KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Gerakan Nasionalis Radikal Melayu

12/3/2024

0 Comments

 
SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Gerakan Nasionalis Radikal Melayu 

Tindakan Kerajaan British menjalanakan rundingan dengan UMNO tanpa melibatkan PKMM telah dikritik oleh Nasionalis Melayu Radikal. 

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah dibentuk oleh golongan nasionalis Melayu hasil gabungan beberapa pertubuhan seperti berikut: 

Pertubuhan : Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM) 
Pemimpin: Dr. Burhanuddin al -Helmi 

Pertubuhan : Angkatan Pemuda Insaf ( API) 
Pemimpin : Ahmad Boestamam

Pertubuhan : Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) 
Pemimpin: Shamisah Fakeh 

Pertubuhan: Hizbul Muslimin 
Pemimpin : Abu Bakar al – Baqir 

Pertubuhan: Barisan Tani Melayu ( BATAS) 
Pemimpin : Musa Ahmad 

Pertubuhan : Gerakan Angkatan Muda ( GERAM) 
Pemimpin : Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail

Gabungan PUTERA – AMCJA 
AMCJA atau All Malaya Council of Joint Arction dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dan terdiri daripada gabungan: 
Malayan Indian Congres (MIC), Presiden ialah John Thivy 
Malayan Democratic Union (MDU), Pengerusi ialah John Eber 
Pan Malayan Federation of Trade, Setiausaha ialah Chan Loo

Penubuhan ini dikaitkan dengan golongan bukan Melayu yang menganggap British tunduk kepada tuntutan UMNO. 

Selain itu jawatankuasa kerja juga dianggap tidak demokratik 

AMCJA bergabung dengan PUTERA. 
Mereka menolak Perjanjian Persekutuan dan membantah pembentukan Jawatankuasa kerja kerana: 
-tiadanya wakil bukan Melayu 
-Perlembagaan Persekutuan tidak demokratik
-mengukuhkan kedudukan British 
-bersifat perkauman 

Pada Julai 1947, Cadangan perlembagaan yang disemak oleh Jawatankuasa kerja telah diumumkan kepada awam. 

Cadangan ini telah ditentang secara terbuka oleh PUTERA – AMCJA

Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal 
Golongan nasionalis  Melayu radikal ini telah memperjuangkan kemerdekaan sejak 1930an. 

Matlamat perjuangan golongan Nasionalis Melayu Radikal: 
Menyatukan seluruh Tanah Melayu 
Membebaskan tanah air dairpada penjajahan 
Memperjuangkan hak semua kaum dalam sebuah negara
Tidak berkompromi dengan penjajah dalam menuntut kemerdekaan 
Menekankan kebebasan bersuara, perhimpunan dan penerbitan akhbar
Berjuang berdasarakn prinsip dan falsafah 
Membela ketidakadilan

Golongan ini bukan tokoh setempat tetapi melangkaui jarak sempadan dan kenegerian sehigga menjadi tokoh politik nasional,

Akhbar Suara Rakyat diterbitkan oleh Ahmad Boestamam sebagai wadah untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.

Sesetengah Masyarakat sudah menerima fahaman kebangsaan golongan nasionalis Melayu. 

PKMM telah menubuhkan cawangan di seluruh negeri Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh, Pahang. 

Keahlian PKMM mencecah 53 ribu orang pada Julai 1947.

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly