SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan – Sistem Ahli
British mengamalkan dasar dekolonisasi Ia adalah langkah yang untuk mewujudkan kerajaan sendiri secara beransur – ansur kepada tanah jajahannya selepas Peramh Dunia Kedua. Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dan disebabkan oleh kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan maka Dato Onn Jaafar telah menyarankan agar peluang pentadbiran dibuka kepada wakil tempatan. Pembentukan Sistem Ahli Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1951 mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli. Sistem Ahli melantik penduduk tempatan menerajui Persekutuan Tanah Melayu. Berdasarkan Sistem Ahli latihan diberikan kepada penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu Sebelum pilihan raya MPP (Majlis Perundangan Persekutuan) diadakan pada bulan Julai 1955 Sistem Ahli telah dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955. Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Rombakan Sistem Ahli pada tahun 1954. Portfolio baru diperkenalkan dan dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang merupakan anggota MPP. Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British iaitu Hal Ehwal Ekonomi,Perindustrian dan Perhubungan Sosial dan Perumahan dan Kerja Raya. Ciri- Ciri Sistem Ahli Bertaraf menteri Menjaga portfolio terdiri daripada agensi kerajaan dan jabatan kerajaan Persuruhjaya Tinggi British melantik Ahli dengan persetujuan Majlis Raja – Raja Ahli diletakkan di bawah kuasa Persuruhjaya Tinggi British Ahli mempunyai tanggungjawab dalam mencadangkan undang – undang yang akan dibentangkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sistem Ahli adalah sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada tokoh masyarakat dan pegawai tadbir. Keanggotaan Sistem Ahli Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan Tunku Yakub Ibni Sultan Abd. Hamid Ahli Pertanian dan Perhutanan Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan H.S Lee Ahli Pengangkutan Dr. ismail Abdul Rahman Ahli Hasil Bumi Dato’ Nik Ahmad Kamil Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar Kepentingan Sistem Ahli Ke Arah Kemerdekaan Memastikan kemerdekaan mendapat sokongan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu Memupuk perpaduan kerana ahli – ahli terdiri daripada pemimpin pelbagai bangsa. Memberikan pendedahan dan pembelajaran berkaitan cara mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan. Merupakan asas melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|