SPM- Usaha Ke Arah Kemerderkaan - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Ketegangan hubungan antara kaum semakin memuncak selepas Perang Dunia Kedua sehingga menimbulkan kesedaran kepada pemimpin British dan kaum tentang kepentingan perpaduan. Kemerdekaan hanya akan diberikan oleh British jika kerjasama antara kaum Cina, India dan Melayu dapat diwujudkan. Bagi mencapai kestabilan ekonomi,sosial dan politik dalam usaha mencapai kerajaan sendiri perundingan antara pemimpin kaum telah diasakan. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Ditubuhkan pada Januari 1949. Perhimpunan pemimpin utama yang mewakili masyarakat berbilang kaum. “kesaksamaan dan Keadilan umtuk Penduduk Tanah Melayu”merupakan moto utama. Objektif Kajian hubungan kaum secara mendalam. Memperbaiki kedudukan ekonomi,sosial dan politik bagi memastikan wujudnya pembahagian yang adil bagi segenap komuniti. Mewujudkan keharmonian dan semangat muhibah di kalangan penduduk. Keanggotaan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Pengerusi (wakil orang Ceylon) E.E.C Thuraisingham Penasihat (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara) Malcom Macdonald Wakil Orang Melayu Dato Onn Jaafar (Menteri Besar Johor / Presiden UMNO) Dr Mustapha Osman (ahli Jawatankuasa Kerja UMNO) Zainal Abidin Haji Abbas (Setiausaha Agung UMNO) Dato Abdul Wahab Abdul Aziz Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak) Mohd Salleh Hakim (Ahli Majlis Perundangan Negeri Selangor) Wakil Cina Yong Shook Lin (Selangor) C.C Tan ( Singapura) Tan Cheng Lock (Melaka) Lee Tiang Keng (Pulau Pinang) Ahli – Ahli Lain Roland Bradell (wakil orang Eropah) L.R Doraisamy Iyer ( wakil kaum India) Dr J.S Goonting (wakil kaum serani) Kepentingan: Membina bangsa dan negara Membawa negara ke arah kemerdekaan Meningkatkan kesedaran ke arah kerjasama politik antara kaum Memberi kesedaran tentang pentingnya berkongsi kepentingam dan membentuk hala tuju yang sama. Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Isu politik Kesediaan ke arah berkerajaan sendiri Penyelesaian Cadangan ke arah berkerajaan sendiri dengan memberi pengalaman melalui pilihan raya kepada penduduk Tanah Melayu secara berperingkat. Kesan ke arah perpaduan kaum Wujudnya pilihan raya pada pelbagai peringkat seperti: Majlis Bandaran Majlis Negeri Majlis Perundangan Persekutuan Isu kedudukan istimewa orang Melayu Orang Melayu menuntut agar kedudukan mereka sebagai penduduk asal di rantau ini diakui. Penyelesaian Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui kerana menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf Tanah Melayu ini satu-satunya tanah air mereka . Kesan ke arah perpaduan kaum Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain dilindungi Isu Kedudukan Ekonomi Orang Melayu Orang Melayu tidak mempunyai peluang dan yang sama dengan orang bukan Melayu dalam bidang perusahaan dan perniagaan Penyelesaian Mencadangkan penubuhan agensi untuk membantu pendidikan dan ekonomi orang Melayu Kesan Ke arah Perpaduan Kaum Lembaga Pembangunan Desa ditubuhkan (RIDA) Dato Onn Jaafar berpendapat bahawa bantuan kemajuan luar bandar dan bantuan ekonomi adalah wajar kerana orang Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada orang Bukan Melayu. Isu Kewarganegaraan Bukan Melayu Orang Melayu agak tegas dalam isu pemberian kewarganegaraan terhadap orang Bukan Melayu. Penyelesaian Bersetuju pemberian kewarganegaraan diberikan kepada orang bukan Melayu bagi memupuk kesetiaan kepada Tanah Melayu dan menjalin kerjasama dan kepentingan antara kaum. Kesan ke arah Perpaduan Kaum Memberi kedudukan politik kepada orang bukan Melayu melalui pemberian kewarganegaraan. Mewujudkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara Isu Pendidikan Sistem pembelajaran yang berbeza mengikut kaum. Menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran hang berbeza berteraskan kaum. Penyelesaian Kesetiaan dan perpaduan hanya akan dicapai melalui pembentukan sistem pelajar dan yang seragam. Kesan ke arah Perpaduan Kaum Mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan bagi mengkaji sistem pendidikan dan melahirkan sistem pendidikan yang seragam yang diterima oleh semua kaum.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|