KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

10/30/2024

0 Comments

 

​Faktor – Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita
Usaha untuk mengeksplotasi sumber bahan mentah
Kekayaan bahan mentah untuk dieksplotasi bagi operasi ketenteraan Jepun dan memenuhi keperluan perindustrian merupakan factor kedatangan Jepun ke negara kita. 

Tanah Melayu merupakan pengeluar getah dunia dan bijih timah utama. Tanah Melayu turut terkenal dengan bijih besi, bauskit, arang batu dan emas. 

Sarawak pula terkenal sebagai sumber minyak seperti di Miri dan Lutong. Ini menyebabkan Sarawak menjadi sasaran utama Jepun. 

Pendudukan Jepun di negara kita merupakan Langkah dalam usaha pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya demi mengukuhkan ekonomi Jepun. 

Strategik Ketenteraan 
Kepentingan strategik ketenteraan Jepun dapat dipelihara melalui kedudukan negara kita. 

Pangkalan tentera laut British berada di Singapura iaitu di hujung Semenanjung Tanah Melayu. 

Menguasai Singapura adalah penting bagi membuka laluan pihak Jepun untuk menguasai telaga minyak di Singapura. 

Jika Pulau Borneo dapat dikuasai maka operasi penaklukan Jepun di Pulau Jawa akan Berjaya. 

Penggunaan Propaganda 
Propaganda Jpeun bertujuan untuk membangkitkan semangat antipenjajah Barat dan mempamerkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia. 

Slogan yang digunakan adalah “ Semangat Asia” serta “ Asia untuk Orang Asia” bagi menjayakan misi pendudukan Jepun. 

Serangan Jepun terhadap Negara Kita 

Pada 8 Disember 1941, Jepun secara serentak telah menyerang Tanah Melayu di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand ( Patani dan Singgora).

Tentera Jepun mendarat di Thailand lalu memasuki Kedah.

Kemudian, mereka berpecah kepada dua untuk menuju ke Selatan. 

Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan perjalanan melalui persisiran pantai barat.

Satu pasukan menggunakan jalan darat ke bandar utama di negeri – negeri pantai barat. 

Tentera Jepun turut mendarat di Kota Bahru, Kelantan lalu meneruskan perjalanan ke Selatan melalui jalan darat di negeri – negeri pantai timur. 

Tentera Jepun di perairan Kuantan Berjaya menenggelamkan kapal Repulse dan Prince of Wales yang digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun. 

Pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura Berjaya ditawan oleh Jepun. 

Pendaratan tentera Jepun di Miri menandakan bermulanya serangan tentera Jepun ke atas Sabah dan Sarawak. 

Tentera Jepun menduduki Kuching dan Sibu. 

Sepasukan tentera Jepun pula ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama di Sabah. 

Seraangan Jepun di Sabah lengkap dengan pendudukan Jepun di Sandakan. 

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly