SPM Semester 1 Ekonomi – Pengenalan – Keluk Kemungkinan Pengeluaran dengan Pengangguran, Pertumbuhan Ekonomi dan Agihan Pendapatan
Konsep pengangguran Titik yang terdapat pada keluk kemungkinan pengeluaran merupakan titik di mana kombinasi pengeluaran yang cekap. Titik yang terdapat dalam keluk kemungkinan pengeluaran merupakan titik kombinasi pengeluaran yang kurang cekap. Wujudnya sumber ekonomi yang tidak digunakan secara secukupnya. Wujudnya masalah seperti pembaziran sumber ekonomi dan juga pengangguran. Pada titik E terdapat penggunaan buruh yang tidak sepenuhnya yang menyebabkan pengangguran dan penggunaan sumber ekonomi yang tidak menyeluruh. Maka dalam isu ini pengeluar boleh menambahkan pengeluaran dengan menggunakan sumber ekonomi yang masih ada tanpa perlu mengurangkan pengeluaran barang yang lain atau menggurangkan penggunaan sumber ekonomi atau mengurangkan pengambilan pekerja dalam menghasilkan barang yang lain. Maksudnya jika pengeluar ingin mengeluarkan barang pada titik C dari titik E maka pengeluar tidak perlu menggurangkan pengeluaran barang Y Pertumbuhan Ekonomi Titik F melambangkan pengeluaran yang tidak mungkin dicapai. Titik F merupakan titik yang terletak diluar kawasan keluk kemungkinan pengeluaran. Jika ingin mencapai pengeluaran pada titik F maka perlu adanya kemajuan atau peningkatan dalam sektor teknologi dan penambahan sumber ekonomi atau penambahan penggunaan sumber buruh. Keadaan ini akan meyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke arah kanan. Keadaan ini melambangkan pertumbuhan ekonomi. Agihan Barang Keluk kemungkinan pengeluaran turut mempamerkan agihan barang.Pada titik A hanya berang Y dikeluarkan. Kesemua sumber ekonomi digunakan untuk menghasilkan barang Y. Pada titik D hanya barang X dikeluarkan kerana semua sumber ekonomi hanya mampu digunakan untuk menghasilkan barang X.
0 Comments
STPM Semester 1 Ekonomi – Pengenalan -Sistem ekonomi
Apakah itu sistem ekonomi? Sistem ekonomi merupakan satu gabungan peraturan tertentu yang diamalkan oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan juga sektor kerajaan dalam suatu sistem ekonomi. Wujudnya empat sistem ekonomi iaitu: · Sistem ekonomi pasaran bebas · Sistem ekonomi perancangan pusat · Sistem ekonomi campuran · Sistem ekonomi Islam Keempat – empat sistem ini dapat dibezakan melalui § Sistem pemilikan § Sistem insentif § Sistem peruntukan sumber dan agihan pendapatan STPM Semester 1 Ekonomi - Ciri - Ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
Sistem ekonomi pasaran bebas adalah berdasarkan sistem kapitalis atau laissez-faire. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas pihak kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa atau peranan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi (tiada campur tangan kerajaan). Penyelesaian masalah ekonomi asas diselesaikan oleh pihak swasta dan individu Amerika Syarikat mengamalkan sistem ekonomi bebas.. Ciri – ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Sistem pemilikan Faktor pengeluaran semuanya dimiliki oleh individu atau pihak swasta. Individu atau pihak swasta berkuasa penuh dalam memiliki dan menggunakan faktor pengeluaran bagi memenuhi matlamat masing – masing Sistem insentif Insentif kepada individu/ pihak swasta/pengeluar untuk merebut kekayaan tanpa batasan atau sekatan daripada pihak kerajaan.Maka mereka akan berusaha bersungguh – sungguh untuk mencapai kekayaan. Mereka turut bebas memiliki harta persendirian. Para pengeluar bebas mencari kekayaaan maksimum maka persaingan akan berlaku antara pengeluar untuk mendapatkan pasaran. Membuat keputusan untuk peruntukan sumber Pengguna mempunyai kuasa menentukan barang yang akan dihasilkan Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan permintaan pengguna. Corak peruntukan sumber bergantung kepada corak permintaan pengguna. Mekanisme harga menentukan peruntukan sumber iaitu kuasa penawaran dan permintaan di pasaran. Membuat keputusan dalam pengagihan pendapatan Dalam sistem ekonomi bebas pengagihan pendapatan adalah tidak setara. Agihan pendapatan ditentukan berdasarkan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki. Semakin banyak faktor pengeluaran yang dimiliki ( tanah,modal, buruh dan usahawan) maka semakin banyak pendapatan individual. STPM Semester 1 - Ciri -Ciri Sistem Eknoomi Perancangan Pusat
