SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Usaha Rundingan Kemerdekaan
Usaha ke arah kemerdekaan negara dipengaruhi tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara Di luar negara – kebangkitan rakyat menentang penjajah dan ingin mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua seperti di Filipina, India, Mesir dan Burma Di dalam negara – jaminan British bahawa dengan secepat mungkin akan membantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri Rundingan kemerdekaan melibatkan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan pihak British Asas kepada terbentuk perlembagaan persekutuan ke arah berkerajaan sendiri adalah melalui Pilihan Raya Umum 1955. Wakil Raja – raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa rombongan bagi rundingan di London adalah perlu bagi beberapa perkara seperti: -Hubungan British dan Tanah Melayu -Penggubalan perlembagaan bagi negara yang merdeka -hal -hal keselamatan Perjalanan Rombongan Rundingan Kemerdekaan Rombongan Merdeka ke London Tunku Abdul Rahman dan rombongan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura Rombongan merdeka kemudiannya meneruskan perjalanan dari Tanjung Pagar, Singapura ke London. Seramai 10 000 orang menghantar rombongan Tunku Abdul Rahman ke London. Rombongan merdeka menaiki kapal laut V.M Asia dari Tanjung Pagar, Singapura ke London pada 1 Januari 1956. Kesempatan ini digunakan untuk mengatur strategi Rombongan Merdeka tiba di Karachi Pakistan dan kemudian menaiki kapal terbang dari Pakistan ke London. Pada 14 Januari 1956 rombongan Merdeka tiba di London. Rundingan kemerdekaan bermula dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956 di Lancaster House,London Perkara yang dirunding dan disepakati di London Perwakilan Tanah Melayu Tidak melewatkan kemerdekaan Tanah Melayu melebihi 31 Ogos 1957. Inginkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kalangan penduduk tempatan. Jawatan Setiausaha Kewangan dihapuskan dan digantikan dengan Menteri Kewangan. Ingin melantik rakyat tempatan sebagai Menteri Pertahanan dan menggantikan Pegawai Gerakan yang disandang oleh pegawai British. Rundingan berkaitan isu Perlembagaan Persekutuan,kewangan,keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam. Perwakilan British Antara Persekutuan Tanah Melayu dan British wujudnya Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan. Bantuan pertahanan akan diberikan oleh pihak British dan Komanwel kepada Persekutuan Tanah Melayu. Persuruhjaya Tinggi akan melantik ahli Majlis Eksekutif dengan nasihat Ketua Menteri selain daripada Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Hasil Rundingan Kemerdekaan Laporan setebal 20 halaman dihasilkan British bersetuju memberikan kemerdekaan Tanah Melayu melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 selepas menerima pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim, ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang Sambutan Bersejarah di Melaka 20 Februari 1956, Rombongan Merdeka tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Rombongan Merdeka diarak hingga ke Padang Banda Hilir Melaka. Anggaran seramai 100 000 orang hadir dengan berjalan kaki, menaiki lori dan bas dari seluruh negara. Orang ramai berkumpul untuk mendengar ucapan pengumuman tarikh kemerdekaan. Hari Kemerdekaan diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Laungan “Merdeka” oleh rakyat dengan gemuruh
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|