SPM – Perlembagaan Persekutuan – Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
Terbahagi kepada ciri- ciri tradisional dan ciri-ciri moden Ciri-Ciri Tradisional Kesultanan atau Pemerginag Tertinggi Negeri – negeri Melayu telah diperintah melalui sistem pemerintahan beraja untuk berabad lamanya. Sistem pemerintah beraja disesuaikan dengan demokrasi berparlimen selepas kemerdekaan dengan Yang Di Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi. Agama Islam Ketika zaman British, Raja-raja Melayu tidak perlu menerima nasihat daripada penasihat British dalam hal-hal yang berkaitan kedaulatan raja, adat-istiadat dan agama Islam. Agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja di negeri masing-masing selepas kemerdekaan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan negeri yang tidak beraja Bahasa Melayu Bahasa Melayu dijadikan lingua franca ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera diletakkan di bawah kuasa raja dan ketua peribumi sebelum merdeka Yang Di Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum lain Ciri- Ciri Moden Sistem Kerajaan Persekutuan Negara kita mempunyai sistem kerajaan Persekutuan Dalam sistem Kerajaan Persekutuan wujudnya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri dengan kuasa -kuaaa yang tertentu Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi Sistem Demokrasi Berparlimen Perlembagaan memperuntukkan demokrasi di Malaysia. Pilihan raya umum diadakan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin untuk menubuhkan kerajaan Suruhanjaya Pilihanraya diadakan bagi memastikan pilihan raya diadakan dengan adil Kewarganegaraan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah memperkenalkan kewarganegaraan Persekutuan pada tahun 1948 Sebelum itu tidak wujudnya satu kewarganegaraan yang sama bagi rakyat.Rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan jika dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dikenali akan mendapat kerakyatan British Pembentukan kerakyatan yang sama berjaya dikecapi dengan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|