Sistem ekonomi perancangan pusat turut dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis atau sistem ekonomi arahan pusat. Sistem ekonomi perancangan pusat ini diamalkan oleh negara komunis. Dalam sistem ekonomi perancangan pusat ini hanya kerajaan terlibat dalam penyelesaian masalah asas ekonomi. Kerajaan berkuasa mutlak menentukan keputusan dan kegiatan ekonomi. Ciri – Ciri Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem pemilikan Hanya kerajaan / negara/ pihak berkuasa mempunyai kuasa mutlak terhadap faktor pengeluaran dalam menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan tanpa campur tangan pihak ketiga. Sistem insentif Tujuan utama sesuatu barang atau perkhidmatan diberikan adalah untuk memaksimumkan kebajikan rakyat dan tidak fokus kepada memaksimumkan kekayaaan atau keuntungan.kurangnya insentif dan daya usaha insividu / pengeluar swasta untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Membuat keputusan dalam peruntukan sumber Badan perancangan pusat yang bertindak dalam membuat keputusan berkaitan dengan peruntukan sumber . Badan perancangan pusat bersifat birokratik. Hanya pemerintah dan pihak kerajaan berkuasa dalam membuat keputusan. Badan perancangan pusat berkuasa dalam mengawal peruntukan sumber ekonomi dan agihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat. Badan perancangan pusat akan menentukan apa, berapa, bagaimana dan itu k siapa barangan dikeluarkan. Agihan pendapatan Agihan pendapatan adalah secara setara.Agihan pendapatan adalah secara adil dan saksama. Sistem catuan dan kupon turut diperkenalkan. STPM Semester 1 Ekonomi - Pengenalan - Ciri- Ciri Sistem ekonomi campuran
Sistem ekonomi campuran menggabungkan sistem ekonomi bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. Penyelesaian masalah ekonomi dilakukan bersama – sama antara kerajaan dan pihak swasta. Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran. Sistem ekonomi campuran bermula daripada kelemahan sistem ekonomi bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. Ciri – ciri sistem ekonomi campuran Sistem pemilikan Dalam sistem ekonomi campuran terdapatnya pemilikan awam (pihak swasta) san pemilikan kerajaan Kebebasan pada individu dan pihak swasta untuk memiliki harta persendirian danm faktor pengeluaran.Namun terdapat sumber yang hanya boleh dimiliki oleh pihak kerajaan bagi mengeluarkan baranagan awam. Sistem insentif Individu dibenarkan untuk mencari memperolehi dan memiliki harta persendirian. Pihak swasta dibenarkan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan dengan harapan agar dapat memaksimumkan keuntungan. Mak wujudnya inisiatif dan usaha dan saing yang tinggi. Pihak kerajaan menggunakan sumber ekonomi bagi memaksimumkan kebajikan kepada masyarakat. Sistem membuat keputusan dalam peruntukan sumber Keputusan dibuat oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Pihak swasta Bertindak berdasarkan keputusan umtuk memaksimumkan keuntungan melalui mekanisme harga. Kerajaan akan mengeluarkan barangan dengan harapan dapat menghasilkan barang awam yang tidak dapat dihasilkan oleh pihak swasta dengan tujuan untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Pihak swasta dan kerajaan bersama – sama memainkan peranan penting dalam peruntukan sumber ekonomi. Dalam mekanisme harga pihak pengeluar / swasta akan mengeluarkan barang berdasarkan permintaan pengguna.