SPM – Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Penubuhan Parti Politik
Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Ditubuhkan pada Oktober 1945 Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad , Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam Menekankan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum Mewujudkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu Berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan Melayu Raya Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Ditubuhkan pada 1946. Dipimpin oleh Haji Abdillah, Abang Haji Openg, Abang Haji Zaini dan Datu Patinggi Abang Merupakan penjenamaan semula Parti Melayu Sarawak (PMS) yang diharamkan semasa Jepun menduduki Sarawak Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan terhadap Sarawak Menentang penyerahan Sarawak kepada British Angkatan Pemuda Insaf (API) Ditubuhkan pada Februari 1946 Dipimpin oleh Ahmad Boestamam Mengembleng tenaga pemuda sebagai penggerak kepada perubahan politik Slogan yang digunakan adalah “Merdeka Dengan Darah”bagi memperjuangkan kemerdekaan Pergerakan Pemuda Melayu Ditubuhkan pada Mac 1946 Dipimpin oleh :Awang Rambli,Rosli Dhoby,Morshidi Sidek dan Mohamad Sirat Yaman Menuntut kemerdekaan Sarawak dan menentang penyerahan Sarawak kepada British United Malays National Organization (UMNO) Ditubuhkan pada Mei 1946 Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Bertujuan untuk menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain bagi mencapai kemerdekaan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Ditubuhkan pada Jun 1946 Dipimpin oleh Zakaria Gunn dan Tengku Noordin Menuntut kemerdekaan Sabah daripada British Ingin meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi Sabah Malayan India Congress (MIC) Ditubuhkan pada Ogos 1946 Di bawah pimpinan John Thivy dan K.L Devasar Memelihara kepentingan kaum India di Tanah Melayu Memperjuangkan kemajuan politik dengan semua kaum Barisan Pemuda (BARIP) Ditubuhkan pada Disember 1946 di Labuan dan Jesselton Dipimpin oleh Mandur Syariff, Pengiran Ahmad dan Imam Suhaili Yaakub Tujuan adalah untuk menuntut keadilan daripada pentadbiran British, mempsrbaili ekonomi dan politik dan menyatukan anak negeri. Barisan Pemuda Sarawak (BPS) Ditubuhkan pada Jun 1947 Dipimpin oleh Ahmad Zaidi Adeuce dan Abang Mohd Kassim Taha Memperjuangkan keinginan masyarakat bumiputera untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyerahan Sarawak kepada British Malaya Chinese Association (MCA) Ditubuhkan pada Februari 1949 Dipimpin oleh H.S Lee, Yong Shook Lin dan Tan Cheng Lock. Bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina dan bekerjasama dalam menentang ancaman komunis di Tanah Melayu. Independence of Malayan Party (IMP) Ditubuhkan pada September 1951 Dipimpin oleh Dato Onn bin Jaafar dan Tan Cheng Lock Berusaha untuk menyatukan rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di Tanah Melayu Berpendapat asas kerjasama antara kaum adalah penting bagi mencapai kemerdekaan Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS) Ditubuhkan pada November 1951 Dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dan Haji Ahmad Fuad Hassan Ingin menyatukan pentadbiran Islam di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu People Progressive Party (PPP) Ditubuhkan pada Januari 1953 Dipimpin oleh Dr S kanapathippilai dan Dr Seenivasagam Memperjuangkan keadilan sosio-ekonomi melalui demokrasi berparlimen dan memperjuangkan hak yang sama bagi semua kaum Parti Negara Ditubuhkan pada Februari 1954 Dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Dato Hamzah Abdullah, Heah akok Seong, P Ramani dan E.E.C Thuraisingam Membentuk parti bagi semua rakyat dalam usaha penubuhan Tanah Melayu dan menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|