KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Latar Belakang Perang Dunia

11/1/2024

0 Comments

 
SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Latar Belakang Perang Dunia 

Berpunca daripada perkembangan nasionalisme di kalangan negara Eropah sehingga berlakunya persaingan antara kuasa Imperialis untuk menjaga kepentingan masing – masing. 

Persaingan antara kuasa imperiali telah mencetuskan; 
Perang Dunia Pertama (1914-1918)
Perang Dunia Kedua (1939-1945)

​Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama berlaku di kalangan negara – negara  Eropah termasuk empayar Uthmaniyah. 

Persaingan membawa kepada permusuhan antara Perancis dan Jerman. 

Persaingan kuasa Imperialisme 
Persaingan kuasa imperialis di Eropah berpunca daripada Revolusi Perindustrian. 

Persaingan berlaku bagi mendapatkan tanah jajahan untuk memperolehi bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan bijih timah. 

Pakatan Ketenteraan
Permusuhan antara kuasa Eropah menyebabkan terbentuknya Pakatan Bertiga dan Pakatan Kuasa Tengah. 

Negara Pakatan bersaing dalam menghasilkan senjata moden dan berperang untuk mendapatkan tanah jajahan. 

Pakatan ketenteraan turut menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik di Eropah. 

Krisis di Rantau Balkan 
Permusuhan antara Austria – Hungray dan Serbia telah menjurus kepada krisis di Rantau Balkan. 

Serbia dituduh menghasut rakyat Austria berketurunan Serb berjuang untuk membebaskan diri daripada pemerintahan Austria – Hungray. 

Kemuncak kepada krisis Balkan adalah pembunuhan Putera Mahkota Austria – Hungray, Archduke Ferdinand dan isterinya Sophia oleh pemuda Serbia. 

Peristiwa ini telah membawa Austria terjermus ke kancah Perang Dunia Pertama.

Pihak dalam Perang Dunia Pertama 

Kuasa Tengah 
Jerman dan AuStria Hungray.Turut serta adalah Bulgaria dan Empayar Uthmaniyah. 

Kuasa Berikat 
Britain, Perancis dan Rusia. 
Sokongan daripada Itali, Serbia, Romania, Portugal dan Greece. 

Kronologi Perang Dunia Pertama 

28 Julai 1914
Austria – Hungray dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. 

30 Julai 1914
Rusia memberi bantuan kepada Serbia daripada segi ketenteraan 

1 Ogos 1914
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia. 

3 Ogos 1914
Jerman turut mengisytiharkan perang terhadap Perancid yang menyebelahi Rusia. 

4 Ogos 1914
British turut membantu Rusia dan Perancis menyerang Jerman yang mencerobohi Belgium. 

Oktober 1914
Empayar Uthmaniyah menyertai kuasa Tengah. 

Mac 1915 
Itali turut serta Bersama Britain, Perancis dan Rusia dalam Pakatan Bertiga. 

April 1917 
Amerika Syarikat menyertai Pakatan Bertiga. 

Berakhir Perang Dunia Pertama 
Pakatan Bertiga berjaya dalam Perang Dunia Pertama dengan Kerjasama Amerika Syarikat pada tahun 1918.

Jerman terpaksa menandatangani gencatan senjata. 

Persidangan dan perjanjian damai diadakan selepas Perang dan meninggalkan kesan kepada negara Eropah. 

Pengiktirafan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Pertama tamat. 

Persidangan Versaillles

Diadakan pada 28 Jun 1919 di Istana Versailles, Paris Perancis. Melibatka Jerman dan Pakatan Bertiga. 

Jerman menghadkan saiz tentera dan bertanggungjawab atas kemusnahan akibat perang serta membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga. 

Selain itu wilayah dan tanah jajahan turu diserahkan kepada Pakatan Bertiga. 

Kesannya Liga Bangsa – Bangsa ditubuhkan untuk menggalakkan keamanan dan Kerjasama antarabangsa. 

Persidangan Damai Perancis 
Diadakan pada 19 Januari 1919 
Bertujuan untuk membincangkan syarat perdamaian selepas perang. 

Memastikan Jerman tidak menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah. 

Mewujudkan Deklerasi 14 Perkara Woodrow Wilson berdasarkan cadangan Amerika Syarikat pada tahun 1918. 

Prinsip utama adalah :
-Rakyat menentukan nasib sendiri
-Sempadan negara berasakan bangsa

Kesan Perang Dunia Pertama 

Keruntuhan Pemerintahan Beraja 

Rusia 
Kerajaan Komunis terbentuk apabila jatuhnya Tsar Nicholas II melalui revolusi. Kerajaan komunis ini terletak di bawah pimpinan Vladimir lenin. 

Empayar Uthmaniyah 

Pembentukan Republik Turki yang diketuai oleh Mustafa Kamal Atartuk yang menggulingkan Sultan Mehmed VI. 
Empayar Austria Hungray 
Berakhirnya Dinasti Habsburg apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya. 

Jerman 
Keiser Wihem II turun takhta dan mendapatkan perlindungan politik di Belanda. 

Kerajaan Republik dibentuk.

Kemunculan Negara Baru 
Keruntuhan dan perpecahan empayar Austria mewujudkan negara seperti Austria, Hungray, Yugoslavia dan Czechoslovakia.

Keruntuhan dan perpecahan empayar Rusia telah melahirkan negara seperti Poland, Estonia, Lithuania dan Latvia. 

Keruntuhan dan perpecahan Empayar Uthmaniyah telah melahirkan negara seperti Lebanon, Iraq dan Syria. 

Kesan terhadap Negara Kita 

Raja – raja Melayu diminta menandatangani pengisytiharaan perang dan sokongan serta taat setia terhadap Kerajaan British. 

British telah meluluskan undang – undang perang. Undang – undang perang ini memperuntukkan kuasa bagi Pesuruhjaya Tinggi British meletakkan negeri Melayu di bawah undang – undang tentera jika perlu. 

Wang hasil getah dan bijih timah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunai Pertama. Ekonomi negeri Melayu telah dimanipulasi. 

​

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly