara semakin berkembang apabila taraf hidup masyarakat di Malaysia meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Selepas Merdeka
Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian (sektor utama)
Malaysia merupakan pengeluar utama bahan mentah seperti getah dan bijih timah dan pada masa yang sama Malaysia turut banyak mengimport barangan luar.
Sebagai contoh Malaysia mengeksport bahan mentah iaitu getah tapi harus mengimport bahan siap seperti tayar dan produk daripada getah dari negara lain

Era 1990an
Tumpuan diberikan kepada sektor kedua (perkilangan)
Tujuan adalah untuk mengelakkan kebergantungan kepada barangan yang diimport
Pengusaha tempatan diberikan galakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran
Hasilnya sektor kedua menyumbang kepada eksport Malaysia

Menjelang Abad ke -21
Tumpuan beralih kepada sektor ketiga iaitu sektor perkhidmatan
Sektor Perkhidmatan merangkumi teknologi maklumat dan komunikai
Koridor Raya Multimedia atau MSC diperkenalkan bagi memperkembangkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi.
Sektor utama pula memainkan peranan dalam membekalkan bahan mentah kepada sektor perindustrian di negara kita.
Malaysia berusaha untuk mencapai maklumat menjadi negara maju pada tahun 2020 melalui konsep wawasan 2020.

Picture
0 Comments

Bab 1 – Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan- Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia

5/7/2025

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    October 2025
    September 2025
    July 2025
    May 2025

    Categories

    All
    Tiingkatan 4 Bab 1 Tujuan Perniagaan Dan Pemilikan Perniagaan
    Tingkatan 4 Bab 2 Trend Semasa Dalam Perniagaan
    Tingkatan 4 Bab 3 Penetapan Visi Misi Dan Objektif Perniagaan
    Tingkatan 4 Bab 4 SPM Perniagaan – Bahagian Bahagian Fungsian Utama Dalam Organisasi Perniagaan

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly