KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM – Pilihan Raya – Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu

3/18/2025

0 Comments

 
SPM – Pilihan Raya – Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan raya merupakan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti untuk membentuk kerajaan.
Pilihan raya juga adalah asas untuk berkerajaan sendiri.
Pilihan raya diadakan selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pilihan raya yang diadakan adalah berperingkat iaitu pada peringkat majlis perbandaran, peringkat negeri dan peringkat Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Kajian dan perbincangan berkaitan pilihan raya diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Perundangan.
Pada tahun 1950 Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diadakan bagi memberi kuasa kepada Majlis Tempatan mengadakan pilihan raya.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town, Pulau Pinang
Merupakan pilihan raya perbandaran yang pertama diadakan pada 1951.
Sebelum wujudnya pilihan raya, ahli Majlis Perbandaran dipilih oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat.
Pilihan raya ini diadakan dengan tujuan memilih sembilan ahli Persuruhjaya Perbandaran George Town.
Hari pendaftaran pemilih diadakan selama enam minggu iaitu dari 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951 dan seramai 14,514 orang pengundi telah membuang undi.

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Diadakan pada Februari 1952
Terdapat 12 kerusi Ahli Majlis Perbandaran Kuala Lumpur bagi kawasan Imbi, Sentul, Petaling Jaya dan Bangsar.
Kerjasama diadakan antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor dan dikenali sebagai Perikatan. Kerjasama ini membuahkan hasil melalui kemenangan pada pilihan raya majlis perbandaran yang seterusnya.
Pilihan raya majlis perbandaran kemudian diadakan di Johor Bahru,Ipoh, Alor Setar dan Melaka serta Seremban.

Pilihan Raya Peringkat Negeri
Diadakan pada tahun 1954.
Kerjasama antara UMNO – MCA membuahkan hasil apabila memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi.
Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara kaum boleh diterima oleh masyarakat dan betapa pentingnya amalan demokrasi.
Pilihan raya memberi pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya dan juga merupakan persediaan ke arah berkerajaan sendiri



Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly