KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM -Perlembagaan Persekutuan – Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

5/3/2025

0 Comments

 
SPM -Perlembagaan Persekutuan – Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

Sebelum kedatangan British negara kita mengamalkan pemerinahan beraja.
Pemerintahan Raja Berdaulat adalah ketika zaman kerajaan British menduduki negara kita
Perlembagaan yang merupakan unsur terpenting bagi negara kita lahir setelah negara mencapai kemerdekaan.

Asas Pembentukan Perlembagaan

Undang -Undang Negeri Melayu
Sultan adalah pemerintah
Rakyat mencurah sepenuh taat setia kepada pemerintah.
Pemerintah/ raja berkuasa dalam menentukan bentuk pemerintahan dan Undang-undang
Hukum Kanun Melayu dan Undang- Undang Laut Melaka yang merupakan undang-undang zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mempengaruhi kandungan undang -undang bertulis di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Undang-Undang Johor, Undang -undang Kedah,Undang -Undang 99 Perak dan Hukum Kanun Pahang.
Perubahan pada Undang -Undang Negeri Melayu selaras dengan perkembangan masyarakat sehinggalah pada awal abad ke 19 undang -undang barat diperkenalkan.

Undang – Undang Inggeris
Undang-undang Negeri Selat dikenali sebagai Charter of Justice.
Charter of Justice diambil daripada undang-undang Inggeris.
Tujuan utama Charter of Justice adalah untuk melindungi penduduk asal daripada penindasan dan ketidakadilan.
Tahun 1807- Charter of Justice diperkenalkan di Pulau Pinang
Tahun 1826 – Charter of Justice II diperkenalkan di Singapura,Pulau Pinang dan Melaka
Tahun 1855- Charter of Justice III diperkenalkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka

Perlembagaan Sabah
Pada tahun 1950 Majlis Undangan dan Majlis Kerja diperkenalkan.
Majlis Undangan memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang -undang dalam pemerintahannya
Sabah Application of Laws Ordinance diperkenalkan pada tahun 1951.

Perlembagaan Sarawak
The Sarawak Application of Laws Ordinance yang menggunakan The Common Law of England diperkenalkan pada tahun 1949.
Perlembagaan Sarawak pada Ogos 1955 memberikan kuasa kepada Council Negeri (Majlis Negeri) menggubal undang-undang.
Majlis Negeri terdiri daripada 45 orang ahli dan diketuai oleh Ketua Setiausaha
Gabenor pula mempengerusikan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Ketua Setiausaha,Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.
Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959 memberikan kuasa kepada Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi untuk menguruskan pentadbiran negeri.




Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly