KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM -Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa

5/5/2025

0 Comments

 
SPM -Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa

Sistem pentadbiran negara adalah berlandaskan demorkasi berparlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Amalan demokrasi meliputi pilihan raya,jaminan kebebasan hak asasi dan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Amalan Pilihan Raya
Pilihan raya diadakan lima tahun sekali
Pilihan raya merupakan petanda bahawa amalan demokrasi adalah subur di negara kita sejak mencapai kemerdekaan sehingga ke har ini.
Kempen Pilihan raya membolehkan rakyat mengenali calon dan memahami manifesto parti politik
Selain itu rakyat juga dapat memilih wakil mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Undian dijalankan secara sulit melalui prosedur yang teratur dan sistematik

Kebebasan Asasi
Kebebasan asasi merupakan hak asasi seorang individu dari segi undang -undang.
Kebebasan / hak asasi ini telah termaktub dalam perlembagaan di mana hak kebebasan asasi ini adalah tidak mutlak dan masih bergantung kepada sekatan yang ditentukan oleh undang -undang yang digubal oleh Parlimen.
Sekatan terhadap kebebasan asasi adalah perlu bagi menjamin ketenteraman dan keamanan awam dicapai dalam masyarakat yang demokratik.
SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia adalah institusi Hak Asasi Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 Akta 597
SUHKAM berperanan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi semua orang di negara kita.

Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Kebebasan diri
Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya, kecuali mengikut undang-undang.

Kebebasan beragama
Islam ialah agama Persekutuan. Penganut agama lain boleh mengamalkan agama masing-masing secara bebas dan harmoni.

Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.

Hak berkenaan dengan pendidikan
Tidak dibenarkan diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.

Pengasingan Kuasa Dalam Pemerintahan

Kepentingan pengasingan kuasa adalah untuk memastikan tiada pertindihan kuasa antara badan tertentu, mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa dan penyalahgunaan kuasa akibat daripada pemusatan kuasa dan membolehkan setiap badan bertindak berlandaskan bidang kuasa tertentu tanpa dipengaruhi oleh badan-badan yang lain

Kuasa pemerintahan negara dibahagi kepada :
Badan Perundangan ( legislatif)
Badan Kehakiman (judisiari)
Badan Eksekutif (pelaksana)
Badan Perundangan /legislatif adalah meliputi Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang menggubal undang -undang
Badan Eksekutif / pelaksana adalah Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Kementerian
Badan Kehakiman / Judisiari adalah Ketua Hakim Negara, Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan

Badan Perundangan
Peranan Badan Perundangan adalah untuk menggubal undang-undang
Bagi peringkat Kerajaan Persekutuan Parlimen menggubal undang-undang manakala bagi peringkat Kerajaan Negeri, Dewan Undangan Negeri menggubal undang -undang

Parlimen
Parlimen berfungsi untuk menggubal undang-undang, meminda undang-undang,memeriksa dasar kerajaan, meluluskan belanjawan negara dan meluluskan sistem cukai yang baharu.
Parlimen meliputi Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia

Yang Di Pertuan Agong
Mempunyai kuasa untuk memanggil agar sidang parlimen diadakan dan membubarkan parlimen.
Memperkenankan undang-undang
Tonggak kuasa dalam bidang perundangan

Dewan Rakyat
Ahli dipilih melalui pilihan raya
Menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat

Dewan Negara
Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam badan perundangan di negara kita
Membahaskan rang undang-undang dengan teliti setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat

Dewan Undangan Negeri (DUN)
Terdiri daripada Ketua Negeri iaitu Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Menggubal undang -undang berkaitan negeri masing -masing
Terdapat di semua negeri kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang hanya terdiri daripada ahli Parlimen sahaja.

Badan Eksekutif
Turut dikenali sebagai badan pemerintah yang menjalankan tanggungjawab berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Di peringkat Kerajaan Persekutuan, badan eksekutif adalah Jemaah Menteri manakala di peringkat negeri dikenali sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jemaah Menteri
Terdiri daripada Perdana Menteri dan para menteri bagi kementerian masing -masing seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan lain -lain menteri lagi.
Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri dan memimpin kerajaan di samping menjalankan pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Jemaah Menteri bertugas untuk melaksanakan tanggungjawab memajukan negara dan menggubal dasar-dasar kerajaan.
Jemaah Menteri memegang tanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen
Menteri yang mengetuai kementerian akan melaksanakan dasar kerajaan yang ditentukan oleh Jemaah Menteri.
Menteri harus mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
Menteri harus meletakkan jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri jika tidak bersetuju dengan dasar kerajaan.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Kuasa eksekutif diletakkan di bawah Yang Di Pertua Negeri atau Sultan
Kuasa eksekutif digunakan oleh Executive Council / ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia.
Di Sabah dan Sarawak badan eksekutif adalah Kabinet Negeri
Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri.

Badan Kehakiman
Badan kehakiman mempunyai peranan dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Badan kehakiman turut berperanan dalam menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Badan kehakiman juga mengadili sebarang konflik antara individu atau kerajaan dan individu.
Kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah.
Ketua badan kehakiman adalah Ketua Hakim Negara.
Hakim bebas daripada pengaruh politik dalam usaha memelihara integriti badan kehakiman dalam usaha untuk menegakkan keadilan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara
Hakim dilantik untuk menegakkan sistem kehakiman dan keadilan.
Fungsi badan kehakiman bergantung kepada jenis mahkamah iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan serta Mahkamah Khas.

Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan,Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

Mahkamah Bawahan terdiri daripada Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret




Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly