KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM – Pilhan Raya – Proses Pilihan Raya yang Pertama

3/18/2025

0 Comments

 
SPM – Pilhan Raya – Proses Pilihan Raya yang Pertama
Pilihan raya adalah asas untuk berkerajaan sendiri dan membolehkan rakyat memilih wakil untuk membentuk kerajaaan.
Pilihan Raya Umum yang pertama diisytiharkan oleh Sir Donal MacGillivray
Pilihan Raya Umum yang pertama ini mendapat persetujuan daripada Majlis Raja – Raja dan merupakan perintis ke arah kemerdekaan.
Tujuan Pilihan Raya Umum ini diadakan adalah bagi melantik Ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
Jawatankuasa Pilihan Raya telah dibentuk pada 1 Februari 1945.
Jawatankuasa ini terdiri daripada 46 orang.
Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji hal – hal yang berkaitan dengan perlaksanaan pilihan raya.
Terdapat dua bentuk penyata susunan yang berkaitan tentang MPP. Penyata dalam bentuk A dan Penyata dalam bentuk B.
Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih bentuk A manakala Jawatankuasa Pilihan Raya memilih Bentuk B

Bentuk A
Seorang Speaker
Sebelas orang wakil negeri
Tiga orang ahli dilantik
Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu
Tiga orang mewakili golongan minoriti
Dua orang ahli rasmi iaitu Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi
Enam puluh orang ahli dipilih melalui pilihan raya
Pilihan raya diadakan tidak lewat dari November 1954
Bentuk B

Seorang Speaker
Sebelas orang wakil negeri
Tiga orang ahli dilantik
Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu
Tiga orang mewakili golongan minoriti
Dua orang ahli rasmi iaitu Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi
Empat puluh empat orang ahli dipilih melalui pilihan raya manakala lapan lagi dilantik oleh Persuruhjaya Tinggi British
Tiada tarikh tertentu ditetapkan untuk pilihan raya

Tunku Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Husein, T.H.Tan dan Tan Cheng Lock pada 21 April 1954 telah berangkat ke London untuk meminta agar tiga perlima daripada jumlah anggota MPP dipilih melalui pilihan raya.

Tunku Abdul Rahman dengan bantuan Lord Ogmore berjaya bertemu dengan ahli Parlimen daripada Parti Liberal, Parti Konservatif dan Parti Buruh British.
Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat rombongan melalui akhbar kepada ahli Parlimen dan rakyat British

Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan rundingan di London dengan Oliver Lyttelton iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British pada 14 Mei 1954 tetapi gagal untuk mendapatkan tiga perlima ahli MPP yang akan dipilih melalui pilihan raya.

Akhirnya jumlah sebanyak 52 orang ahli MPP dipilih melalui pilihan raya dipersetujui oleh Parti Perikatan dan pihak British.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
1)Menetapkan bilangan ahli MPP
Membentuk Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan -52 kawasan pilihan raya dibentuk pada 26 April 1954

2)Rang Undang – Undang
Rang Undang -Undang Pilihan Raya diluluskan pada Ogos 1954 bagi membolehkan pilihan raya diadakan

3)Pendaftaran Pengundi
Pendaftaran pengundi diadakan pada -8 Oktober 1954 di seluruh Tanah Melayu san pada 29 Oktober 1954 di Terengganu

4)Penamaan Calon pada 15 Jun 1955
Penamaan calon diadakan. Syarat menjadi calon : warganegara Persekutuan Tanah Melayu, berumur 21 tahun ke atas dan tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam 12 bulan sebelum hari penamaan calon dan berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

5)Kempen Pilihan Raya
Kempen pilihan raya diadakan selama 45 hari

6)Hari Mengundi pada 27 Julai 1955
Syarat menjadi pengundi – berumur 21 tahun ke atas,warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh enam bulan terdahulu dari tarikh 17 Oktober 1954 di Tanah Melayu dan 28 Oktober 1954

7)Pengiraan Undi
Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi untuk dikira
8)Pengumuman Keputusan
​

Pegawai Pengurus akan mengumumkan keputusan pilihan raya. Calon yang mendapat undi majoriti diisytiharkan dan disahkan sebagai wakil yang mewakili bahagian pilihan raya tersebut.
Dalam Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi. Ini menunjukkan kerjasama kaum adalah penting untuk menyatukan kaum yang berbilang bangsa.

Pilihan Raya Awal di Sarawak
Pada tahun 1956 pilihan raya tempatan yang pertama telah diadakan bagi kawasan Kuching Municipal Council (KMC). Ini merupakan perintis ke arah berkerajaan sendiri.
Kawasan Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan(wars)
Hasil daripada pilihan raya tempatan, William Tan telah dilantik sebagai pengerusi Kuching Municipal Council (KMC) dan Ong Kee Hui sebagai timbalan Pengerusi (KMC).
Pada 1957 pilihan raya diadakan bagi Sibu Urban District Council (SUDC).
Ting Chen Huat dipilih sebagai pengerusi SUDC dan John Loo Ling Chong sebagai timbalan pengerusi SUDC

Pilihan Raya Awal di Sabah
Pada 16 Disember 1962, pilihan raya kerajaan tempatan yang pertama telah diadakan bagi 118 kawasan ( ward) di bawah Local Government Election Oedinance.
Tanggungjawab menguruskan pilihan raya ini digalas oleh Setiausaha Kolonial Kerajaan Tematan sebagai Penguasa Pilihan Raya.
Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan (ward). Sebanyak 53 orang calon menang tanpa bertanding.


Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly