SPM – Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen – Latar Belakang Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan Beraja Semasa Kesultanan Melayu Melaka Raja mempunyai kuasa pemerintahan dalam bidang pentadbiran,perundangan dan kehakiman . Raja juga merupakan ketua agama,ketua kerajaan dan sumber undang-undang dan rakyat harus memelihara dan mempertahankan adat dan struktur masyarakat Melayu. Konsep Islam yang menjadikan raja sebagai ketua agama telah memperkukuhkan konsep pemerintahan beraja. Ciri -ciri sistem Perlembagaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat melalui Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Adat istiadat dan tradisi Kesultanan Melayu Melaka diwarisi oleh Kesultanan Johor Riau,Pahang dan Perak . Pemerintahan Beraja Sebelum Perang Dunia Kedua Penjajahan British di Tanah Melayu adalah sukar kerana wujudnya pemerintahan beraja di negeri- negeri Melayu. Sistem Residen diperkenalkan di Negeri- Negeri Melayu Bersekutu dan Sistem Penasihat diperkenalkan di Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Surat pengisytiharan dan perjanjian daripada Raja-Raja Melayu membolehkan Raja-Raja Melayu memerintah dengan campur tangan British. Pentadbiran di peringkat pembesar negeri telah diambil oleh British di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu. Raja -Raja masih kekal sebagai pemerintah yang berdaulat walaupun menerima nasihat daripada Residen British. Pada peringkat Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu, pembesar masih menjalankan pentadbiran negeri dan kedudukan raja adalah lebih kukuh. Ciri – Ciri Pemerintahan Beraja dapat dilihat pada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911. Kedaulatan Raja -Raja Melayu dapat dilihat melalui tugas sebagai ketua negeri dalam mengesahkan undang-undang. Kebijaksanaan Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan kedaulatan negeri dapat dilihat apabila menjalankan hubungan diplomasi dengan pihak British. Perjanjian antara Raja -Raja Melayu dan British sebelum Perang Dunia Kedua tidak memindahkan kedaulatan negeri-negeri Melayu. Negeri -negeri Melayu hanya menjadi negeri naungan British dan bukan jajahan British seperti (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) Pemerintahan Beraja Semasa Pendudukan Jepun Semasa pendudukan Jepun kedudukan Raja -Raja Melayu diletakkan di bawah penguasaan Gabenor Jepun di Tanah Melayu Raja -Raja Melayu kekal sebagai ketua dalam hal ehwal agama Semasa Persidangan Raja-Raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah Tentera Jepun pada Januari 1943, pengiktirafan telah dibuat. Raja -Raja Melayu menerima pendapatan seperti sebelum pendudukan Jepun Pemerintahan Beraja Selepas Perang Dunia Kedua Cabaran muncul pada tahun 1946 apabila Malayan Union diperkenalkan oleh pihak British Raja -Raja Melayu perlu menyerahkan kuasa kepada Ratu England. British memerintah secara langsung Tanah Melayu dan diletakkan di bawah Gabenor British Raja-Raja Melayu kehilangan kuasa dan kedaulatan sebagai pemerintah. Penentangan oleh Raja -Raja Melayu menyebabkan Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum Perang Dunia Kedua melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Raja-Raja Melayu kemudiannya menubuhkan Undang -Undang Tubuh di negeri masing -masing dan mengangkat raja sebagai Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan dan Demorkasi Berparlimen Selepas Kemerdekaan Melalui rundingan dan persetujuan Raja -Raja Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Bagi menyesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen, pemerintahan beraja yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan diteruskan dengan pindaan. Ketua Utama Negara adalah Yang Di Pertuan Agong. Kuasa san tugas Yang Di Pertuan Agong adalah seperti yang termaktub dalam Perpembagaan Persekutuan Kedudukan raja sebagai pemerintah tertinggi negara diiktiraf melalui konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Melalui pilihan raya rakyat berhak memilih wakil mereka dalam membentuk kerajaan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
June 2025
Categories
All
Archives
June 2025
|