KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

10/31/2024

0 Comments

 
SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 

Dasar perluasan kuasa Jepun adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi, ketenteraan serta perkembangan politik dalam negara. 

Perang Pasifik berpunca daripada dasar imperialsime Jepun di rantau Asia Pasifik . 

Pembaharuan Meiji membawa kepada Jepun yang moden sehingga muncul sebagai negara industri dengan kuasa ketenteraan yang kuat. 

Kedudukan Jepun setaraf dengan kuasa Barat. 

Berlaku di lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Dikenali sebagai Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik ( 1941-1945) atau Perang Pasifik.

Dasar Perluasan kuasa Jepun. 

Keperluan Perindustrian 
Jepun muncul sebagai kuasa industri pada akhir abad ke-19. 

Jepun memerlukan wilayah yang kaya dengan bahan mentah yang dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan hasil perindustrian 

Pengaruh Golongan Tentera 

Jepun pada abad ke 20 memiliki angkatan tentera paling moden di Asia. 

Golongan tentera menguasai politik Jepun pada tahun 1932. 

Golongan tentera berpendapat bagi mengatasi masalah ekonomi usaha penaklukan kawasan yang kaya dengan bahan mentah harus dilakukan selain menjadi kawasan pasaran bagi hasil perindustrian. 

Order Baharu Asia 
Matlamat dasar luar Jepun yang berada di bawah pengaruh tentera adalah untuk mengembangkan kuasa, menentang imperialisme Barat dan mewujudkan kebebasan ekonomi. 

Order Baharu di Asia Timur diwujudkan oleh Jepun yang merangkumi Korea,Jepun , China dan Manchuria yang berkembang seluruh Asia. 

Order Baharu ini adalah rancangan Jepun yang ingin menyingkirkan kuasa imperialis Barat di Asia dan menjanjikan perkongsian kawasan kuasa dan kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia. 

Jepun pada 1910 telah menguasai Korea,menduduki Manchuria pada 1932, menduduki China  pada  1937 dan 1941 menduduki Indochina. 

Sekatan Ekonomi ke Atas Jepun 
Sekatan ekonomi adalah tindakan yang diambil untuk menghentikan serta membekukan harta benda dan perdagangan yang melibatkan Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Belanda dan Amerika Syarikat. 

Sekatan ekonomi merujuk kepada usaha Amerika Syarikat, British dan Belanda bagi menghalang Jepun daripada memperolehi bahan mentah untuk operasi perang atau sektor perindustrian. 

Sekatan ekonomi turut berpunca daripada aspek dasar perluasan kuasa Jepun. 

Jepun turut Berjaya menguasai kawasan strategik di laut China Selatan termasuklah Pulau Hainan dan Indochina. 

Rancangan Penaklukan Wilayah Selatan 

Jepun merancang menguasai wilayah di Selatan iaitu Asia Tenggara yang kaya dengan getah, bijih timah, minyak dan bauskit akibat daripada sekatan ekonomi kuasa Bersekutu. 

Pada 1940, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Pakatan Tiga Negara telah ditandatangani oleh Jepun, Jerman dan Itali dan dikenali juga sebagai Kuasa Paksi. 

Kewujudan Kuasa Paksi membolehkan Jerman menghantar pakar ke Jepun bagi mengkaji serangan ke atas wilayah Selatan dan membantu pembuatan kapal terbang Jepun. 

Apabila rundingan dengan Amerika Syarikat gagal dalam menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun maka Jepun berhasrat untuk membentuk satu pemerintahan baru di Asia Pasifik. 

Kegagalan rundingan dengan Amerika Syarikat menyebabkan pemerintahan tentera Jepun mengarahkan serangan ke atas Asia Pasifik pada Disember 1941. 

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula pada 8 Disember 1841 apabila pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik iaitu di Hawai.Jepun berhasrat untuk memperluaskan kuasa di Asia Pasifik disebabkan oleh itu Pearl harbour diserang dengan tujuan untuk melumpuhkan penguasaan tentera Amerika di Pasifik. 

Akibat daripada serangan ke atas Pearl Harbour, Amerika Syarikat telah terlibat dalam perang di Asia Pasifik. Amerika Syarikat telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun. 

Pada masa yang sama juga Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. 

Kronologi Serangan Tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua 

8 Disember 1941
Pendaratan Jepun di Kelantan dan Serangan Jepun di Pearl Harbour 

10 Disember 1941 
Pendaratan Jepun di Guam 

16 Disember 1941 
Penguasaan Jepun ke atas Miri 

22 Disember 1941
Jepun mendarat di Filipina 

23 Disember 1941
Pulau Wake dikuasai oleh Jepun 

25 Disember 1941
Hong Kong menyerah kalah 

2Januari 1942
Burma ditakluk Jepun 
Jepun menyerah kalah 

19 Januari 1942
Sandakan dikuasai oleh Jepun 

15 Februari 1942
Singapura tewas kepada Jepun 

19 Februari 1942
Darwin dibom Jepun 

27 Februari 1942
Jepun menewaskan Tentera Bersekutu di Laut Jawa

28 Februari 1942 
Jawa diserang Jepun 

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly