SPM – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pada 5 Ogos 1957 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja – Raja Melayu dan Sir Donald MacGillivray bagi pihak Queen Elizabeth II di King’s House, Kuala Lumpur. Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Raja Berperlembagaan dan konsep demokrasi berparlimen Yang Di-Pertuan Agong dilantik di kalangan Raja- Raja Melayu pada setiap lima tahun berdasarkan Bahagian IV, Negeri Persekutuan Perkara 32(1). Kewarganegaraan Untuk menjadi warganegara Persekutuan setiap yang lahir pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara. Cara-cara untuk menjadi warganegara: -Perkara 14 Warganegara melalui penguatkuasaan Undang – Undang -Perkara 15 Warganegara melalui permohonan untuk menjadi rakyat -Perkara 19 Naturalisasi atau memohon untuk menukar kewarganegaraan. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain Termaktub dalam Perkara 153(1), kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara dan semua rakyat di Tanah Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hak dan kewajipan yang sama. Kedudukan Agama Islam Perkara 3(1) Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan agama lain boleh diamalkan Kedudukan Bahasa Melayu Perkara 152(1) di mana Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa pengantar dan komunikasi
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|