KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

​SPM - Konflik-Dunia dan Kesan Pendudukan Jepun Di Negara Kita - Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun

10/15/2024

0 Comments

 
​Konflik-Dunia dan Kesan Pendudukan Jepun Di Negara Kita - Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun 

Perkembangan Semangat Anti Penjajah
 

Pendudukan Jepun berlaku ketika kesedaran terhadap semangat nasionalisme mula berkembang di negara kita sebelum Perang Dunia Kedua. 

Slogan seperti “ Asia untuk Asia” serta “konsep lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya” yang memberi penekanan kepada kebebasan negara Aisa dan meningkatkan persaudaraan sejagat selari dengan perjuangan nasionalis Tanah melayu terutama Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Harapan KKM adalah Jepun mampu memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. 
Kekalahan British terhadap Jepun memberi Gambaran bahawa orang Asia mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap sebagai kuasa besar. 

Perjuangan untuk Menuntut Kemerdekaaan dalam Kalangan Orang Melayu 

Semangat nasionalsime orang Melayu semakin meningkat apabila tentera Jepun membebaskan ahli KKM yang dipenjara oleh British. 

Kegiatan politik KKM diberikan ruang oleh tentera Jepun kerana pihak Jepun memerlukan sokongan Masyarakat tempatan. 

Walau bagaimanapun, akhirnya tentera Jepun pada Jun 1942, membubarkan KKM kerana tuntutan kemerdekaan daripada ahli pimpinan KKM. 

Strategi baru digunakan oleh KKM untuk meneruskan perjuangan mencapai kemerdekaan. 
Anggota KKM yang merupakan sebahagain daripada organisasi ketenteraan Jepun iaituGiyu Gun dan Ciyu Tai menyertaim gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. 

Tentera Jepun semakin tertekan dengan serangan tentera Bersekutu pada Jun 1945  yang berusaha untuk memenangi Kembali hati golognan nasionalis melayu. 

Usaha Dr Burhanuddin al – Helmi, Onon Haji Siraj dan Ibrahim Haji Yaakob untuk menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung ( KRIS) mendapat sokongan dari Jepun. 

Matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia” disokong oleh Jepun. 

Walau bagaimanapun, rancangan kemerdekaan antara Tanah Melayu dan Indonesia tidak terlaksana kerana Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 berikutan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. 

Perjuangan KRIS selepas pendudukan Jepun diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM).

Kesedaran Politik Di Sarawak dan Sabah 

Sarawak 
Tentera Jepun mengawal kehidupan penduduk Sarawak melalui tajaan terhadap perhimpunan Dayak. 

Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jpeun iaitu Kakeo Kokokai ditubuhkan. Persatuan ini menggabungkan semua Persatuan Cina yang merangkumi pelbagai dialek, daerah dan nama keluarga yang sama di bawah satu pertubuhan.

Jawatan Pegawai Daerah yang dulunya disandang oleh pegawai British kini diberikan kepada orang Melayu seperti : 

Empenit Adam yang merupakan Pegawai Daerah Simanggang
Abang Haji Openg yang merupakan Pegawai Daerah Kcuhing.

Keyakinan diri semakin meningkat apabila diberi tugas untuk mentadbir Kerajaan tempatan. 

Bumiputera Sarawak semakin yakin untuk menubuhkan Kerajaan sendiri selepas Perang Dunia Kedua disebabkan oleh kesedaran politik yang disemai melalui pengalaman pendudukan Jepun. 

Sabah 
Di Sabah, semangat dan kesedaran politik wujud melalui pendudukan Jepun. 

PKML atau Parti Kebangsaan Melayu Labuan ditubuhkan oleh Abu Bakar, Tengku Noordin dan Zakaria Gunn selepas pendudukan Jepun berdasarkan idea Harun Aminurrashid iaitu nasionalis Tanah Melayu. 

Parti Kebangsaan Melayu Sabah pula telah ditubuhkan oleh Orang Kaya – Kaya Abu Bakar di Bahagian Pantai Timur Sabah. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly