SPM- Pemasyhuran Kemerdekaan- Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita
Politik Pengenalan kepada Sistem Raja Berperlembagaan Dalam sistem Raja Berperlembagaan Yang di Pertuan Agong diletakkan sebagai pemerintah tertinggi Persekutuan Tanah Melayu dengan bidang kuasa yang tertentu. Demokrasi Berparlimen Demokrasi berparlimen membawa maksud bahawa rakyat melibatkan diri dalam pentadbiran negara. Ini berlaku apabila rakyat mempunyai kuasa untuk memilih wakil mereka melalui pilihan raya. Rakyat turut mempunyai kebebasan bersuara dan memilih wakil pemimpin yang dapat menentukan hala tuju negara. Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang pada peringkat negeri. Parlimen menggubal undang -undang pada peringkat Persekutuan. Sistem ini memastikan kemakmuran negara. Pentadbiran Negara Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama manakala Dato Abdul Razak Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama. Jawatan ahli kabinet dikekalkan seperti sebelum ini. Buat pertama kalinya jawatan Menteri Luar disandang oleh Tunku Abdul Rahman. Jawatan in melambangkan kebebasan negara dalam menjalankan dasar luar tanpa pengaruh kuasa asing. Cabaran kepada Pentadbiran Persekutuan Ingin menggantikan pegawai Eropah dengan penduduk tempatan. Selain menelan belanja yang tinggi,agak sukar untuk menggantikan tenaga pekerja dalam sektor keselamatan,pertahanan,pendidikan dan Professional. Startegi yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman dan Dato Abdul Razak Husein adalah dengan mengadakan penggantian secara berperingkat dan melibatkan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
May 2025
Categories
All
Archives
May 2025
|