(berdasarkan kuasa penawaran dan permintaan). Kerajaan mengawal kelemahan mekanisme harga melalui penawaran barangan awam dan Menggubal undang – undang untuk mengawal mekanisme harga. Agihan pendapatan Agihan pendapatan adalah lebih setara. Wujudnya sistem cukai yang dikenakan ke atas golongan berpendapatan tinggi yang lebih tinggi. Semua rakyat mendapat agihan barangan awam agar dapat menjamin kebajikan rakyat Sesetengah barangan akan diberi secara percuma mendapat subsidi daripada kerajaan. STPM Semester 1 Ekonomi -Pengenalan -Ciri – ciri sistem ekonomi Islam
Sistem pemilikan Sumber ekonomi adalah milik Allah SWT. Individu adalah pemegang amanah untuk menguruskan sumber ekonomi demi kebaikan manusia sejagat. Individu dan pihak swasta bebas memiliki harta dan sumber ekonomi melainkan ia bertentangan dengan syariat Islam. Pihak kerajaan memliki sumber ekonomi untuk menghasilkan barangan awam. Sistem insentif Kegiatan ekonomi berunsurkan untuk mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan si dunia dan akhirat.Kegiatan ekonomi dianggap ibadah untuk hari akhirat kelak. Kegiatan ekonomi dan keuntungan daripada kegiatan ekonomi dibenarkan dengan alasan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Peruntukan sumber Pihak swasta membuat keputusan ekonomi berasakan mekanisme harga yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kerajaan akan mengeluarkan barangan awam yang tidak dapat atau tidak amali dikeluarkan aru tidak dikeluarkan oleh pihak swasta. Peruntukan sumber dilakukan oleh pihak swasta dan kerajaan berlandaskan syariat Islam. Mekanisme harga mempengaruhi peruntukan sumber. Corak permintaan pengguna mempengaruhi corak pengeluaran barang dan peruntukan sumber ekonomi. Bagi menjaga kebajikan masyarakat kerajaan akan mengawal kelemahan mekanisme harga melalui undang – undang dan peraturan. Agihan pendapatan Harta dan kekayaan perlu diagihkan secara adil. Zakat bagi golongan kaya untuk membersihkan harta mereka Zakat ini akan diberikan kepada golongan miskin bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin Sistem Ekonomi di Malaysia Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran Pihak kerajaan dan pihak swasta bersama – sama menjalankan kegiatan ekonomi dalam usaha untuk memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan kebajikan masyarakat. Unsur – unsur ekonomi Islam turut diperkenalkan melalui perbankan Islam. Sistem zakat dan pajak gadai Islam serta lain –lain lagi. STPM Semester 1 Ekonomi – Pengenalan -Ciri – ciri sistem ekonomi Malaysia
Sumber ekonomi dimiliki oleh pihak swasta dan pihak kerajaan.Pihak swasta bebas menggunakan sumber ekonomi bagi menghasilkan barangan swasta manakala ishak kerajaan memiliki sesetengah sumber ekonomi bagi menghasilkan barangan awam. Keputusan ekonomi dibuat oleh pihak kerajaan dan swasta.Pihak kerajaan akan memperkenalkan dasar kawalan harga bagi barang- barang perlu manakala pihak swasta bebas menentukan harga barangan dan perkhidmatan melalui dasar mekanisme harga. Pihak kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga tidak berjaya dalam menjamin kecekapan ekonomi. Campur tangan kerajaan juga ada dalam memastikan setiap urusan ekonomi berlandaskan syariat Islam melalui zakat,perbankan Islam dan pajak gadai Islam Kerajaan juga berusaha memastikan kesejahteraan rakyat terbela melalui pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan kesihatan, pendidikan dan lain -lain lagi. Tujuan campur tangan kerajaan adalah untuk memastikan : -kecekapan pengurusan sumber ekonomi. -kawalan kestabilan ekonomi -pengagihan pendapatan yang lebih setara -menjamin pertumbuhan ekonomi - menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Bentuk campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi di Malaysia -memperkenalkan sistem cukai dan subsidi -dasar kewangan dan dasar fiskal -pemilikan kerajaan -Penguatkuasaan undang – undang STPM Semester 1 Ekonomi - Pengenalan – Pasaran dan cara sistem ekonomi bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi
