KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita - Dasar Pendudukan Jepun Di Negara Kita

10/23/2024

0 Comments

 
Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita 
Dasar ini telah digariskan oleh Panglima Agung Japanese Southern Army
Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera setelah menduduki negara kita. 

Dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah berasaskan dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. 

Dasar Pentadbiran 

Pentadbiran Tentera Jepun 
Pemerintahan Tentera Tanah Melayu diperkenalkan oleh Jepun. 

Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan di bawah satu pentadbiran membentuk kawasan Pertahanan khas dan berada di bawah pasukan tentera Jepun ke -29 yang berpusat di Taiping, Perak. 

Sumatera pula ditadbir oleh tentera Jepun ke -25 yang berpusat di Bukit Tinggi Sumatera. 

Pentadbiran di Singapure atau dikenali sebagai Syonan- to ( Pulau Cahaya Selatan) dan Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malai Baru. 

Kedah, Kelantan,Perlis dan Terenggany diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Thailand. 

Pasukan tentera Jepun ke -37 yang diketuai oleh Gabenor Jeneral mengetuai Sabah, Sarawak dan Borneo dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Kita Boruneo yang berpusat di Kuching. 

Dasar terhadap Raja – Raja 
Kedudukan Raja – Raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Isalm dan adat Melayu dalam pentadbiran tentera Jepun. 

Pengiktirafan dilakukan semasa persidangan Raja- Raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada Januari 1943. 

Sultan berada di bawah pengawasan Gabenor Jepun dan dibayar pencen seperti sebelum perang. 

Dasar terhadap kepimpinan tempatan 
Cuba mendapatkan sokongan penduduk tempatan dan cuba mengatasai masalah kekurangan pegawai. 

Peluang kenaikan pangkat diberikan oleh tentera Jepun kepada pemimpin tempatan yang berpendidiakn tinggi dan berpengalaman. 

Institut Latihan Pemimpin – Pemimpin Muda ( Koa Kunrenjo) telah ditubuhkan oleh tentera Jepun untuk melatih dan menanamkan semangat perjuangan cita- cita pihak Jepun dalam kalangan penduduk tempatan. 


​
Dasar Ekonomi 
Disebabkan oleh kemelesetan ekonomi, pentadbiran tentera Jepu melaksanakan sistem ekonomi kawalan. 

Usaha dilakukan untuk mengawal selia pelupusan barangan dan penyelidikan dijalankan bagi menyelidik kegunaan baru sumber tempatan melalui Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa Barangan. 

Rancangan Perindustrian Lima Tahun diperkenalkan bagi Pembangunan industri tempatan dan memastikan penggunaan optimum daripada peralatan dan kemudahan sedia ada. 

Mata wang Jepun yang dikenali juga sebagai “mata wang pokok pisang” telah menggantikan mata wang British. 

Mata wang Jepun ini dicetak tanpa kawalan lalu menyebabkan inflasi kerana banayak wang tapi kekurangan bekalan. 

Mata wang Jepun ini juga rendah nilainya. Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian dan ubat – ubatan sukar diperolehi. Jika ada harganya pasti melambung tinggi. 

Sistem Pendidikan 
Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan dengan menerap semangat persaudaraan sejagat ( Hakko Ichiu),membentuk nilai Jepun, meningkatkan disiplin dan mencapai kemajuan teknologi industri.

Selain itu, semangat nasionalisme Asia dan taat setia kepada Jepun dan menghapuskan pengaruh Barat turut merupakan agenda Pendidikan Jepun. 

Pendidikan menekankan menghormati kebudayaan dan Maharaja Jepun ( Tenno Heika) serta menekankan semangat Jepun ( Nippon Seishin).

Usaha dilakukan untuk menjadikan bahasa Jepun sebagai Lingua Franca dalam lingkungan Semakmuran Asia Timur Raya.

Pengajaran bahasa Jepun ( Nippon Go) dijalankan secara meluas. 

Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun ( Kimigayo).

Sikap Jepun terhadap Agama 
Jepun tidak masuk campur dalam hal ehwal berkaitan adat resam tempatan dan menghormati agama Islam. 

Sekolah agama dan kelas pengajian Islam diteruskan. 

Persidangan agama Isalm diadakan di Kuala Kangsar dan Singapura manakala Majlis Agama Negeri dibentuk. 

Walau bagaimanapun, pegawai agama diminta menyampaikan hal yang diputuskan oleh tentera Jepun melalui kuliah dan kelas agama di masjid dan surau. 

Secrara halus, Jepun menyebarkan propaganda Jepun melalui pegawai agama. 

Masjid turut menjadi tempat bagi menyebarkan titah Sultan untuk menyokong dasar Jepun seperti tidak menyebarkan khabar angin dan menambahkan pengeluaran makanan. 

Catuan dan Penghasilan Makanan 
Akibat kekurangan bahan makanan, Jepun telah memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Barang Penting. 

Catuan diperkenalkan bagi mengawal penjualan barangan asas seperti garam, gula dan beras.

Kempen ‘Tanam Lebih Banyak Makanan’ diperkenalkan bagi menggalakan pendduk menanam bahan makanan sendiri untuk mencukupkan makanan dalam negeri. 

Tempe dicipta daripada biji getah merupakan ciptaan Baharu daripada bahan tempatan hasil kreativiti rakyat akibat kesengsaraan hidup. 

Ramai yang terkorban akibat kekurangan makanan dan ubat – ubatan, kerja berat, pelbagai jenis penyakit dan suasana kerja yang teruk dan tidak memuaskan. 


Layanan Terhadap Penduduk 
Layanan berbeza diberikan mengikut kaum berdasarkan kepentingan tersendiri. 

Melayu dan Peribumi 
Mendapat layanan yang baik bagi melicinkan pentadbiran, pemerintahan dan mendapatkan sokongan. 

India 
Membantu dalam penubuhan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara. 

Tentera Kebangsaan India ini berada di bawah Subhas Chandra Bose. 

Cuba untuk mendapatkan Kerjasama orang India dalam usaha Jepun untuk menguasai negara India. 

Cina 
Bertindak kejam atas sebab Perang China- Jepun 

Dipaksa membayar wang sebagai hukuman penentangan terhadap Jepun ketika Perang China Jepun. 

Bukti Kekejaman Pentadbiran Tentera Jepun 
Landasan kereta Api Maut
Orang Melayu, Cina dan India dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta api dari Thailand ke Burma ( Myanmar ) melalui pergunungan dan hutan tebal tropika
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly