SPM – Pilihan Raya – Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Selepas Pilihan Raya Umum 1955 kabinet pertama dibentuk. Peranan Kabinet Pertama Mengurangkan kuasa pemerintahan British Membatalkan kuasa veto Persuruhjaya Tinggi British Membincangkan isu berkaitan keselamatan dalam negeri dan pertahanan Membincangkan isu berkaitan kewangan dan keperluan orang ramai dalam perkhidmatan awam. Mengunakan Sistem Westminter yang digunakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) iaitu sistem demokrasi berparlimen di British Jawatan Ketua Menteri yang pertama disandang oleh Tunku Abdul Rahman dan mempunyai kuasa bagi melicinkan pentadbiran negara dengan menubuhkan kabinetnya sendiri. Kabinet ini terdiri daripada 10 orang Menteri dan dibantu oleh pegawai British sebagai Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi, Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Kewangan. Persuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray telah mengumumkan Jemaah Menteri setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja – Raja pada 4 Ogos 1955 di King’s House Kuala Lumpur Anggota kabinet pertama dan jawatan menteri Tunku Abdul Rahman – ketua Menteri Menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Dato Abdul Razak Hussein – Menteri Pelajaran Menyatu padukan bangsa melalui pendidikan Dato Sulaiman Dato Abdul Rahman – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancangan Bandar Dr Ismail Abdul Rahman – Menteri Tanah dan Galian H.S Lee – Menteri Pengangkutan Sardon Jubir – Menteri Kerja Raya V.T. Sambanthan – Menteri Buruh Ingin menjadikan perkhidmatan awam yang lebih ke arah tempatan dengan mengurangkan secara berperingkat pegawai Eropah dalam Malayan Civil Services (MMCS). Leong Yew Koh – Menteri Kesihatan Usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan secara mungkin Ong Yoke Lin – Menteri Pos dan Telekom Abdul Aziz Ishak – Menteri Pertanian
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|