Cara Sistem ekonomi bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi Apa dan berapa hendak dikeluarkan ? Berlandaskan mekanisme harga iaitu interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Pengguna menentukan apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan. Pihak pengeluar akan mengeluarkan barang -barang yang diminta.semakin tinggi permintaan semakin banyak barang yang dihasilkan. Bagaimana barang hendak dikeluarkan ? Pengeluar bebas membuat pilihan berkaitan teknik pengeluaran yang akan digunakan. Pengeluar yang rasional akan meminimumkan kos pengeluaran agar dapat memaksimumkan keuntungan bagi menjamin kecekapan ekonomi. Terdapat dua teknik pengeluaran iaitu teknik berintensif modal dan teknik berintensif buruh. Jika kos menggunakan buruh adalah lebih tinggi berbanding menggunakan modal maka teknik pengeluaran berintensifkan modal akan dipilih dan juga sebaliknya. Untuk siapa dikeluarkan? Untuk siapa dikeluarkan bergantung kepada agihan pendapatan dan kuasa beli ( kemampuan untuk bayar) Agihan pendapatan bergantung kepada ganjaran faktor pengeluaran seperti upah,faedah, sewa dan untung. Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli yang tinggi dan dapat membeli lebih banyak barangan berbanding golongan berpendapatan rendah. Kelebihan Sistem Ekonomi Bebas Peranan mekanisme Harga Sebarang ketidakseimbangan dalam pasaran dapat diselesaikan melalui perubahan harga. Kebebasan kepada pengguna dan pengeluar Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan dengan harapan untuk memaksimumkan kepuasaan. Pengeluar bebas memilih dan memliki faktor pengeluaran dan teknik pengeluaran sama ada berintesifkan modal atau buruh dengan harapan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. Daya usaha yang tinggi Setiap individu bebas mendapat ganjaran pendapatan. Para pengeluar akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dengan cara yang paling cekap dengan harapan agar dapat meningkatkan keuntungan.individu juga akan meningkatkan daya pengeluaran dengan harapan dapat meningkatkan upah. Kecekapan dalam pengurusan sumber Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, faktor pengeluaran yang terhad akan digunakan secara optimum dengan cara yang paling menguntungkan. Daya persaingan Dalam sistem ekonomi bebas, firma pengeluar akan bersaing antara satu sama lain. Persaingan ini akan menghasilkan inovasi dan penggunaan teknologi baharu dalam penghasilan barang. Ini akan dapat meningkatkan kepuasan pengguna dan juga taraf hidup masyarakat. Selain itu penggunaan teknologi yang moden turut membantu dalam perkembangan ekonomi. Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas Wujudnya monopoli Sistem ekonomi bebas akan menyebabkan wujudnya monopoli oleh firma pengeluar yang akan menyukarkan firma -firma pengeluar yang baharu untuk bersaing. Monopoli oleh pihak pengeluar ini akan menyebabkan pasaran dikuasai dan firma pengeluar akan mengenakan harga yang tinggi terhadap sesuatu barangan. Agihan pendapatan yang tidak setara Agihan pendapatan yang tidak setara. Terdapat jurang perbezaan yang ketara antara masyarakat. Masyarakat yang kaya akan hidup dengan serba kemewahan manakala sebahagian masyarakat akan hidup dalam kemiskinan. Keadaan ini akan menganggu keharmonian rakyat dan pembangunan ekonomi negara. Ketidakstabilan ekonomi Dalam sistem ekonomi pasaran bebas terdapat turun naik harga barangan akibat daripada berlakunya perubahan dari segi permintaan dan pengeluaran barangan. Akibatnya keadaan ekonomi menjadi tidak