KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm /stpm  ekonomi 

STPM Semester 1 Ekonomi - Pengenalan – Pasaran dan cara sistem ekonomi  bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi

2/16/2025

0 Comments

 
STPM Semester 1 Ekonomi - Pengenalan – Pasaran dan cara sistem ekonomi  bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi 

Cara Sistem ekonomi bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi 

Apa dan berapa hendak dikeluarkan ? 

Berlandaskan mekanisme harga iaitu interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. 

Pengguna menentukan apa dan berapa barang  yang hendak dikeluarkan. Pihak pengeluar akan mengeluarkan barang -barang yang diminta.semakin tinggi permintaan semakin banyak barang yang dihasilkan. 

Bagaimana barang hendak dikeluarkan ? 

Pengeluar bebas membuat pilihan berkaitan teknik pengeluaran yang akan digunakan. 

Pengeluar yang rasional akan meminimumkan kos pengeluaran agar dapat memaksimumkan keuntungan bagi menjamin kecekapan ekonomi. 

Terdapat dua teknik pengeluaran iaitu teknik berintensif modal dan teknik berintensif buruh. 

Jika kos menggunakan buruh adalah lebih tinggi berbanding menggunakan modal maka teknik pengeluaran berintensifkan modal akan dipilih dan juga sebaliknya. 

Untuk siapa dikeluarkan? 

Untuk siapa dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli ( kemampuan untuk bayar) 

Agihan pendapatan bergantung kepada ganjaran faktor pengeluaran seperti upah,faedah, sewa dan untung. 

Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli yang tinggi dan dapat membeli lebih banyak barangan berbanding golongan berpendapatan rendah. 

 

Kelebihan Sistem Ekonomi Bebas 

Peranan mekanisme Harga 

Sebarang ketidakseimbangan dalam pasaran dapat diselesaikan melalui perubahan harga. 

 
Kebebasan kepada pengguna dan pengeluar  


Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan dengan harapan untuk memaksimumkan kepuasaan. 

Pengeluar bebas memilih dan memliki  faktor pengeluaran dan teknik pengeluaran sama ada berintesifkan modal atau buruh dengan harapan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. 


Daya usaha yang tinggi  

Setiap  individu bebas mendapat ganjaran pendapatan. 

Para pengeluar akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dengan cara yang paling cekap dengan  harapan agar dapat meningkatkan keuntungan.individu juga akan meningkatkan daya pengeluaran dengan harapan dapat meningkatkan upah. 

 

Kecekapan dalam pengurusan sumber  

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, faktor pengeluaran yang terhad akan digunakan secara optimum dengan cara yang paling menguntungkan. 

 

Daya  persaingan  

Dalam sistem ekonomi bebas, firma pengeluar akan bersaing antara satu sama lain. Persaingan ini akan menghasilkan inovasi dan penggunaan teknologi baharu dalam penghasilan barang. Ini akan dapat meningkatkan kepuasan pengguna dan juga taraf hidup masyarakat. 

Selain itu penggunaan teknologi yang moden turut membantu dalam perkembangan ekonomi. 

 

Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas 

Wujudnya monopoli  

Sistem ekonomi bebas akan menyebabkan wujudnya monopoli oleh firma pengeluar yang akan menyukarkan firma -firma pengeluar yang baharu untuk bersaing. Monopoli oleh pihak pengeluar ini akan menyebabkan pasaran dikuasai dan firma pengeluar akan mengenakan harga yang tinggi terhadap sesuatu barangan. 

 

Agihan pendapatan yang tidak setara  

Agihan pendapatan yang tidak setara. Terdapat jurang perbezaan yang ketara antara masyarakat. Masyarakat yang kaya akan hidup dengan serba kemewahan manakala sebahagian masyarakat akan hidup dalam kemiskinan. Keadaan ini akan menganggu keharmonian rakyat dan pembangunan ekonomi negara. 

 

Ketidakstabilan ekonomi 

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas terdapat turun naik harga barangan akibat daripada berlakunya perubahan dari segi permintaan dan pengeluaran barangan. Akibatnya keadaan ekonomi menjadi tidak stabil san berlakunya inflasi dan deflasi. 

