SPM – Pemasyhuran Kemerdekaan -Pengertian Kemerdekaan
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (insiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah). Rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan pihak luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara. Rashid Rida Merupakan tokoh gerakan Pan-Islamisme di Mesir. Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat. Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah dan menghapuskan ikatan perkauman. Mahatma Gandhi Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan India. Bellau memperjuangkan pembebasan rakyat India daripada belenggu kemiskinan dan penindasan kasta. Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral. Setiap warganegara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar agar setiap komuniti hidup dalam harmoni. Nelson Mandela Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas. Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas daripada perhambaan, kemiskinan dan penderitaan. Seluruh rakyat perlulah bersatu dalam satu negara menuju masa depan. Soekarno Kemordekaan bererti bebas selama-lamanya. Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik. Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yang dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka. Rakyat yang dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan. Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yang demokratik tanpa kelas dan kasta. Tunku Abdul Rahman Kemerdekaan Ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan. Tun Temenggong Jugah anak Barieng Melalui kemerdekaan, keselamatan negeri akan lebih terjamin dan menjadi lebih kuat. Penduduk peribumi Sarawak sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Kemerdekaan juga dapat mengatasi ancaman komunis. Tun Fuad Stephens Melalui kemerdekaan, keselamatan sosial Borneo Utara dan penduduk peribumi serta generasi selepasnya akan lebih terjamin. Usaha pembangunan yang pesat berlaku di Persekutuan Tanah Melayu mampu menaikkan semangat baharu rakyat. Tun Dr. Mahathir Mohamad Merdeka bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah. Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|