SPM- Usaha Ke Arah Kemerdekaan - Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Kesatuan Melayu Muda (1938) Memperjuangkan konsep Melayu Raya sebagai asas kemerdekaan Penyatuan dunia Melayu dan bangsa Melayu melalui persamaan dari segi bahasa,kebudayaan, darah dan daerah bagi membentuk rumpun Melayu adalah idea Kesatuan Melayu Muda Setelah Kesatuan Melayu Muda diharamkan idea Melayu Raya diteruskan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) Dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Dr Buharnuddin Al Helmi. Berusaha mewujudkan semangat kebangsaan dan menjalin hubungan dengan kaum lain bagi mencapai perpaduan. Memperjuangkan konsep kemerdekaan dengan slogan Merdeka dan melalui konsep Melayu Raya Mendaulatkan hak rakyat dalam kebudayaan, ekonomi,sosial,politik dan agama Angkatan Pemuda Insaf (1946) Menekankan kepada pemerintahan demokrasi, keadilan sosial dan dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat. Risalah Testament Politik API dan slogan”Merdeka Dengan Darah” merupakan satu bentuk perjuangan bangsa dan tanah air secara lembut dan terbuka tetapi kekerasan boleh digunakan jika keadaan memaksa. Angkatan Pemuda Insaf (1946) diharamkan oleh pihak British kerana imej radikal yang cuba dipamerkan. Parti Kebangsaan Melayu Sarawak Menentang penyerahan Sarawak kepada British Inginkan kemerdekaan Sarawak di bawah pemerintahan British Menuntut berkerajaan sendiri seperti dalam perlembagaan 1941 yang dijanjikan oleh Raja Brooke. Pergerakan Pemuda Melayu (1946) Sanggup berkorban demi mencapai kemerdekaan penuh Sarawak Mewujudkan pakatan yang digelar Rukun 13 yang membunuh gabenor.. Pegawai British dan Datu Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Mempunyai semangat kebencian terhadap penjajah. Catatan “Merdeka” pada surat – menyurat PPM dengan jelas menggambarkan hasrat PPM ingin mencapai kemerdekaan. United Malays National Organisation (UMNO)(1946) Diketuai oleh Dato Onn Jaafar Bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu,mempertahankan hak orang Melayu dan Kedudukan istimewa orang Melayu Terkenal dengan slogan “hidup Melayu” bagi menentang Malayan Union dengan mengekalkan status quo hak orang Melayu dan kedudukan Raja – Raja Melayu Pada tahun 1951 slogan “Merdeka digunakan bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan. Parti Kebangsaan Melayu Labuan (1946) Berada di bawah pimpinan Tengku Noordin dan Zakaria Gunn. Dalam penulisan surat Zakaria Gunn sering menekankan slogan “hidup Melayu Merdeka” yang membuktikan bahawa Zakaria Gunn menekankan kepentingan semangat kebangsaan dalam menuntut kemerdekaan. Menuntut kemerdekaan daripada British dan tidak bekerjasama dengan penjajah Malayan Indian Congress( 1946) Kerjasama antara John Thivy dan kaum lain dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu Menekankan kewarganegaraan yang tunggal bagi mereka yang menerima Tanah Melayu sebagai tanah air dan melafazkan taat setia kepada Tanah Melayu. Hizbul Muslimin (1947) Ingin menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam Asas perjuangan tidak dipersetujui oleh British dan diharamkan. Dipimpin oleh Abu Bakar Al Baqir,Sheikh Fadlulah Suhaimi dan sheik Abdullah Fahim. Malayan Chinese Association (MCA) Dipimpin oleh Tan Cheng Lock Ingin menjadikan Tanah Melayu yang di didiami oleh berbilang kaum sebagai sebuah negara yang berdemokrasi penuh. Berusaha untuk menyatukan semua kaum Cina dan menjalinkan hubungan dengan semua kaum bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Parti Islam Se Tanah Melayu (1951) Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi Memperjuangkan idea negara Islam Ingin mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dan mengamalkan hukum Islam Ingin mewujudkan satu negara dan satu bangsa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal Indepensence of Malayan Party (IMP) (1951) Ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Berdasarkan idea untuk “Tanah Melayu untuk Malayan” Selepas tahun 1949, permikiran Dato Onn Jaafar beralih kepada perpaduan kebangsaan. Tuntutan kemerdekaan hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum Melayu dan kaum lain. Orang Melayu perlu menjadi pemimpin kepada orang bukan Melayu yang turut mempunyai kepentingan dan hak dalam ekonomi dan politik.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|