stabil san berlakunya inflasi dan deflasi. Pengabaian kebajikan masyarakat Dalam sistem ekonomi bebas firma pengeluar lebih tertumpu dalam menghasilkan barangan yang boleh memaksimumkan keuntungan mereka. Barangan awam yang bertujuan hanya untuk kebajikan masyarakat akan dipinggirkan. Sebarang keputusan ekonomi adalah untuk mencapai keuntungan masyarakat. Gagal menghasilkan barangan awam Firma pengeluar swasta tidak menghasilkan barangan awam kerana tidak mencapai keuntungan.Barangan awam tidak mempunyai prinsip pengecualian di mana semua orang boleh menggunakannya. Pembaziran dari segi kewangan Persaingan antara firma pengeluar akan menyebabkan pembaziran berlaku dari segi kewangan apabila pelbagai jenis teknik pengiklanan digunakan bagi menarik minat pembeli membeli barangan yang dihasilkan Eksternaliti yang negatif Contoh eksternaliti yang negatif adalah pencemaran alam sekitar yang merupakan kos sosial yang terpaksa ditanggung. Eksternaliti yang negatif ini adalah kesan luaran negatif akibat firma pengeluar yang bersaing antara satu sama lain dalam penawaran produk kepada pengguna bagi memaksimumkan keuntungan hingga mengabaikan alam sekitar-sekitar sehingga berlakunya pencemaran akibat daripada sisa sisa produk yang tidak diurus dengan baik. Peruntukan Sumber yang salah Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, sumber ekonomi diperuntukan oleh firma pengeluar untuk menghasilkan barangan mewah bagi golongan berpendapatan tinggi sahaja kerana bakal mendapat pulangan yang tinggi. Barang keperluan asas agak jarang dikeluarkan. Harga pasaran memainkan peranan penting dalam ekonomi pasaran bebas. Kerajaan perlu campur tangan dalam sistem ekonomi bebas kerana: Ingin menjamin kestabilan ekonomi Individu bebas membuat keputusan ekonomi tanpa sebarang kawalan daripada pihak kerajaan. Harga barang menjadi tidak stabil. Berlakunya inflasi apabila ekonomi melambung dan pengangguran apabila ekonomi meleset. Campur tangan kerajaan membolehkan dasar kewangan dan dasar fiskal dijalankan. Mengurangkan kesan eksternaliti yang negatif Dalam Sistem ekonomi pasaran bebas firma pengeluar amat menitik beratkan keuntungan semata-mata hingga menjadi alpa dan lalai dalam memikirkan tanggu jawab sosial yang harus digalas bagi mengelakkan kesan eksternaliti yang negatif seperti pencemaran alam. Oleh itu kerajaan harus campur tangan bagi memastikan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan melalui penguatkuasaan undang – undang. Kawalan kuasa monopoli Firma pengeluar yang menguasai pasaran maka akan memonopoli pasaran. Firm yang memonopoli pasaran akan mengenakan harga yang tinggi bagi barangan yang dikeluarkan bagi memaksimumkan keuntungan.kebajikan pengguna akan terabai dan perlu campur tangan kerajaan. Menyediakan barangan awam Barang awam termasuklah jalan raya, sekolah , hospital dan lain- lain lagi. Dalam sistem ekonomi bebas pihak firma pengeluar swasta tidak akan mengeluarkan barangan awam kerana tidak mendatangkan keuntungan kerana objektif utama firma pengeluar swasta adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Campur tangan pihak kerajaan dalam penghasilan barangan awam adalah amat perlu bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat. Agihan pendapatan yang tidak setara Dalam sistem ekonomi bebas jurang pendapatan adalah tidak setara. Sebahagian kecil golongan kaya akan hidup dalam keadaan serba mewah manakala golongan miskin akan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bantuan kerajaan diharap akan dapat membantu mengurangkan jurang pendapatan yang berbeza ini. Golongan kaya akan dikenakan cukai. Hasil cukai ini digunakan untuk menyediakan kemudahan untuk segenap masyarakat menakala golongan miskin diberi subsidi dan bantuan. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |
Proudly powered by Weebly