 

Pengabaian kebajikan masyarakat  

Dalam sistem ekonomi bebas firma pengeluar lebih tertumpu dalam menghasilkan barangan yang boleh memaksimumkan keuntungan mereka. Barangan awam yang bertujuan hanya untuk kebajikan masyarakat akan dipinggirkan. Sebarang keputusan ekonomi adalah untuk mencapai keuntungan masyarakat. 

Gagal menghasilkan barangan awam 

Firma pengeluar swasta tidak menghasilkan barangan awam kerana tidak mencapai keuntungan.Barangan awam tidak mempunyai prinsip pengecualian di mana semua orang boleh menggunakannya. 

Pembaziran dari segi kewangan  

Persaingan antara firma pengeluar akan menyebabkan pembaziran berlaku dari segi kewangan apabila pelbagai jenis teknik pengiklanan digunakan bagi menarik minat pembeli membeli barangan yang dihasilkan 


Eksternaliti yang negatif  

Contoh eksternaliti yang negatif adalah pencemaran alam sekitar yang merupakan kos sosial yang terpaksa ditanggung. Eksternaliti yang negatif ini adalah kesan luaran negatif akibat firma pengeluar yang bersaing antara satu sama lain dalam penawaran produk kepada pengguna bagi memaksimumkan keuntungan hingga mengabaikan alam sekitar-sekitar sehingga berlakunya pencemaran akibat daripada sisa sisa produk yang tidak diurus dengan baik. 

Peruntukan Sumber yang salah  

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, sumber ekonomi diperuntukan oleh firma pengeluar untuk menghasilkan barangan mewah bagi golongan berpendapatan tinggi sahaja kerana bakal mendapat pulangan yang tinggi. Barang keperluan asas agak jarang dikeluarkan. Harga pasaran memainkan peranan penting dalam ekonomi pasaran bebas. 


Kerajaan perlu campur tangan dalam sistem ekonomi bebas kerana: 

Ingin menjamin kestabilan ekonomi  

Individu bebas membuat keputusan ekonomi tanpa sebarang kawalan daripada pihak kerajaan. Harga barang menjadi tidak stabil. Berlakunya inflasi apabila ekonomi melambung dan pengangguran apabila ekonomi meleset. Campur tangan kerajaan membolehkan dasar kewangan dan dasar fiskal dijalankan. 


Mengurangkan kesan eksternaliti yang negatif 

Dalam Sistem ekonomi pasaran bebas firma pengeluar amat menitik beratkan  keuntungan semata-mata hingga menjadi alpa dan lalai dalam memikirkan tanggu jawab sosial yang harus digalas bagi mengelakkan kesan eksternaliti yang negatif seperti pencemaran alam. Oleh itu kerajaan harus campur tangan bagi memastikan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan melalui penguatkuasaan undang – undang. 


Kawalan kuasa monopoli 

Firma pengeluar yang menguasai pasaran maka akan memonopoli pasaran. Firm yang memonopoli pasaran akan mengenakan harga yang tinggi bagi barangan yang dikeluarkan bagi memaksimumkan keuntungan.kebajikan pengguna akan terabai dan perlu campur tangan kerajaan. 


Menyediakan barangan awam 

Barang awam termasuklah jalan raya, sekolah , hospital  dan lain- lain lagi. Dalam sistem ekonomi bebas pihak firma pengeluar swasta tidak akan mengeluarkan barangan awam kerana tidak mendatangkan keuntungan kerana objektif utama firma pengeluar swasta adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Campur tangan pihak kerajaan dalam penghasilan barangan awam adalah amat perlu bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat. 


Agihan pendapatan yang tidak setara  

Dalam sistem ekonomi bebas jurang pendapatan adalah tidak setara. Sebahagian kecil golongan kaya akan hidup dalam keadaan serba mewah manakala golongan miskin akan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bantuan kerajaan diharap akan dapat membantu mengurangkan jurang pendapatan yang berbeza ini. Golongan kaya akan dikenakan cukai. Hasil cukai ini digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk segenap masyarakat menakala golongan miskin diberi subsidi dan bantuan. 


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    February 2025
    July 2023

    Categories

    All
    STPM Semester 1 Ekonomi Pengenalan

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly