KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Ciri – Ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

11/26/2024

0 Comments

 
SPM - Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Ciri – Ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 

Ciri – Ciri Pentadbiran 

Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang ditadbir berasingan. 

Persekutuan Tanah Melayu 1948 terdiri daripada gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri – negeri Selat. 

Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kuasa eksekutif menerajui Kerajaan Persekutuan. 

Sebarang hal berkaitan kewangan dan kepentingan bersama diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan. 

Bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan telah diwujudkan. 

Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum manakala Majlis Mesyuarat Persekutuan terdiri daripada ahli rasmi dan ahli tidak rasmi. 

Pada peringkat permulaan ahli tidak rasmi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi. 

Kuasa Raja – Raja Melayu 

Raja – raja Melayu diberi kuasa untuk memberi pandangan melalui Majlis Raja – Raja. 

Sultan diberi kuasa untuk memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. 

Perundangan 
Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan. 

Majlis Perundangan Persekutuan mempunyai bidang kuasa yang mencakupi hal – ehwal luar, kehakiman, ketenteraman awan, perdagangan, percukaian dan komunikasi. 

Perkenan Raja – Raja Melayu melalui Majlis Raja – Raja diperlukan bagi setiap  rang Undang – Undang.

Kewarganegaraan 

Secara Pendaftaran

Mereka yang lahir di Persekutuan dan telah bermaustatin selama 15 tahun daripada 20 tahun dari hari permohonan. 

Perlu mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah, bersetuju untuk mencurahkan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu serta menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 

Secara Kuat Kuasa Undang – Undang 
Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British. 

Pemohon yang lahir di luar negeri bapanya mestilah rakyat Raja dan Rakyat British. 

Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir  sebelum, semasa atau selepas Tarikh perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. 

Rakyat Raja ialah orang Melayu atau orang Asli yang lahir dan menetap di negeri Melayu yang mempunyai Sultan. 

Rakyat British ialah mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang, dan mana – mana tanah jajahan British yang lain. 

Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat boleh memohon melalui mana – mana undang – undang yang dikuatkuasakan. 

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly