KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm /stpm  ekonomi 

STPM Ekonomi 1 - Ciri - Ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas

2/18/2025

0 Comments

 
STPM Semester 1 Ekonomi - Ciri - Ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Sistem ekonomi pasaran bebas adalah berdasarkan sistem kapitalis atau laissez-faire.
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas pihak kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa atau peranan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi (tiada campur tangan kerajaan).
Penyelesaian masalah ekonomi asas diselesaikan oleh pihak swasta dan individu
Amerika Syarikat mengamalkan sistem ekonomi bebas..

Ciri – ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Sistem pemilikan
Faktor pengeluaran semuanya dimiliki oleh individu atau pihak swasta. Individu atau pihak swasta berkuasa penuh dalam memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran bagi memenuhi matlamat masing – masing

Sistem insentif
Insentif kepada individu/ pihak swasta/pengeluar untuk merebut kekayaan tanpa batasan atau sekatan daripada pihak kerajaan.Maka mereka akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencapai kekayaan.
Mereka turut bebas memiliki harta persendirian.
Para pengeluar bebas mencari kekayaaan maksimum maka persaingan akan berlaku antara pengeluar untuk mendapatkan pasaran.

Membuat keputusan untuk peruntukan sumber
Pengguna mempunyai kuasa menentukan barang yang akan dihasilkan
Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan permintaan pengguna. Corak peruntukan sumber bergantung kepada corak permintaan pengguna.
Mekanisme harga menentukan peruntukan sumber iaitu kuasa penawaran dan permintaan di pasaran.
Membuat keputusan dalam pengagihan pendapatan
Dalam sistem ekonomi bebas pengagihan pendapatan adalah tidak setara.
Agihan pendapatan ditentukan berdasarkan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki.
Semakin banyak faktor pengeluaran yang dimiliki ( tanah,modal, buruh dan usahawan) maka semakin banyak pendapatan individual.


Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    February 2025
    July 2023

    Categories

    All
    STPM Semester 1 Ekonomi Pengenalan

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly