KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Pendidikan Kebangsaan

3/13/2025

0 Comments

 
SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Pendidikan Kebangsaan
Di Tanah Melayu terdapat sekolah aliran agama, aliran Inggeris,sekolah vernakular Melayu, Cina dan India.
Di sabah dan Sarawak terdapat sekolah aliran mubaligh kristian, vernakular Melayu dan Cina.
Sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial semakin ketara dengan adanya sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang berbeza-beza.

Laporan Barnes 1951
L.J Barnes mempengerusikan Jawatankuasa Pelajaran Melayu.
Fokus terhadap kepentingan sekolah rendah bagi membina satu rupa bangsa yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal kekal dan menumpukan taat setia.
Kandungan Laporan Barnes 1951
Sekolah rendah menggunakan sebagai bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Laporan Fenn Wu 1951
Diterbitkan atas bantahan ke atas Laporan Barnes
Kajian terhadap pendidikan Cina.
Cadangan penambahbaikan pendidikan Cina kerana memberi faedah kepada penduduk Tanah Melayu.

Kandungan Laporan Fenn Wu 1951
Sekolah Cina diteruskan secara berasingan tetapi berdasarkan sistem kebangsaan
Pendidikan sekolah Cina berorientasikan Tanah Melayu

Ordinan Pelajaran 1952
Diluluskan selepas penelitian Laporan Fenn Wu 1951 dan Laporan Barnes 1951 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran.
Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutjan dibentuk.
Satu sistem berorientasikan Tanah Melayu diperkenalkan dengan semua murid pelbagai kaum disatukan.

Kandungan Ordinan Pelajaran 1952
Terdapat dua jenis sekolah di Tanah Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Cina dan Tamil hanya akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat 15 murid dalam kumpulan yang sama di sekolah rendah.
Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar di sekolah menengah.

Laporan Woodheard di Sarawak dan Sabah 1955
Perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak dipantau oleh E.W Woodhead.
Beliau turut memberi cadangan terhadap pendidikan di Sabah dan Sarawak.

Cadangan Woodhead merangkumi:
Pemerkasaan pendidikan rendah dan menegah
Penekanan terhadap penguasaan bahasa Inggeris
Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur

Sistem Pendidikan Kebangsaan di Sarawak
Mewujudkan sekolah menegah berbilang kaum dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Seragamkan sukatan pelajaran dan pendidikan
Buku teks berlatarbelakangkan unsur tempatan
Pengajaran pendidikan sivik secara formal di sekolah
Mewujudkan semangat kekitaan dan taat setia kepada Sarawak.

Pendidikan Kebangsaan di Sabah
Meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina.
Bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris di sekolah Melayu.
Peperiksaan sekolah Menengah diadakan dalam bahasa Inggeris.
Menyeragamkan pendidikan sekolah rendah dan menegah serta kurikulum.
Matlamat adalah untuk melahirkan semangat kebersamaan di kalangan kaum di Sabah.
Ordinan Pelajaran Koloni diperkenalkan pada 1956 dengan tujuan untuk meneruskan rancangan Woodhead dalam usaha menyeragamkan peperiksaan dan kurikulum sekolah rendah dan menengah.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.
Tujuan:
Mengkaji sistem pendidikan sedia ada dan memberi idea berkaitan tentang sistem pendidikan yang baharu.
Sistem pendidikan yang baharu harus menerapkan unsur – unsur integrasi dan perpaduan kaum.
Ini dapat dicapai melalui;
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak yang berlainan bangsa
Kandungan kurikulum yang bersifat kebangsaan dan seragam.

Cadangan Jawatankuasa Penyata Pelajaran 1956:
Sekolah (umum) rendah menggunakan bahasa Melayu.
Sekolah Jenis( umum) Rendah menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina.
Semua sekolah rendah dan menegah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib
Sekolah menengah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi salah satu mata pelajaran.



Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly