SPM -Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Yang Di Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi beraja yang melahirkan konsep Raja Berperlembagaan. Institusi beraja merupakan penaung kepada rakyat tanpa mengira bangsa,agama,budaya dan fahaman politik. Raja berperlembagaan merangkumi: Majlis Raja-Raja Institusi beraja di negeri-negeri Yang Di Pertuan Agong di peringkat persekutuan Institusi Yang Di Pertuan Agong Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,jawatan Yang Di Pertuan Agong telah diperkenalkan. Yang Di Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara. Yang Di Pertuan Agong adalah lambang kedaulatan, perpaduan,ketaatan, kemuliaan dan kebesaran negara. Yang Di Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja -Raja berdasarkan Peraturan Majlis Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan. Yang Di Pertuan Agong dilantik di kalangan sembilan Raja yang memerintah negeri-negeri dalam Persekutuan iaitu Perlis, Kedah, Perak,Pahang,Negeri Sembilan, Johor, Kelantan,Terengganu dan Selangor. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kedudukan Yang Di Pertuan Agong. Keutamaan Kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan Yang Di Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong Raja -raja dan Pemangku Raja Yang Di Pertua bagi Negeri -negeri Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan daripada Kerajaan Persekutuan Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Kuasa Yang Di Pertuan Agong Kuasa Eksekutif Yang Di Pertuan Agong akan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Seorang Perdana Menteri akan dilantik di kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Rakyat Dengan nasihat daripada Perdana Menteri melantik Menteri- menteri dan Timbalan -timbalan Menteri di kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara Pelantikan Jawatan Penting Melantik Ketua Audit Negara, Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera Melantik sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Tentera. Melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli-ahli Suruhanjaya Polis. Diplomatik Menerima untuk menghadap diplomat asing sebelum mereka memulakan tugas di Malaysia. Melantik diplomat Malaysia ke luar negara Ketenteraan Merupakan pemerintah tertinggi bagi Angkatan Tentera Malaysia Dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia dalam urusan pentadbiran, pemerintahan dan tatatertib Angkatan Tentera serta perkara yang berkaitan tentang gerakan tentera. Kuasa Kehakiman Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan Kuasa pengampunan terhadap orang yang dihukum kerana melakukan kesalahan di Wilayah Persekutuan terletak pada Yang Di-Pertuan Agong. Lembaga Pengampunan memberi nasihat kepada Yang Di Pertuan Agong berkaitan tentang pengampunan. Yang Di Pertuan Agong boleh memberi pengampunan, meringankan atau menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka,Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Yang Di Pertuan Agong berkuasa dalam lantikan hakim. Hakim Mahkamah Atasan dilantik atas pertimbangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan atas nasihat Perdana Menteri. Hakim Mahkamah Atasan merangkumi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi. Kuasa Perundangan Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam perundangan dengan memperkenankan rang Undang-Undang yang telah melalui proses pembentangan di Desan Rakyat dan Dewan Negara. Persidangan Parlimen Yang Di Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen dan menghentikan serta membubarkan Parlimen. Pengisytiharan Darurat Yang Di Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat. Darurat diisytiharkan apabila Yang Di Pertuan Agong memastikan kebenaran bahawa wujudnya keadaan yang akan mengancam keamanan awam dan ekonomi. Hak dan Keistimewaan Yang Di Pertuan Agong memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Yang Di-Pertuan Agong melindungi kepentingan sah kaum lain di Malaysia Agama Yang Di- Pertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Raja atau Sultan yang memerintah negeri sendiri adalah ketua agama Islam negeri masing-masing.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|