KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM -Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

10/22/2024

0 Comments

 
​Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun 

Pemerintahan tentera Jepun adalah satu pemerintahan yang kejam dan kesengsaraan hidup yang dirasai oleh rakyat telah mencetuskan penentangan terhadap Jepun. 

Rejimen Askar Melayu 
Rejimen Askar Melayu yang terlibar dalam perjuangan menentang Tentera Jepun di Singapura telah menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi. 

Batalion kedua Rejimen Askar melayu Bersama pasukan Britih menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan. 

Semangat berani dan sifat perwira askar Melayu yang berjuang sehingga ke hujung nyawa wajar dicontohi dan menjadi iktibar kepada semua. 

Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu  Leftenan Jeneral A.E. Percival telah menyifatkan sifat juang askar Melayu sebagai contoh ketahanan dan keteguhan yang wajar dicontohi oleh generasi akan datang. 

Pertempuran yang berlaku di Bukit Candu Singapura yang mempamerkan keberanian askar Melayu seperti Leftenan Adnan Saidi telah menjulang nama Rejimen Askar Melayu. 

Pingat Military Cross telah dikurniakan kepada Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC kerana keberanian menyelamatkan hamper 2000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di kawasan pantai Johor. 

Pingat Military Medal telah dianugerahkan kepada Koperal Yaakob Bidin atas semangat keberanian dalam pertempuran di Pasir Panjang. 


Penentangan MPAJA 
Sebahagian orang Cina yang mendapat layanan teruk daripada tentera Jepun telah mendapatkan perlindungan daripada Parti Komunis Malaya ( PKM) 

Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA) iaitu pasukan gerila menentang Jepun. 

Anggota PKM seramai 165 orang telah dihantar ke Singapura dan diberi latihan di Sekolah khas untuk mengadakan perang gerila ke atas Jepun dan melakukan kerja – kerja sabotaj. 

Mereka kemudiannya dihantar ke Tanah Melayu lalu membentuk pasukan gerila yang merupakan asas kepada lapan rejimen MPAJA. 



Kerjasama MPAJA dan Parti Kuomintang 
Nasionalis daripada Parti Kuomintang ( KMT) seperti Lim Bo Seng telah menguasai gerila Cina. 

Gerila KMT telah menubuhkan Tentera Bintang Satu atau Overseas Chinese Anti Japanese Army ( OCAJA) 

Gerila KMT telah bersetuju untuk bekerjasama dengan KMT atau MPAJA bagi menentang tentera Jepun. 

Force 136 

Pada tahun 1943, British telah menubuhkan South East Asia Command ( SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri Lanka dan turut menubuhkan unit khas yang dikenali sebagai Force 136.

Anggota Force 136 dilatih di India dan Sri Lanka. 

Anggota Force 136 ini telah dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau melalui paying terjun yang diturunkan dari kapal terbang. 

Tujuan adalah untuk menubuhkan pasukan gerila anti Jepun dan mendapatkan sokongan orang Melayu. 

Anggota terawal Force 136: 
-Kapten Ibrahim Ismail 
-Mejar Tengku Mahmood Minangkabau 
-Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakob 
-Leftenan Tengku Osman Tengku Mohd Jiwa

Tengku Mahmood Mahyideen 
Menerima jolokan ‘ Harimau Malaya’ kerana mengendalikan siaran radio dari India yang dikenali sebagai suara Harimau Malaya. 

Merupakan pemimpin pasukan Melayu Force 136 yang menyeru orang Melayu menentang Jepun dan tali barutnya. 

Yeop Mahidin Mohamed Shariff 
Mengetuai operasi sekitar Kuala Lipis, Raub, sehingga Tengah Temerloh. 
Pemimpin wataniah Pahang yang memohon perkenan Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar sebagai pemerintah kehormat. 

Tindakan gerila Melayu dan Force 136 dalam menentang Jepun:
Mengumpulkan maklumat 
Menyebarkan maklumat 
Melakukan sabotaj 
Membantu British dalam operasi Zipper. 
Operasi Zipper adalah operasi serangan besar- besaran menawan semula Tanah Melyu 1943.

Disember 1944
Force 136 Ulu Perak dan Askar Melayu Setia 
Berjaya mendarat di Hulu Perak 
Ditubuhkan dengan bantuan Pegawai Daerah Gerik, Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman 

Januari 1945
Force 136 Pahang dan Wataniah Pahang 
Berjaya mendarat di Raub, Pahang 
Ditubuhkan dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin. 

Februari 1945
Force 136 Kedah Gerila Melayu Kedah. 
Mendarat dengan jayanya di Kampung Kuala Janing, Kedah. Ditubuhkan dengan bantuan Pegawai Daerah Kedah dan Tunku Abdul Rahman. 

Kerjasama MPAJA dan Force 136 
MPAJA bekerjasama dengan Force 136  bagi menentang tentera 
MPAJA bekerjasama dengan Force 136 bagi menentang tentera Jepun pada Disember 1943. 
MPAJA telah mendapat latihan ketenteraan daripada tentera British selain bantuan kewangan, sejata dan ubat – ubatan , 


Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen

    RSS Feed

    Archives

    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly