KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua

10/31/2024

0 Comments

 
SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Perang Dunia Kedua 
Melibatkan dua pakatan 
Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Amerika Syarikat,Britain, Perancis dan Rusia. 

Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, itali dan Jepun 

Faktor Tercetus Perang Dunia Kedua di Eropah 

Kemunculan Ideologi Baru 

Fasisme di Itali 
Gerakan fasisme yang dipimpin oleh Benito Mussolini pada tahun 1922 berjaya menguasai Kerajaan Itali. 

Fasisme berunsur kepada semangat kepentingan negara yang melampau sehinnga melebihi kepentingan individu. 

Semangat nasionalisme yang melampau dan sanggup berperang demi meningkatkan imej negara merupakan asas kepada semangat fasisme. 

Itali berusaha untuk mengatasi masalah ekonomi dengan meluaskan tanah jajahan melalui penaklukan Albania dan Habsyah ( Ethiopia) .

Nazisme di Jerman 

Dipimpin oleh Adolf Hitler. 

Berjaya membentuk Kerajaan jerman pada tahun 1933. 

Ideologi ini membanggakan serta mengagungkan bangsa Jerman. 

Nasionalisme Jerman dipulihkan dengan melanggar empat Perjanjian Versailles. 

Angkatan tentera dibina semula dan berjaya menduduki Rhineland wilayah yang hilang melalui Perjanjian Versailles. 

Ketidakpuasaan Hati Terhadap Perjanjian Versailles
Perjanijan Versailles dianggap tidak adil dan menggugat kedaulatan Jerman. 

Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi. Selain itu Jerman turut kehilangan tanah Jajahan. 

Itali turut tidak berpuas hati terhadap perjanjian Versailles kerana dianggap berat sebelah apabila Itali tidak diberikan tanah jajahan seperti Perancis dan Poland. 

Kegagalan Liga Bangsa- Bangsa 
Liga Bangsa-Bangsa yang seharusnya menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menanangi krisis pencerobohan selepas Perang Dunia Pertama gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dunia turut terdedah kepada konflik yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. 

Cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama: 

Krisis Manchuria (1931-1933) 
Jepun menakluki Manchuria yang berada di bawah penguasaan China. 

Perjanjian Perlucutan Senjata ( 1932-1934) 
Jerman memperbesarkan angkatan  tenteranya secara terbuka dan keluar daripada Liga Bangsa – Bangsa.

Krisis Habsyah (1935-1936) 
Itali melakukan serangan ke atas Habsyah di Itali 

​Peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah 

Jerman menakluk Eropah Barat 

Jerman telah memulakan serangan Blitzkrieg selepas perang diisytiharkan untuk menakluk negara – negara di Eropah Barat. 

Blitzkrieg  bermaksud serangan kilat. Dalam serangan ini kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh diikuti dengan serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal. 

Jerman menguasai hampir kesuluruhan negara di Eropah Barat menjelang pertengahan tahun 1941. 

Jerman berjaya menawan Belanda, Belgium, Perancis, Luxembourg, Denmark, Norway dna Poland. 

Pengeboman terhadap Britain 
Jerman melancarkan serangan ke atas Britain melalui serangan udara dan laut pada September 1940 hingga Jun 1941. 

Pelabuhan, kawasan perindustian dan pertahanan udara Britain menjadi sasaran utama serangan Jerman. 

Serangan ini telah melemahkan ekonomi Britain. 

Itali dalam Perang Dunia Kedua
Itali yang merupakan sekutu Jerman mengisytiharkan perang ke atas Britain dan Perancis pada Jun 1940. 

Perancis diserang oleh Itali dari arah Selatan dan Jerman menyerang dari arah utara. 
Serangan Jerman ke atas Rusia 

Serangan Jerman ke atas Rusia 

Jerman melancarkan operasi Barbarossa untuk menguasai Rusia dengan melakukan serangan secara besar- besaran selepas menguasai Eropah Barat. 

Dengan menguasai Rusia, yang merupakan empayar terbesar di Eropah maka seluruh Eropah dapat dikuasai. 

Operasi menguasai Rusia dijalankan dengan menguasai bandar – bandar utama di Rusia seperti Moscow, Leningrad dan Stalingrad. 

Operasi Barbarossa dijalankan dengan mengarahkan tiga juta tentera menyerang Rusia dengan 3,350 kereta kebal dan 2,270 kapal terbang. 

Operasi ini turut disertai oleh tentera Hungray, Romania dan Finland. 

Berakhir Perang Dunia Kedua 

Kejayaan Opeasi Pendaratan Tentera Bersekutu

Tentera Bersekutu pada Jun 1944 berjaya mendarat di Normandy Perancis melalui operasi yang digelar sebagai Kod “D-Day”.

Maklumat palsu telah disebarkan bahawa Tentera Bersekutu akan mendarat di Calais dan bukan di Normandy. 

Maklumat ini tleah memperdaya tentera Jerman. 

Kejayaan ini merupakan pemangkin kepada kejayaan membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada taklukan Jerman. 

Tentera Jerman akhirnya menyerah kalah pada Januarai 1943 di Stalingrad. 
Tentera Rusia menyerang Jerman dari arah timur manakala Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah barat. 

Pada April 1945, Jerman menandatangani perjanjian menyerah kalah selepas kematian Hitler dan menamatkan peperangan selama enam tahun di Eropah. 


Kegagalan Operasi Menawan Rusia 

Penaklukan berjalan lancar pada peringkat awal. 

Bandar utama Rusia seperti Moscow, Leningrad dan Stalingrad Berjaya dihampiri oleh tentera Jerman. 

Akibat peperangan yang melewati dua musim sejuk di Rusia tentera Jerman telah kehilangan banyak nyawa. 

Selain itu peperangan yang panjang turut menyebabkan tentera Jerman kehabisan bekalan makanan, minyak dan peluru. 

Keadaan ini melemahkan  semangat tentera Jerman. 

Friedrich Von Paulus iaitu Jeneral Jerman telah mengingkari arahan Hitler untuk meneruskan peperangan. 

Keberkesanan Taktik / Strategi Peperangan 

Keputusan politik dan ketenteraan tidak berjaya dicapai oleh kuasa Paksi untuk menguasai Rusia. 

Strategi kuasa Bersekutu yang berada di bawah pimpinan Amerika Syarikat dapat ditonjolkan melalui pendaratan Tentera Bersekutu di Normandy Perancis. 

Kerjasama Kuasa Besar

Petemuan sering diadakan di antara Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Winston Churchill yang merupakan Perdana Menteri Britain bagi membuat Keputusan berkatian ketenteraan dan politik. 

Presiden Rusia turut serta dalam Kerjasama tersebut. 

Tentera Bersekutu daripada perkhidmatan darat, laut dan udara beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. 

Faktor Kemenangan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua dikaitkan dengan Kerjasama antara kuasa beasr dan keberkesanan strategi serangan balas. 



Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly