KembaraEdu
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content
  • Pengenalan
  • SPM / STPM Sejarah
  • SPM / STPM KIMIA
  • Sejarah Malaysia
  • STPM Pengajian Am
  • SPM /STPM - Ekonomi
  • SPM /STPM-Perniagaan
  • SPM/STPM Biology
  • Who We Are
  • Get In Touch
  • A Level
  • A Level Politics Table of Content

spm / stpm sejarAH 

SPM - Konflik Dunia dan Kesan Pendudukan Jepun di Negara Kita - Keadaan Negara Selepas Kekalahan Jepun

10/15/2024

0 Comments

 
K​eadaan Negara Selepas kekalahan Jepun 

Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu 

Kekosongan kuasa politik wujud selepas kekalahan pihak Jepun kerana kelewatan pendaratan tentera British. 

Peluang ini telah digunakan oleh Bintang Tiga Parti Komunis Malaya melalui MPAJA untuk menguasai Tanah Melayu. 

Selama 14 hari Tanah Melayu berada di bawah penguasaan Bintang Tiga. 

Bintang Tiga menguasai balai polis, bandar dan pejabat pentadbiran Kerajaan yang ditinggalkan oleh Tentera Jepun. 

Undang – undang sendiri digunakan oleh Bintang Tiga. Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun terutamanya orang Melayu. 

Polis, askar, pegawai daerah dan pasukan sukarelawan Melayu diseksa dan dibunuh oleh Bintang Tiga dan tindakan ini dianggap melampau dan mencabar kesabaran.

Tindak Balas Orang Melayu 
Bintang Tiga yang mengancam institusim politik, kekeluargaan dan agama Islam telah mendorong penyatuan orang Melayu. 

Gerakan Fi Sabilillah ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan maruah, bangsa, dan hak serta kelangsungan hidup orang Melayu. 

Gerakan Fi Sabilillah ini ditubuhkan gara – gara gangguan Bintang Tiga dalam urusan keagamaan di surau dan masjid. 

Masyarakat Melayu menjadikan kepimpinan ulama tempatan sebagai sumber inspirasi menetang kezaliman. 

Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman menjadi khalifah Parang Panjang di Sungai Manik, Perak dalam usaha mempertahankan orang Melayu dari ancaman komunis. 

Kiai Salleh di Johor telah mempelopori penentangan terhadap Bintang Tiga. Beliau telah menubuhkan pasukan  tentera Selempang Merah. 

Usaha Perundingan 

Dato Onn Jaafar merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat yang dilantik oleh Sultan Ibrahim untuk menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat. 

Dato Onn Jaafar pada Ogos 1945 telah mengatur perundingan antara Kiai Salleh dan pemimpin Melayu Bersama dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina di Batu Pahat. 

Kiai Salleh telah dipujuk oleh Dato Onn Jaafar untuk membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja. 

Bintang Tiga pula perlu menamatkan penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat. Kerjasama diberikan oleh kedua- dua belah pihak. 

Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz telah mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa daerah bagi memastikan tiada pergaduhan berlaku antara kaum Cina dan kaum Melayu. 

Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar turut berangkat ke Kuala Lipis dan mengingatkan penduduk agar tidak berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Cina. 

Masyarakat sentiasa diadakan bagi memastikan kerja pemulihan diadakan selepas Perang Dunia dengan penghulu, pegawai Kerajaan dan ketua kampung. 

Keadaan di Sarawak selepas Kekalahan Jepun 
Ketegangan antara kaum berlaku di beberapa kawasan sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 September 1945. 

Di Kuching campur tangan tentera Australiai dapat menghalang pertumpahan darah antara kaum berlaku apabila perintah berkurung diperkenalkan. 

Di Kanowit berlakunya permusuhan antara bekas gerilla peribumi yang dilatih oleh SRD dan orang Cina yang bersubahat dengan tentera Jepun. 
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

    Categories

    All
    STPM Semester 2 Sejarah Islam Bab 1 Masyarakat Jahiliah
    Tingkatan 4 Bab 10 Pemasyhuran Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 1 Warisan Negara Bangsa
    Tingkatan 4 Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme
    Tingkatan 4 Bab 3 Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 4 Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita
    Tingkatan 4 Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 6 Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat
    Tingkatan 4 Bab 7 Usaha Ke Arah Kemerdekaan
    Tingkatan 4 Bab 8 Pilihan Raya
    Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
    Tingkatan 5 Bab 10 Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia
    Tingkatan 5 Bab 1 Kedaulatan Negara
    Tingkatan 5 Bab 2 Perlembagaan Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 3 Raja Perlembagaan Dan Demokrasi Berparlimen
    Tingkatan 5 Bab 4 Sistem Persekutuan
    Tingkatan 5 Bab 5 Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
    Tingkatan 5 Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
    Tingkatan 5 Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
    Tingkatan 5 Bab 9 Dasar Luar Malaysia

    RSS Feed

    Archives

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    June 2024
    April 2024
    March 2024

Proudly powered by Weebly